Wednesday, 28 December 2011

JOURNEY TO THE KUALA LUMPUR:DAY 1

   KL.Kuala Lumpur.Setelah lama saya meninggalkan tempat ini sejak beberapa tahun lalu,kini saya kembali lagi ke sini.Selepas dua hari di Melaka,hari ini saya bermalam pula di KL.

   Sebelum berlepas ke KL,kami terlebih dahulu bersarapan di sebuah warung yang hanya berhadapan dengan hotel kami.Pada hari terakhir baru kami mengetahui tentang warung ini setelah di promosikan oleh pemilik hotel.Kemudian kami pun terus bergerak menuju ke highway.Semasa di highway,kami hampir menjadi tajuk muka hadapan surat khabar esok kerana van kami hampir bergesel dengan belakang treler.Mujur ayah sempat menekan brek.Syukur Alhamdulillah,perjalanan kami masih panjang.



   Sesampainya kami di KL,perhentian pertama kami adalah di Bukit Bintang.Perkara pertama yang menarik perhatian saya di sini adalah di ruang legar Pavilion di hadapan kedai Sephora berdirinya patung-patung beruang setinggi 2 meter.Jumlahnya tidak pula saya kira tetapi banyak jugalah,mungkin 20-30 buah patung.




   Patung-patung ini dihasilkan oleh seorang pelukis dari seluruh dunia dalam kempen
United Buddy Bears.Antara negara yang terlibat adalah Amerika Syarikat,Sepanyol dan tidak ketinggalan Malaysia yang diwakili oleh pelawak,pelakon dan pelukis Imuda.Teruja juga saya melihatkan patung-patung yang berwarna-warni yang menjadi tarikan pelancong sehingga 15 Feb.Maka kepada sesiapa yang mahu menikmati kecantikkan beruang-beruang ini,datanglah ke KL sebelum 15 Feb.Satu lagi saya tertarik dengan reka bentuk kedai Sephora yang bersegi-segi.Entah siapalah perekanya.



Karya Imuda.







   Tidak banyak tempat menarik yang kami lawati pada hari ini kerana ayah kelihatan letih lantaran memandu berjam lamanya.Kami hanya melawati kedai-kedai baju yang berdekatan sahaja sebelum mencari tempat penginapan.Berjalan di pekan KL membuatkan saya
berasa di negara orang pula.Manakan tidak,disana pendatang,disini
pendatang.Kebanyakkan yang berpeleseran di tengah-tengah bandar ini bukan warganegara Malaysia.Sedih pula melihat negara sendiri menjadi begini.Kita pula merasa seperti pendatang.

   Bukan itu sahaja,berjalan disini membawa kita berjumpa dengan berbagai jenis manusia yang kadang kalanya jarang untuk kita jumpa.Menarik sungguh.Agak malang sedikit kerana sukar untuk mengunakan Wi-Fi di bilik jadi terpaksalah saya melepak di lobi hotel ini sambil menyiapkan perenggan terakhir blog post saya hari ini.

Pesanan Penaja:Sayangi Negara Kita.

Tuesday, 27 December 2011

JOURNEY TO THE MALACCA:DAY 2

   Hari kedua di Melaka terasa sungguh tenang.Kedinginan aircond yang sangat mendamaikan membuatkan saya seperti mahu menyambung bermimpi.Pagi ini roti sandwich air tangan ibu saya sebagai sarapan.Banyak juga sandwich yang saya makan,hinggakan tak terkira dibuatnya.Sejak tamat persekolahan,saya banyak meluangkan masa untuk makan.Tidak hairanlah berat badan saya meningkat.

   Pada hari ini,aktiviti kami lebih tertumpu kepada sesi beli-belah di pusat beli-belah
Dataran Pahlawan.Sebelum itu,kami bergerak mencari tempat makan dan akhirnya kami sepakat untuk makan tengah hari di sebuah restoran asam pedas Melayu.Seperti yang saya jangka,makan di restoran Mamak lebih berpuas hati kerana restoran ini bukan sahaja memberi nasi yang lebih sedikit dari nasi di kantin sekolah saya,malahan harga yang dikenakan juga agak mahal.Tetapi biarlah,asalkan perut saya telah di beri "kasih sayang" yang diperlukannya(yang kini menjadi terlebih "kasih sayang"nya).Kemudiannya kami singgah dahulu di tepi laut Selat Melaka mungkin.Ada pula seorang pak cik yang sedang menangkap belangkas untuk santapannya.




   Selepas itu,kami beralih pula ke sebuah tapak yang menjual pelbagai barangan dari pakaian,cenderahati hingga ke makanan.Di sini tiada apa-apa yang dapat menarik perhatian saya tetapi ahli keluarga saya yang lain ada juga yang membeli sedikit makanan di sini.Seterusnya,kami meneruskan perjalanan ke Dataran Pahlawan yang terletak tidak jauh dari tempat tadi,hanya seberang jalan sahaja.Pusat beli-belah ini lebih kurang sama juga dengan Jusco atau Parade di Ipoh,cuma di sini dvd lanun bebas di jual.Lama juga kami berada di Dataran Pahlawan ini.Setelah penat mengelilingi pusat beli-belah ini,saya pun mengambil keputusan untuk menyambar sehelai kemeja yang sedang ditawarkan promosi.Tercapai juga hasrat saya untuk membeli kemeja ini.


