Friday, 20 January 2012

MERAH DAN HIJAU

Pada pelangi
Wujud 7 warna
Merah dan hijau salah satunya
Dua warna yang tiada kaitan
Namun masih dalam satu barisan
Teguh melaungkan pendirian
Masing-masing mahu berjaya
Agar bangsa terbela
Masalahnya satu..
Salahkah merah dan hijau itu bergabung?
Berlayar dalam bahtera yang sama
Menjadi sahabat,rakan taulan
Tidak salah jika beralah
Asalkan bukan mengalah
Itu bukan tanda kalah
Cukuplah sudah berpecah-belah
Hujungnya kelak diludah pula.

No comments:

Post a Comment