Saturday 7 January 2012

PINK FLOYD:HIGH HOPES




Pink Floyd.Band yang sudah lama bertapak di bumi ini dengan mencipta sejarah melalui album Dark Side Of The Moon.Pertama kali aku mendengar lagu mereka apabila ayah memasang kaset album The Division Bell.Dan selepas men dengar lagu High Hopes,saya benar-benar berminat dengan band ini.Lagu yang mempunyai mood yang suram,dengan lirik yang tersirat,mereka berjaya mencipta muzik yang cukup cantik.Saya tidak dapat memahami maksud video ini kerana terlalu berseni.Tetapi saya suka dengan kekreatifan pengarahnya terutama pada babak kain ditiup angin.Dan banyak simbol bulat yang ditonjolkan menggunakan medium yang berbeza-beza.Solo pada akhir lagu sangat mantap.Malahan,lagu ini juga pernah dibawa oleh band Nightwish dengan baik sekali sewaktu konsert mereka.

No comments:

Post a Comment