   Setelah puas di Dataran Pahlawan,kami bergerak pula ke kubu A Famosa yang terletak hanya di belakang Dataran Pahlawan.Berjaya sampai di kubu ini memberi satu kepuasan di hati saya.Masakan tidak,kubu ini adalah tempat wajib untuk dilawati sekiranya melancong ke Melaka.Kali terakhir saya menjejakkan kaki di sini pada beberapa tahun yang lalu yang saya telah lupa bila tahunnya(inilah akibatnya jika banyak minum jus semut).Saat-saat di kubu ini saya gunakan untuk menghayati keindahan disebalik kerosakkan kubu ini.DI sini juga menjadi tapak untuk para peniaga hinggakan ada yang berniaga di dalam kubu tersebut.Sesuatu yang mencuit perhatian disini adalah kehadiran seorang busker yang asyik mendendangkan lagu-lagu Inggeris tanpa rasa segan dan silu.Berbekalkan gitar akustik dan sebuah buku lirik dihadapannya,busker ini menyanyi dengan sungguhnya dengan harapan para pengunjung akan terhibur dan akan menghulurkan sedikit wang untuknya.










   Pada awalnya kami bercadang untuk melawat sahabat kakak saya di Muar,tetapi disebabkan "jadual" yang padat kami terpaksa membatalkan hasrat kami itu.Lantas masa yang ada selepas mengunjungi A Famosa,kami gunakan untuk menaiki tarikan terkini Melaka,Menara Taming Sari.Dengan bayaran RM10(harga promosi,harga sebenar dewasa RM20),sesiapa yang menaikinya dapat melihat bandar Melaka dari pandangan udara.Pada mulanya gayat juga,tetapi selepas itu terasa seperti mahu menaikinya sekali lagi.



   Akhirnya kami pulang ke hotel setelah penat berjalan sehari suntuk.Kaki terasa seperti mahu tercabut sahaja,mujur kaki saya tidak berskru.Satu perbezaan antara Melaka dengan Kedah adalah,di Kedah lebih mudah untuk mencari tempat untuk makan(melantak lagi).Tambahan pula,kaum Melayu di lihat seperti kurang di sini kerana saya berjalan di tengah pekan,saya menjumpai Little India dan Chinatown,tetapi tiada pula kawasan Melayu.

   Malam ini adalah malam terakhir saya di Melaka.Malam ini kami hanya berehat di bilik hotel kerana esok kami akan ke Kuala Lumpur pula.Mudah-mudahan tidaklah berlaku banjir di sana nanti.Keseluruhan hari ini saya amat berpuas hati dan dari kata lainnya "enjoy"!Tetapi ada rasa sedikit ralat semasa di A Famosa kerana di bahagian dalam dinding kubu tersebut ada kesan contengan dari tangan-tangan yang mahukan perhatian.Golongan inilah yang memburukkan imej negara dan tidak tahu menghargai sesuatu yang bernilai.Malam ini saya masih lagi tidur lewat kerana adik saya masih ber"Wi-Fi" di lobi dan saya perlu menunggu mereka agar mereka tidak akan tidur di luar nanti.
Pesanan Penaja:Sayangilah Warisan Kita.Hentikan Vandalisme.

Monday, 26 December 2011

JOURNEY TO THE MALACCA:DAY 1

   Perjalanan pada hari pertama agar malang juga bagi saya kerana berhadapan dengan beberapa situasi yang tidak bernasib baik antaranya sakit perut.Saya amat benci jika melancong dengan keadaan begini.Amat menganggu konsentrasi untuk berseronok.Perjalanan dari rumah bermula pada pukul 7 lebih.Kemudiannya kami singgah bersarapan di warung Wi-FI mamak di Gopeng.Kemudian perjalanan diteruskan hingga ke Tanjung Malim.

   Selepas Tanjung Malim,ayah saya mengambil jalan highway.Berada di dalam van nostagik yang sempit selama beberapa jam amat memenatkan kami sekeluarga terutamanya ayahlah selaku pemandunya.Kalaulah saya sudah berlesen,tentunya saya sebagai pemandu kedua.Semasa di highway Negeri Sembilan,angin halilintang boleh tahan kuatnya.Mujurlah tiada antara kami yang melayang ke angkasa.Selepas beberapa jam kami akhirnya sampai ke bandar bersejarah Melaka.

   Keadaan trafik di sepanjang jalan agak sesak mungkin kerana cuti Krismas jadi ramai keluarga yang datang ke sini.Selepas menghadapi beberapa dugaan di sebalik kesesakan,akhirnya kami sampai juga ke tempat penginapan kami iaitu di Hotel Accordian.Selepas selesai mengangkat barang ke bilik,kami terus bergegas mencari tempat makan.Semasa mencari-cari tempat makan kami sempat juga singgah di kawasan lepak untuk geng beca iaitu di  Stadthuys.Ramai juga orang di sana.Suasana riuh dengan muzik disco yang dipasang oleh penarik-penarik beca ini.Tidak faham saya mengapa segelintir dari mereka memasang lagu-lagu sebegini,bukankah lebih baik jika mereka memasang lagu-lagu yang lebih berjiwa rakyat agar dapat sedikit sebanyak memaparkan budaya kita.Kami berjalan kaki ke Mahkota Parade untuk makan tengah hari.Selesai menjamu selera di KFC,kami pun pulang semula ke hotel untuk berehat dan kaki saya juga telah melecet.







   Pada malamnya kami pergi ke Jonker Street.Masih berjalan kaki,kami melalui jalan yang bersebelahan sungai sambil melambai kepada bot yang masih berjalan menyelusuri Sungai Melaka sehingga pukul 11 malam.Tidak banyak juga yang boleh dilihat disini tetapi dapatlah juga saya membawa pulang dua helai
t-shirt.Kemudiannya kami pulang ke hotel dan dalam perjalanan pulang ke hotel kami telah terserempak dengan seorang India yang entah mungkin sedang mabuk agaknya,berkelakuan aneh dan melucukan.Akhirnya kami sampai ke bilik dengan selamat dan yang lain sedang nyenyak dibuai mimpi disamping saya yang masih segar menulis blog sehingga hampir pukul 2 pagi.







