Wednesday 8 February 2012

SESUATU YANG TERTINGGAL


  Beberapa hari yang lepas saya baru sahaja menonton filem seram tempatan yang berjudul "Sesuatu Yang Tertinggal",yang dibintangi para pelakon muda seperti Sara Ali,Zahiril Adzim dan Shera Aiyob.Filem ini mengisahkan sekumpulan anak-anak yatim yang berpindah ke sebuah rumah lama akibat kebakaran.Semasa Mona(Sara Ali),Arshad(Zahiril Adzim) dan Zakiah(Shera Aiyob) mahu memindahkan sebuah almari lama,mereka secara tidak sengaja telah memecahkah lantai kayu di belakang rumah.Arshad yang telah menemui cermin lama di bawah lantai telah memberikan kepada Mona.

   Selepas daripada itu,Mona mula berkelakuan pelik.Dan setelah rakan-rakan Mona di rumah anak yatim mengetahui bahawa dia dirasuk,mereka cuba memerangkap hantu yang merasuk Mona dengan cermin.Malangnya hantu tersebut telah masuk pula ke dalam badan Ashraf,adik Arshad.Setelah cermin dibawa,hantu tersebut pun masuk ke dalam cermin.Tetapi dengan tiba-tiba Ashraf tertarik masuk ke dalam cermin.Mereka yang cuba menolong akhirnya terperangkap juga dalam cermin tersebut.Begitulah serba sedikit jalan cerita "Sesuatu Yang Tertinggal" dari mulut saya.

   Apa yang boleh saya katakan untuk filem ini adalah,sangat menyedihkan.Dan merugikan duit saya.Pada mulanya saya tidak tertarik pun untuk membeli filem ini,tetapi setelah diminta kakak saya,beli jugalah.Jika di lihat dari sudut jalan cerita,masih boleh diterima kerana tidaklah membosankan dan melalut tetapi saya rasa filem ini berakhir terlalu cepat.Kurang padat bagi saya.Selepas itu ada beberapa perkara seperti tidak logik dimana babak seorang lelaki telah terkena renjatan elektrik,badannya meletup tetapi tangan yang menyentuh suis tersebut masih elok tanpa kesan terbakar.Hmm?

   Melihat filem seram tempatan kini tidak lagi menakutkan saya.Pada saya filem terakhir yang berjaya menakutkan saya adalah "Jangan Pandang Belakang",tetapi semasa zamannya sahajalah.Melihat kepada jenis-jenis hantunya,semuanya lebih kurang sama.Hantu dalam filem ini ada masanya saya lihat seperti muka arnab.Lihat pada babak hantu menyerang di tandas sekolah.Dari nak merasa seram habis ketawa pula saya dibuatnya.

   Kita lihat pula dari segi lakonan.Saya bukanlah pelakon yang pro tetapi bolehlah juga menilai jika seseorang itu boleh berlakon atau tidak.Semua pelakon filem ini boleh berlakon,tetapi ada masanya mereka seperti baru mula berlakon.Lakonan sesetengah mereka tidak nampak ke"real"lannya.Tetapi bagi saya Zahiril Adzim dan Sara Ali telah melakonkan watak mereka dengan baik.Satu perkara lagi yang menganggu tumpuan saya ketika menonton adalah babak yang menunjukkan rupa rumah lama tersebut dari luar pada waktu malam.Pengarah telah menggunakan lukisan,bukan gambar sebenar untuk menghidupkan babak tersebut.Kita bukan lagi di zaman era P.Ramlee yang menggunakan lukisan untuk latar belakang,sudah banyak kemajuan dalam industri perfileman.

   Menonton filem ini hanya dapat mengisi masa lapang sahaja tanpa memberi kesan apa-apa kepada saya,dan mungkin ada juga yang lain.Ayah saya berpendapat bahawa filem ini tidak layak digelar filem mahupun drama.Kecewa juga kerana dengan Rm10 itu saya boleh beli filem kartun yang lebih menyenangkan hati.

p.s:"Ulasan diatas adalah komen dari sudut pandangan saya.Saya tidak bermaksud ingin menjatuhkan maruah sesiapa yang terlibat dengan filem ini.Tidak dibenarkan di copy tanpa kebenaran."

No comments:

Post a Comment