Tersebutlah kisah seorang teruna ini yang telah menemui cinta hatinya.Berbulan sudah bermadu kasih antara teruna dan dara bak cerita laila majnun,romeo juliet.Sepanjang perjalanan itu menjadi pemanis dalam kehidupan mereka sehinggalah muncul pula racun yang menjengah masuk.
Adat hidup bercinta ketawa menangis marah kecewa.Masalah timbul cuba menenggelamkan kapal cinta mereka.Si dara tiada lagi cinta.Si teruna pula merana.Menjadi punca entah mengapa,namun masing-masing tidak beralah.Berkali si teruna memujuk,berkali juga si dara menerangkan.Si teruna tidak faham dengan keputusan dara yang dianggap tidak matang.Si dara juga tidak faham mengapa sukar teruna untuk memahami isi hati dan kehendaknya.
Kesana-kesini teruna bagaikan dilambung ombak tsunami.Kesana kesini mencari
penawar untuk dara.Disampaikan masalah kepada orang ketiga mudah-mudahan terpujuk hati dara.Namun dara tetap teguh menahan prinsipnya.Teruna meminta lagi kepada yang ketiga.Lagi dan lagi dan lagi dan lagi.Makin lama makin tak tertahan hati si ketiga yang pada mula mahu menolong tetapidirinya pula merasa terbeban dengan permasalahan teruna dara.Lantas si ketiga mengarang tentang teruna untuk membuang barah yang makin menghitam di hatinya.
Si teruna mendapat berita.Lantas terwujud pula permusuhan antara teruna dan yang ketiga.Mengapa begini pula jadinya?Kini nasi sudah menjadi bubur.Dara sudah tertutup hatinya mungkin.Teruna masih terus berharap dan berharap.Namun ada sesuatu yang teruna perlu ingat,semasa mula dahulu,berapa kali sudah teruna meminta hubungan kalian terputus?Dan kata-kata itu mungkin sudah menjadi doa kini apabila kata-kata itu telah terlaksana.Hidup ini bukanlah sebuah kisah dongeng yang sering berakhir dengan kisah gembira.Ada kalanya kita akan menangis dan kecewa.Janganlah menganggap apa yang terjadi ini sebuah bencana bagaikan kiamat.
Permasalahan mudah begini harus diselesaikan dengan fikiran yang positif dan rasional malah perlu reda dengan setiap penamatnya.Jika benar kita sayang seseorang,tidak semestinya kita perlu berada di sisinya.Kadang kala kita perlu berkorban dengan melihat mereka bersama orang yang lebih baik dari kita.Jangan selalu menyalahkan orang sekeliling kerana kadang kala masalah itu berpunca dari kita sendiri tanpa kita sedari.Jangan mensia-siakan hidup ini dengan menyempitkan fikiran dengan hal-hal sebegini kerana perjalanan kita,Insya Allah masih jauh.Pelbagai cerita yang akan tercoret dalam lukisan hidup kita ini.Teruskan kehidupan yang ceria dan satu hari nanti kita akan memandang permasalahan ini dengan senyuman.
p.s:Cerita ini adalah rekaan penulis semata-mata.Sekiranya ada yang tersinggung dengan cerita ini minta untuk membuat aduan kepada empunya blog untuk tindakan lanjut.Sekian.
No comments:
Post a Comment