Iklan Penaja:Sayangilah Sungai Kita. =D

CHILDREN OF BODOM:WAS IT WORTH IT

  
   Lagu ini adalah single pertama dan terbaharu Children Of Bodom,Was It Worth It dari album Relentless,Reckless,Forever.Video yang seperti video mereka yang lain,memaparkan aksi mereka bermain peralatan muzik mereka di gelanggang skateboard.Semasa video berlangsung diselitkan juga adegan pemain skateboard dengan skateboardnya terbakar.Video ini tidaklah membosankan sangat kerana cara pergerakan kameranya yang lain dari video sebelum ini.Video yang baik untuk lagu yang Rock!! Hell yeah!!

DI MANAKAH?

Dimanakah Engkau?
Disaat aku memerlukan Mu

Tetapi
Dimanakah aku?
Disaat aku berada di puncak
Dimanakah aku?
Disaat azan memanggilku
Dimanakah aku?
Disaat yang fakir perlu dibantu
Dimanakah aku?
Disaat zakat wajib dibayar
Dimanakah aku?
Disaat kota suci mampu ku pergi
Dimanakah aku?

Aku disini
Sibuk melayan sahabat penghuni neraka
Sibuk mengetawakan yang lemah
Sibuk mengeji si miskin
Sibuk mengira harta dunia
Sibuk menjejak kaki ke kota maksiat

Namun
Dimanakah mereka?
Disaat aku terkujur kaku
Dimanakah mereka?
Disaat aku berbaju putih
Dimanakah mereka?
Disaat rumahku liang lahat
Dimanakah mereka?
Disaat melodiku tangisan dan Yassin
Dimanakah mereka?

Kini
Disini aku menemui Mu
Disaat aku memerlukan Mu

FINAL DESTINATION 5

   Baru-baru ini saya telah menonton filem Final Destination 5.Pada mulanya saya kurang berminat dengan filem ini tetapi setelah menonton trailernya nampak seperti filem Saw,kejam dan brutal.Rakan kakak saya juga menyarankan agar saya menonton filem ini kerana dia mendakwa filem ini lebih bagus dari filem Saw.Setelah menontonnya,apa yang saya dapat rasakan adalah kehampaan dan penyesalan sahaja.

   Mengapa saya berkata begitu?Biar saya jelaskan sebab-sebabnya:
1.Jalan cerita yang lemah.
  Sudah banyak filem yang mengetengahkan watak sekumpulan remaja sebagai watak utama,seperti filem
  yang sebelumnya,cuma kelainan disini mereka sudah bekerja.Lagi satu,banyak juga babak yang tidak
  perlu atau penting diselitkan,mungkin mahu memanjangkan filem.Tiada unsur aksi di sini kerana watak
  hanya menjalani kehidupan harian sambil menunggu maut menjemput mereka dengan cara yang kejam.
2.CGI yang "kantoi" di sesetengah babak.
  Saya mengagak jika sudah 4 filem di keluarkan sebelum ini mungkin yang ke 5 akan menampilkan kesan
  khas yang lebih baik tetapi itu semua hanya angan-angan.Beberapa babak terutama yang melibatkan
  kecederaan jelas sangat CGI nya,sekali gus merosakkan mood saya untuk menontonnya.saya menganggap
  mungkin kesan khas filem ini sama hebat seperti filem Saw.Antara babak yang jelas sekali semasa
  babak jambatan runtuh pada awal filem.
3.Jalan cerita terlalu mendatar,penonton boleh menjangka apa yang akan terjadi.
  Sesiapa yang menonton filem ini tentu tahu apa yang bakal terjadi kepada watak-watak dalam filem ini
  bukan?Mati mengikut giliran.Walaupun ada juga sesetengah babak yang saya suka tetapi tidak cukup
  untuk memberi kejutan kepada para penonton,terutama yang fanatik dengan filem-filem brutal.Mungkin
  jika yang baru mula menjinakkan diri sahaja akan berasa ngeri menontonnya.Tiada babak yang bagi saya
  di luar jangka.
4.Durasi filem yang singkat.
  Filem ini terlalu singkat bagi saya kerana sedang asyik menonton hingga klimaks yang suam-suam kuku,
  tahu-tahu sudah tamat.Dapat di rasa kesingkatan filem ini.
5.Tiada motif dan pengajaran.
  Saya pun tidak tahu apakah motif filem ini sebenarnya,filem ini hanya "tunggu giliran untuk mati".
  Entahlah,saya pun pening untuk menrungkainya dengan kata-kata.Dimanakah nilai murni dan pengajaran
  dalam filem ini?Adakah filem ini hanya hiburan kosong tanpa mesej yang mendalam untuk para penonton.
  Mungkin pengajarannya adalah kita perlu bersedia menemui mati?Mungkin juga.
 
   Jadi konklusinya disini saya berpendapat bahawa filem ini bukanlah filem yang dapat memberi kesan yang
mendalam kepada penontonnya.Saya juga tidak menyangka filem yang sudah di terbitkan 4 kali sebelum ini
memberi efek kesan khas yang hanya begini.Tiada apa yang boleh diharapkan melalui filem ini.Saya menjangkakan yang lebih dari filem ini tetapi hanya indah khabar dari rupa.Jadi lupakan saja untuk menjadi sebahagian dari koleksi filem-filem saya.Rugi rasanya membelinya walaupun keluaran lanun(nasib baik beli yang lanun).

