Pada bulan yang lepas,saya telah mendapat komen dari ayah saya berkenaan berat badan saya.Berikut adalah komen ayah saya,"Aik,badan kamu pun dah naik?"Ya,itulah komen yang telah menjadi mimpi ngeri kepada saya.
Saya pada beberapa tahun yang lepas boleh dikategorikan sebagai budak yang gemuk juga.Seingat saya,berat badan saya mula meningkat semasa selepas bersunat.Tetapi tidak dapat saya pastikan sama ada 2 perkara ini saling berkaitan.Yang pastinya selepas itu berat badan saya meningkat dengan mendadaknya.
Semasa di darjah 6 hingga ke tingkatan 2 rasanya adalah zaman kegemilangan kegemukkan saya.Ingat lagi pada suatu hari sewaktu saya mahu masuk tidur ayah berkata,"Besok ikut pergi jogging,tengok badan dah macam apa jer"yang mungkin sindiran hebat dari ayah saya.Kemudiannya bermulalah episod drama tentang kesungguhan saya untuk menguruskan badan.Anda jangan ingat saya akan melakukan latihan yangkuat di gim seperti watak Rocky pula,saya hanya berjogging pada waktu petang dan berdiet.
"Tiada perkara yang mustahil dalam dunia",inilah kata-kata hikmat kakak saya yang mahu menguatkan semangat saya diwaktu saya merasa berputus asa.Ayah juga ada mendakwa bahawa dia juga pernah mengalami nasib yang serupa dengan saya tetapi saya masih was-was dengan cerita itu kerana saya tidak pernah melihat gambar "gemuk"nya itu.Mungkin dia hanya memberi perangsang kepada saya agaknya.
Bercerita tentang kaedah yang saya gunakan untuk menguruskan badan,setiap petang saya akan berjogging ataupun berjalan di kawasan kampung saya ini.Saya juga mengamalkan diet sendiri yang bukan dari nasihat doktor.selain dari mengurangkan permakanan,pada watu malam saya hanya mengambil roti ataupun biskut sebagai makan malam.Dan akhirnya,dapatlah hasil yang memuaskan.Ahh..terlupa pula saya tentang orang yang menjadi "mentor" saya,iaitu abang dan adik saudara saya yang berjaya menguruskan diri mereka.
Semua cerita di atas adalah cerita saya pada suatu masa dahulu.Kini saya tidak lagi sekurus dahulu dan berat badan saya mula menunjukkan peningkatan.Mungkin disebabkan faktor stress(?),ataupun yang paling jelas,saya bosan berada di rumah.Ketiadaan aktiviti yang menarik membuatkan saya bosan dan apabila saya bosan saya akan berjalan sekitar dalam rumah dan seterusnya terus ke dapur.Akhirnya saya tidak dapat menbendung nafsu makan dan berjaya mengemukkan diri saya semula.
Selepas ayah memberi komen tentang badan saya baru saya sedar yang saya tidak kurus lagi.Kini saya nekad untuk kembali menguruskan badan.Saya tidak menyangka saya dapat menaikkan berat badan dalam masa setengah tahun sahaja.Sekarang saya dalam proses berdiet dan cuba untuk memenuhkan jadual harian dengan aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh.Sekian..
Semasa pertengahan tahun 2011. |
Semasa akhir tahun 2011.Ada perbezaan tak?Jika tiada bagus kerana saya memang sengaja meletak gambar yang tidak menonjolkan kegemukkan saya.Hahaha. |
No comments:
Post a Comment