Tuesday, 31 January 2012

TELUK SENANGIN

   Pada minggu lepas,saya sekeluarga beserta opah telah ke Pantai Remis untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara saya.Majlis yang hanya diadakan secara bersederhana tanpa persandingan tetapi masih meriah dengan kunjungan tetamu.Biasanya pada waktu sebegini sahajalah kami dapat berkumpul dan mengenali ahli keluarga yang lain dan jarang berjumpa.Dari pekan Beruas tidak mengambil masa yang lama untuk ke sana dan kami beransur pulang selepas pukul 4.

   Rancangan asal kami selepas kenduri tadi adalah mahu mandi di pantai Teluk Senangin.Sesampainya kami disana,terkejut juga apabila pantai yang dahulunya kurang dengan pengunjung kini telah sarat dengan orang yang berkelah dan bermandi-manda.Saya sudah berasa kurang selesa dengan situasi ini.Semasa beberapa tahun lalu,bilangan pengunjung yang hadir dapat dibilang dengan jari.Tetapi kini saya terpaksa menggunakan kalkulator untuk mengira jumlah pengunjung.Hingga ke hujung pantai dipenuhi manusia yang sedang gembira.

   Jumlah pengunjung yang ramai bukan penghalang untuk kami berseronok.Yang penting laut dapat membasahkan kami.Setelah mendapat tempat untuk bersantai,keseronokkan kami lima beradik disentap dengan pengumuman ayah yang melarang kami untuk mandi berikutan air laut yang sedang pasang dan ombak yang kuat menghempas batu.Dengan perasaan yang hampa,kami pun berjalan sahaja di tepi pantai sambil melihat pengunjung lain yang asyik bergembira.

   Pelbagai ragam yang dapat kami lihat pada pengunjung yang hadir.Salah satunya ada satu pasangan,mungkin suami isteri yang romantik ketika mandi.Kanak-kanak leka bermain pasir dan tidak kurang juga ada yang memancing.Setelah berjalan hampir setengah pantai,kami pusing semula dan lepak di atas batu-batu yang berada di tepian pantai.

   Ada juga hikmahnya disebalik ayah melarang kami mandi.Ini kerana jika kami mandi,saya tidak akan berpeluang untuk menikmati keindahan yang dipinjamkan Allah lantaran leka bermain air.Melihat di hujung laut menenangkan hati seketika disamping angin yang sangat mendamaikan.Syukur kerana masih berpeluang menikmati kenikmatan yang bukan semua orang boleh dapat di muka bumi ini.Tetapi yang meralatkan adalah apabila melihat persekitaran pantai yang semakin kotor mengikut pertambahan pengunjung.Mendukacitakan melihat sikap segelintir masyarakat yang semakin hari semakin rendah nilai siviknya.Semoga hal ini dapat diperbaiki oleh setiap orang termasuklah saya juga.

   Disebelah tempat kami melepak,ada satu keluarga yang sedang memancing.Dan yang memancing itu adalah anak-anak dara.Hahah.Setelah puas membasahkan kaki dan seluar,kami pun bergerak ke Lumut untuk makan malam.Disebabkan cuti raya cina,Lumut dipenuhi oleh pengunjung dan menyebabkan kami bergerak pula ke Setiawan.Kami menikmati makan malam di sebuah gerai hujung bersebelahan padang yang telah diadakan majlis rumah terbuka raya cina.Ayah sempat membisik kepada saya "tengok opah,seronoklah dia tu",opah yang berseorangan di rumah dapat juga berjalan dan teman berborak walaupun tidak selalu.Selepas makan,kami pun pulang ke rumah opah dengan jayanya.Semua orang gembira dan puas.Sekian.






p.s:Jika anda mahu melihat gambar di Teluk Senangin,sila klik:
     http://wanberuas.blogspot.com/2012/01/teluk-senangin.html

No comments:

Post a Comment