Tuesday, 20 December 2011

5 MINIT

Mengapa perlu bakhkil?
5 minit itu untuk bersujud kepada yang Esa
Mengapa perlu tergesa-gesa?
5 minit itu bagaikan terlalu lama
Mengapa perlu tidak khusyuk?
5 minit itu masih memikirkan dunia
Mengapa perlu tidak ikhlas?
5 minit itu hanya lakonan
Mengapa perlu menitis air mata?
5 minit itu dosa terkenang
Mengapa perlu bersujud?
5 minit itu tanda hamba Maha Pencipta
Mengapa perlu berdoa?
5 minit itu berserah pada Maha Agung
Mengapa perlu 5 minit?
5 minit itu yang pertama dihisab Nya
Mengapa perlu dilaksana?
5 minit itu penentu syurga neraka

TARIKH LUPUT

Dari Mu kami datang,dan kepada Mu kami kembali..
   Beberapa malam yang lepas saya telah diberitahu tentang kematian seorang anak bekas guru saya akibat kemalangan jalan raya.Pada petangnya kakak saya memberitahu bahawa satu kejadan kemalangan telah berlaku.Mendengarkan berita ini membuatkan badan saya tiba-tiba mengeletar.Timbul juga perasaan sedih di samping rasa terkejut yang amat sangat.Bukan apa,walaupun kami tidak mengenali satu sama lain,hanya bertemu sepintas lalu di sekolah,saya tidak menjangka perkara ini akan berlaku disaat usianya yang masih muda.

   Mengetahui berita orang yang kita tidak kenal mungkin tidak memberi kesan tetapi lain
pula jika berlaku kepada orang yang kita kenal walaupun tidak rapat.Mendengar pula kemalangan jalan raya,tragedi ini memberi pengajaran kepada kita agar lebih berhati-hati sewaktu di jalan raya terutama yang bermotosikal.Kita tidak akan tahu apa yang akan dan boleh terjadi sewaktu di jalan raya nanti.
  
   Ajal maut di tangan Tuhan,kita hanya merancang Tuhan yang menentukan.Kematian bukanlah perkara yang boleh kita jangka bila sampai waktunya.Selepas mendengarkan berita ini,secara tidak langsung fikiran saya memikirkan bagaimanakah keadaannya nanti di alam Barzakh.Sudah semestinya perkara ini bukanlah perkara yang boleh dibuat main.Berbagai perkara bermain di fikiran saya pada waktu itu.Terfikir juga bagaimana pula nanti waktu saya pergi mengadapNya?Adakah cukup nanti amalan saya?Timbul sedikit rasa keinsafan dalam diri.

   Kehidupan setiap makhluk yang bernyawa tidak akan lari dari menghadapi mati.Cuma caranya sahaja yang mungkin berbeza.Semua orang termasuklah saya mahukan kehidupan yang baik selepas mati nanti.Dan amalan sahaja tiket untuk kita berbahagia menemui Pencipta kita nanti.Marilah kita bersama-sama berdoa agar tergolong bersama orang-orang yang beriman dan tidak pergi dalam keadaan yang hina.

p.s:Al-Fatihah kepada sahabat kita ini yang telah meninggalkan kita untuk selama-lamanya.Semoga rohnya berada bersama orang-orang yang beriman.Amin.

Sunday, 18 December 2011

ARTIS SEKARANG

    Akhir-akhir ini industri perfileman kita disajikan dengan pelbagai jenis filem-filem yang bagus dan tidak kurang juga yang teruk.Tetapi apa yang saya ingin bincangkan adalah tentang pemakaian bagi artis-artis wanita MELAYU kini yang semakin tidak cukup kain ataupun tidak salah untuk dikatakan tidak sedar diri.
 
   Sama ada penyanyi mahupun pelakon,kedua-duanya lebih kurang sama.Bukan saya berkata bahawa SEMUA artis wanita berpakaian tidak bersesuaian,tetapi SEGELINTIRnya sahaja.Jika kita lihat baru-baru ini,kontroversi yang melanda sebuah filem kmedi seram yang disebabkan gambar seorang pelakon wanita yang mendedahkan belakangnya hingga ke pangkal punggung.Apa yang mendukacitakan disini wanita tersebut berbangsa Melayu dan beragama Islam.Saya bukanlah seorang yang warak tetapi paling kurang pun,jagalah maruah dan adab kita sebagai orang Melayu.Wanita Melayu dahulunya sinonim dengan sifat sopan santunnya dan berpakaian sopan walaupun tidak menutup aurat.Tetapi disini pelakon ini bangga untuk menunjukkan belakangnya kepada dunia tanpa segan silunya.Bukan dia sahaja yang melakukkan aksi sebegini.Malahan banyak lagi filem-filem yang bukan sekadar memaparkan wanita seksi tetapi disertakan dengan aksi ranjang.Apa ini?Kita berada di Malaysia bukannya Hollywood.
 
   Kebanyakkan pelakon yang melakonkan aksi tersebut memberi alasan sebagai tuntutan lakonan.Munasabahkah alasan ini?Sebelum melakukan aksi ini mereka tidak berfikirkah tentang apa yang akan diperkatakan umum?Bujang ataupun sudah berkahwin,tidak malukah mereka untuk melakukan aksi
sebegini walaupun hanya lakonan.Jika yang berkahwin,apa yang anak-anak akan fikirkan jika melihat ibu atau bapa mereka melakonkan aksi ranjang dengan orang yang bukan ibunya.Begitu juga dengan pengarah.Perlukah diterapkan aksi sebegini dalam karya-karya anda?Adakah anda ketandusan idea
dan takut jika sambutannya tidak hangat?Perlukah anda?Saya ada menonton beberapa filem yang di arah oleh seorang Melayu yang diterbitkan oleh penerbit cina.Kebanyakkan filem-filem mereka pasti akan ada watak wanita yang berpakaian seksi yang berbangsa Melayu.Perlukah dalam setiap filem anda sama ada komedi atau aksi ada wanita yang berpakaian seksi dan mencolok mata penonton.Beberapa bulan lepas juga kita disajikan dengan filem yang bercorakkan aksi ranjang.Sedihnya kerana filem-filem sebegini diarah dan dilakonkan oleh orang Melayu kita dan beragama Islam.Malah ada juga pihak yang bangga dengan aksi
sebegini.Kita bukan berada di barat,sungguhpun jika kita berada di barat perlukah kita menjadi seperti mereka dan melupakan adab-adab sebagai orang Melayu dan  umat Islam?
   Tidak hairanlah kini ramai anak muda kita sudah pandai tentang hal-hal ranjang.Mungkin jika hal ini masih berterusan,akan wujud pula pelakon lucah dari Malaysia.Apa yang nak dihairankan,inikan hanya tuntutan lakonan sahaja.Artis wanita juga sekarang walaupun berwang masih tidak cukup duit untuk menutup badan mereka secukupnya.Gelandangan di tepi jalan lebih sopan pakaiannya.Bagaikan mahu menunjukkan apa yang dimiliki hingga pakaiannya sesendat,sesingkat dan seseksi boleh.Cukuplah sampai disini saja saya berbicara.Saya amat berharap industri kita terus maju tanpa mengadaikan maruah anak seni terutama orang Melayu.

