Di atas kanvas kosong
Kucurahi jiwaku
Dengan warna-warna
Yang menjadi simbol
Setiap emosiku
Di atasnya jua
Tersemat seribu persoalan
Kepada yang melihatnya
Bahawa adakah aku gila
Ataupun sedang berkarya
Dengan kanvas dan warna-warna
Wujudlah dunia fantasiku
Yang tiada sempadan
No comments:
Post a Comment