Friday, 6 January 2012

HOBI SEBAGAI CITA-CITA

Hype semua!!
Sudah lama juga saya telah meninggalkan blog ini tanpa apa-apa perkhabaran terbaharu.Maaflah kerana seminggu ini kesihatan saya tidak berapa elok dan lima hari termasuk hari ini,saya perlu ke hospital untuk membuat pemeriksaan darah.Kira-kira 4-5 kali jugalah darah saya diambil.Mujur hari ini hari terakhir saya perlu ke hospital..

   Kehidupan saya selepas SPM boleh dikatakan sibuk jugalah.Setiap minggu ada sahaja benda yang perlu dibuat hingga saya tidak berpeluang mencari pekerjaan sambilan.Mungkin selepas mendapat lesen kereta baru saya bekerja.Tetapi kadang-kala saya bosan jika tiada perkara yang perlu dibuat sewaktu dirumah.Dan akhirnya saya terfikir untuk melakukan perkara yang jarang dapat saya lakukan semasa masih bersekolah iaitu melukis.Sebenarnya semasa guru mengajar juga saya melukis tetapi kini saya boleh menfokuskan diri dengan alam saya.






   Pagi semalam juga saya sempat melukis beberapa lukisan.Tetapi kesemua lukisan saya ini tidaklah sehebat pelukis-pelukis profesional kerana saya masih lagi amatur dan memerlukan pembelajaran lagi.Saya ada terfikir untuk menyambung pelajaran dalam jurusan ini jika boleh.Saya berharap pada suatu masa nanti nama saya dapat berdiri sebaris dengan nama-nama pelukis antarabangsa yang lain.Amin.





My little messy studio.

No comments:

Post a Comment