KU LIHAT

Ku lihat api di matamu
Penuh dengan kebencian
Ku lihat lidahmu cabang dua
Ralit menbelit leher bonekamu
Ku lihat mulut jahanammu
Asyik ungkapnya kata-kata fitnah
Ku lihat lentik jarimu
Mengosok belakang menyala api
Ku lihat jejak kakimu
Melangkah mencari sekutu
Ku lihat caramu
Tersangatlah keji..

Monday, 12 December 2011

GURU DALAM HIDUP

   Akhirnya selepas sepuluh hari berjuang,tamat juga peperangan ini.Terasa segala beban telah pergi dari diri ini.Tidak perlu lagi merungsingkan fikiran dengan persamaan kimia,tidak perlu lagi menghafal sel-sel dalam biologi,dan menyelesaikan masalah dalam matematik tambahan.Semuanya telah berakhir.Kini penantian yang perlu adalah saat keputusan sebenar akan diumumkan pada beberapa bulan lagi.Dengan berakhirnya peperiksaan ini menandakan gugurlah jawatan saya dan rakan-rakan tingkatan lima saya sebagai murid SMK Pengkalan.Selepas ini semuanya pasti sibuk mencari pekerjaan untuk tidak membuang masa yang begitu berharga.

   Berfikir tentang sekolah,pelbagai kenangan dan emosi yang dapat saya bayangkan sepanjang bergelar murid sekolah.Di sekolah jugalah kita semua bertemu dengan insan bergelar guru.Mula belajar di tadika kemas Sungai Senam pada enam tahun,saya melonjak pula ke darjah satu di SK Cator Avenue sehingga darjah empat.Bermula darjah lima,saya bersekolah di SK Pengkalan setelah berpindah dari Sungai Senam.Setelah tamat darjah enam,saya naik ke tingkatan satu di SMK Pengkalan hingga tamat tingkatan lima.Pelbagai jenis manusia serta ragam telah saya temui.Masih saya ingat nama guru-guru saya  semasa di tadika iaitu Cikgu Chan dan Cikgu Fatimah.Walaupun kesemua murid yang diajarnya Melayu,tetapi Cikgu Chan tiada masalah untuk mengajar kami agar menjadi manusia yang berguna.Mungkin pada masa itu pengaruh politik masih kurang dikalangan guru.Begitu juga rakan-rakan yang lain walaupun ada yang saya telah lupa namanya.Rasanya tidak pernah timbul masalah antara kami murid-murid di sini,
hinggakan ke sekolah rendah.Kami masih dapat bermain dengan baik berbanding semasa berada di Pengkalan.Suasananya cukup berbeza.Alangkah baik jika dapat bersemuka dengan mereka semula.

   Semasa di SK Cator Avenue,yang merupakan sekolah lelaki sahaja,tidak banyak pengalaman yang dapat saya perolehi.Mungkin disebabkan ini juga saya malu untuk bergaul dengan murid perempuan.Tetapi yang masih saya ingat ialah tentang seorang guru ini yang sering memarahi saya dan dua orang rakan saya yang berbangsa Melayu dan Cina.Mungkin disebabkan kami yang paling lembab di dalam kelas yang menyebabkan dia rakus memarahi kami.Tetapi ada suatu ketika semasa di kelas seni,guru ini melayan saya dengan baik dan dengan lembut menyuruh saya menyiapkan hasil kerja saya.Bukan kepalang indah rasanya di hati kecil ini.Entah bagaimana dia sekarang,masihkah dia mangajar di sana?Masih cantikkah dia seperti semasa menjadi guru kelas saya?

   Belajar di SK Pengkalan memberi saya pengalaman yang cukup berbeza.Masakan tidak,jika dahulunya saya belajar dikelilingi lelaki sahaja tetapi kini disertakan dengan murid perempuan.Semasa masih baharu di sini,saya berada di kelas keempat.Kawan sebelah saya pada masa itu adalah pelajar yang kini sudah menjadi sedikit "gangster" tetapi masih lagi baik.Bayangkan jika saya masih di kelas belakang dan bergaul rapat dengan mereka,mungkin saya juga boleh menjadi "taiko" yang berjaya di sekolah menengah.Tetapi jika kita pandai membawa diri dan berfikiran rasional pasti kita dapat menangani masalah ini dengan baik bukan.Dan bukan semua pelajar kelas belakang ini teruk perangainya,malah ada yang lebih baik dari  yang berada di kelas yang hadapan.Semuanya bergantung kepada individu tersebut untuk menentukan siapa dia.Semasa darjah enam saya berjaya memasuki kelas hadapan sepanjang karier saya sebagai murid.Kali ini saya duduk di sebelah murid perempuan.Terima kasih kepadanya kerana sudi menjadi guru kedua saya pada waktu itu dan maaf kerana saya tidak dapat mengingati nama anda.Di sinilah saya mula kenal dengan rakan-rakan baharu yang sesetengahnya masih saya lihat batang hidungnya di sekolah menengah.Pada tahun juga saya buat pertama kalinya,mengikuti kem di sekolah.Pengalaman mandi di sekolah amat saya benci hinggakan ke sekolah menengah.Saya dapat menamatkan persekolahan saya dengan keputusan UPSR yang sederhana sahaja iaitu 2A3B.

   Menjadi "junior" di sekolah menengah ternyata tidaklah sukar lantaran kewujudan saya dikalangan murid-murid adalah tidak diendahkan.Tetapi saya tidak kisah dengannya.Semasa di tingkatan satu,saya mempunyai tanggapan yang serong terhadap seorang rakan saya yang merupakan anak seorang guru saya juga,yang jauh lebih pandai dari saya.Saya menganggap bahawa dia seorang yang sombong dan hanya bergaul dengan murid yang setaraf dengannya sahaja tetapi ternyata salah tanggapan saya apabila dia melayan saya dengan baik dan sangat merendah diri.Malunya saya dengan sikap saya ini.Mungkin yang sombong sebenarnya saya.Banyak juga peristiwa yang samar-samar dalam ingatan saya.Tetapi peristiwa yang paling saya ingati dan mungkin tidak dapat saya lupakan adalah peristiwa sepanjang 2010-2011.

   Semasa di tingkatan empat saya mula berani meluahkan perasaan cinta saya kepada umum setelah berkenalan dengan bekas kekasih rakan sekelas saya.Dia yang pada mulanya memanggil saya "muka pembunuh" banyak membantu saya dalam hal-hal yang melibatkan hati dan perasaan ini.Dan disebabkan ini jugalah pernah seketika hubungan persahabatan antara saya dan rakan sekelas saya ini terputus.Tetapi kami adalah profesional.Kami tamatkan persengketaan secara profesional.Tidak lupa juga dengan rakan-rakan yang lain yang sering memberikan nasihat dan dorongan walaupun hasilnya tidak seperti yang saya jangka.Pada tingkatan ini jugalah saya mengenali guru praktikal yang pernah memanggil saya dengan nama "Roller Coaster" lantaran tulisan saya yang seperti karya seni abstrak.Pada mulanya saya menganggap dia hanya guru biasa sahaja,tetapi dia seorang yang cukup baik dan "sporting".Semasa di tingkatan lima pula,saya berpeluang merasa perasaan dicintai dan mencintai.Disamping itu,hal ini turut mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih baik.Pada tahun ini juga saya belajar dengan guru-guru yang boleh dikatakan antara yang saya suka jugalah.Guru Bahasa Melayu yang sedikit tegas tetapi lembut hatinya,dengan pertuturannya yang mengikut skema,memberi inspirasi kepada saya untuk menulis dengan menggunakan bahasa Melayu yang penuh di blog ini.Guru English yang cukup "sporting",guru kelas yang cukup tegas pada satu masa tetapi kelakar pada masa yang lain dan guru-guru yang lain.Tidak lupa juga guru-guru tusyen saya yang pernah mengajar saya,terutama semasa saya sekolah rendah.Saya memanggilnya Kak Long.Anda jangan pula menganggap dia mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap.Semasa belajar bersamanya,saya cukup seronok kerana kami cukup serasi tambahan pula dia juga meminati kumpulan muzik Linkin Park.Dia turut meminati watak Garfield.Tetapi sayang kerana kini kami telah terputus hubungan setelah saya naik ke sekolah menengah.Ada suatu ketika saya mahu menghantar kad raya kepadanya tetapi apabila mahu menghantarnya,kad tersebut telah hilang.Saya amat berharap sekiranya kami dapat bertemu kembali,mungkin Kak Long sudah berumah tangga.

   Sepanjang hidup ini,kita akan belajar walaupun tidak berada di sekolah.Pengalaman itu sendiri adalah guru kita di dunia luar.Guru bukan sahaja yang mengajar kita di sekolah,tetapi di rumah,ibu bapa kita sendiri juga guru kita sejak lahir ke dunia.Tanpa pengajar-pengajar ini,kita mungkin akan menjadi seperti tin kosong.Tetap kosong.Tetapi kehadiran mereka seperti tin kosong itu dimasukkan sesuatu di dalamnya.Pengalaman yang ada itu sebenarnya boleh digunapakai dalam setiap masalah yang kita hadapi,walaupun masalahnya berbeza tetapi jika kita dapat memikirkan yang tersirat dan positif pasti setiap masalah dapat diselesaikan.Akhir kata,saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada setiap guru yang pernah muncul dalam hidup saya secara langsung atau tidak langsung.Tanpa anda,siapalah saya.

p.s:Post ini rasanya lebih baik kalau di buat untuk hari guru.....hmm..?

Sunday, 11 December 2011

INSOMNIA [VERSI MELAYU]

Tik tok tik tok
Bunyi jam berdetik.
Tok tik tok tik
Sudah tiga pagi..
Mataku masih segar,enggan terlena.
Mengapa...
Oh tidak,ku tekup mukaku dengan bantal,
Masih terjaga..
Dan pula,ku selubungi diriku dengan selimut,
Tetap terjaga..
Masih terjaga..
Oh mengapa...
Insomnia!
Hidupku sukar..
Insomnia!
Malamku bagaikan siang..
Insomnia!
Tidur bukan untukku..
Insomniaaa....
Pelbagai penawar telah ku cari
Agar dapat kembali
Bermimpi di malam hari...
Insomniaaaaaa!!!!!

INSOMNIA

This is my first time i writed a song lyric.Also have in malay version.Hahaha.peAce!

Tick ​​tock tick tock
The sound of clock ticking.
Tock ​​tick tock tick
It's three in the morning ..
My eyes were still fresh, are reluctant to fall asleep.
Why ...
Oh no, I cover my face with a pillow,
Still awake ..
And also, I cover myself with blankets,
Stay awake ..
Still awake ..
Oh why ...
Insomnia!
My life is difficult ..
Insomnia!
My night as day ..
Insomnia!
Sleep is not for me ..
Insomniaaa ....
Various bidders have me looking for
In order to re-
Dreaming in the night ...
Insomniaaaaaa !!!!!

Lyric by : Apizz[Muhammad Hafiz Rodzuan]

LIFE WERE STREAKED

This is my first post using english language,i am not really good in english so sorry if have any mistake.Enjoy!

For some reason my soul was restless,
 I think there is no point living
 Emptiness surrounds me.
 Even my life happy always ..
 Life's journey passed quickly ..
 Leaving my own.
 No sense of peace for me ..
 Feeling guilty, but who knows for whom.
 When i am alone ..
 Feeling the mounting ..
 Everything was quiet, private
 My soul, my life ..
 A life full of stains ..
 Took me step by step
 To the hell ..
 My daily routine is full of sin ..
 I forgot ..
 Forget the Creator.
 That gave me the opportunity
 For a taste of life ..
 Undertaking an agreed time before I were born
 I forgot ..
 Drift, I kept drifting in the earthly paradise.
 I find the light has ..
 But I still want the dark
 So I died in disbelief ...

Thursday, 8 December 2011

LINKIN PARK:WAITING FOR THE END


Ini adalah salah satu video Linkin Park dari album "A Thousand Suns".Lagu ini merupakan single kedua mereka selepas "The Catalyst".Video ini merupakan antara video CGI yang paling hebat dihasilkan Linkin Park.Diarahkan oleh Mr.Hahn,iaitu dj dalam Linkin Park,dia telah mencipta sebuah ruang ilusi dalam video ini.Tiada jalan cerita bagi video ini,kesan khas dalam video ini banyak membantu mengindahkan lagi lagu "Waiting For The End".

DILEMAKU

Hype semua....
Sejak akhir-akhir ini,terutama apabila peperiksaan yang kian berada dipenghujungnya saya sering terfikirkan kehidupan saya selepas tamat persekolahan.Jika ditanya kepada lepasan SPM,sebahagian besar sudah tentu mahu melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.Begitu juga saya.Tetapi saya sekarang berada dalam dilema.

   Dilema yang saya maksudkan di sini,saya tidak tahu bidang apa yang patut saya pilih jika berpeluang melanjutkan pelajaran.Perlukah saya memilih bidang sains seperti mana kelas saya sekarang ataupun memilih bidang yang saya gemari,berkaitan seni.Saya juga keliru dengan apa yang saya ingin jadi dewasa kelak.

   Dilema dan kekeliruan ini semuanya berpunca dari hari saya melihat beberapa risalah kemasukan ke universiti untuk kakak saya.Ketika sedang leka membaca,saya terpandang ke sehelai risalah yang menunjukkan kelayakan untuk memasuki universiti tersebut.Di risalah tersebut tertulis,jika ingin mengambil bidang seni reka dan seni lukis perlu lulus matapelajaran seni atau lulus dalam satu ujian yang saya pun tidak tahu apakah dia.Masalahnya,saya berada di kelas sains.Semestinya matapelajaran seni tidak berada dalam pakej kelas saya itu.

   Sekarang saya berasa menyesal kerana memilih kelas kerana kawan dan bukan kerana apa yang saya mahu jadi dewasa nanti.Satu lagi,kadang kala saya berasa tidak yakin untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni lukis jika boleh kerana saya berpendapat yang saya tidak cukup berbakat dan layak untuk belajar dalam bidang tersebut.Tetapi jika saya ingin menukar bidang yang saya mahu pilih,bidang apa lagi yang saya boleh pun?

   Pening sepeningnya.Inilah akibatnya jika sering bermain tanpa memikirkan masa depan.Ada saya terfikir untuk menjadi pelukis atau jurugambar profesional ataupun penyajak(?).Konklusinya,rancanglah masa depan anda dan sedarlah dari awal lagi,jangan apabila semuanya sudah terlambat bak kata"terlajak perahu boleh diundur,terlajak perbuatan,anda fikirkanlah sendiri"
Oh Nooo!!

LINKIN PARK:A THOUSAND SUNS

   Linkin Park antara band-band rock terawal yang saya minat.Pada zaman sebelumnya saya banyak terdedah dan meminati band seperti Backstreet Boys.Saya mula meminati mereka setelah melihat sedutan video "In The End" di televisyen.Namun begitu,masa untuk saya benar-benar meminati mereka agak terlambat sedikit kerana album pertama yang saya beli adalah kaset "Live In Texas",iaitu sebuah album live setelah mereka merilis 2 album studio dan 1 album remix.Minat saya kepada Linkin Park begitu utuh hingga setiap barangan seperti cd,dvd mahupun t-shirt mereka akan saya beli jika berkemampuan.Linkin Park sedikit sebanyak mempengaruhi diri saya untuk meminati muzik bising ini dan cabang-cabangnya yang lain.Hingga kini Linkin Park masih menjadi band no 1 bagi saya walaupun muzik mereka telah beralih arah.

   Setelah bertapak selama 10 tahun di arena seni,mereka telah merilis 4 album studio,2 album remix dan 3 album live.Album mereka yang paling terkini sudah tentu "A Thousand Suns",iaitu titik permulaan evolusi muzik Linkin Park.Setelah mencipta kejayaan besar semasa album pertama,"Hybrid Theory",mereka terus mengegarkan industri muzik apabila lahirnya album "Meteora".Album ini masih lagi menjadikan genre 'nu-metal' sebagai asas mereka.Seterusnya,kejutan bagi semua peminat Linkin Park  dengan munculnya album kontroversi mereka,"Minutes To Midnight" pada tahun 2007.Album ini merupakan album 'eksperimen' mereka apabila mereka tampil memberi kelainan dengan membuang bunyian 'nu-metal'.Ini sudah semestinya membuatkan pendengar tegar mereka terkaku seketika dan berkata"Album siapakah ini?"Tidak menetapkan sebarang genre dalam album ini,Linkin Park kedengaran seperti sudah perlahan sepertimana track "Valentine's Day","In Between" dan "Leave Out All The Rest".Namun begitu,album ini masih mempunyai kelebihannya yang tersendiri.Menggunakan khidmat penerbit Rick Rubin,album ini meninggalkan kesan dengan bunyian gitar solonya yang tidak pernah wujud dalam 2 album sebelum ini.Bagi peminat yang mahu mendengar Brad Delson mengoreng gitarnya,"Minutes To Midnight" adalah album yang amat sesuai.

   Beberapa tahun tanpa album baru,pemenang anugerah Grammy ini telah mula membuat para peminat mereka tidak duduk diam pada tahun 2010.Single pertama,"The Catalyst" kedengaran di corong-corong radio.Mendengarkan single ini,saya berkata pada diri "Lagu technokah ini?"Saya sendiri tertanya-tanya dan perlu mengambil masa untuk menghadam muzik baharu Linkin Park.Menerusi single tersebut,mereka ternyata sudah lari dari konsep yang terdahulu.Pada tanggal 14 September 2010,"A Thousand Suns" dikeluarkan.Selang beberapa harinya sahaja album ini sudah menjadi milik saya.Pada hari itu saya hanya berkesempatan untuk menonton dvd di sebalik pembikinan album tersebut berjudul "Meeting of A Thousand Suns" yang disertakansekali jika anda membeli yang"deluxe version".Pada keesokkan harinya,tanpa membuang masa saya terus memasang album ini.

Mendengarkan intro yang mempunyai elemen kegelapan,membuatkan saya berasa sangat teruja.Kemudian disambung dengan track ucapan dari J.Robert Oppnheimer.Tamat track yang bernama "The Radiance" tersebut,lagu yang sebenar kini bermula.Track yang mempunyai rentak yang tenang disamping vokal Mike Shinoda yang menyanyi dengan suara yang merdu tanpa rapping,lagu ini merupakan lagu kegemaran saya.Track ini juga satu-satunya lagu yang mempunyai petikan gitar solo Brad Delson.Selepas itu,pendengar akan mendengar bunyi cengkerik dan bunyi askar berperang.Track ini adalah intro kepada track "When They Come For Me",track yang 90%nya rapping.Mike membuat kelainan apabila mengubah cara rappingnya.Track ini juga yang paling banyak perkataan mencarut.Kali ini Mike menunjukkan bakat terpendamnya dengan kebanyakkan lagu dalam album ini mempunyai suara Mike yang menyanyi,bukan rapping bersama Chester.

Senarai lagu:
The Requiem
The Radiance
Burning In The Skies
Empty Space
When They Come For Me
Robot Boy
Journada Del Muerto
Waiting For The End
Blackout
wretches And Kings
Wisdom,Justice,And Love
Iridescent
Fallout
The Catalyst
The Messenger
Markah:4/5

   Jika saya bincangkan tentang lagu-lagu dalam album ini rasanya akan mengambil masa yang lama dan penulisan yang berjela panjangnya.Dikhuatiri akan membosankan anda yang membacanya.Tetapi secara ringkas,album ini banyak menampilkan kelainan pada setiap lagu-lagunya.Setiap lagu mempunyai mood yang tersendiri disamping banyak menggunakan bunyian-bunyian baharu tetapi mengurangkan bunyian paling asas,iaitu gitar.Seperti track "Robot Boy",bunyi gitar hanya kedengaran pada outronya sahaja.Ada juga track yang langsung tidak menggunakan gitar seperti "Journada Del Muerto" dan "Blackout".Album ini dilihat sebagai album yang menunjukkan evolusi dan kematangan Linkin Park dalam mencipta muzik.Mereka juga mengambil langkah berani dengan membuat perubahan-perubahan drastik yang memungkinkan mereka di keji peminat mereka sendiri.Sesuatu yang tidak pernah wujud dalam album sebelum ini tetapi ada dalam "A Thousand Suns",satu track akustik berjudul "The Messenger".Mereka turut menggunapakai track-track ucapan dari tokoh-tokoh seperti Mario Savio(Wrectches And Kings) dan Martin Luther King(Wisdom,Justice,And Love).Turut dilihat,beberapa track yang mempunyai lirik yang sama seperti "The Requiem" sama dengan "The Catalyst","Burning In The Skies" sama dengan "Fallout".Adakah ini salah satu konsep album ataupun mereka kekurangan idea untuk menulis lirik?Bagaimanapun saya amat tertarik dengan lirik-lirik mereka yang mempunyai mesej-mesej tertentu seperti lagu"Iridescent" dan "The Messenger".



   Album yang menduduki tempat pertama di carta album Billboard di beberapa negara ini mempunyai banyak edisi.Antara edisi yang terawal adalah edisi peminat dimana dalam pakej tersebut diselitkan juga sebuah buku yang memaparkan konsep seni album,vynil,cd dan dvd.Cover album ini mempunyai beberapa warna yang berbeza mengikut edisinya.Jika edisi biasa,warna latar belakangnya ialah putih,jika edisi import yang berserta dvd "Meeting of A Thousand suns" pula berwarna hitam pada latar belakangnya manakala edisi yang paling terkini ialah edisi "+" yang disertakan dvd "Live In Madrid",dengan cover berwarna merah.Kesemua edisi ini boleh didapati di kedai-kedai muzik berhampiran anda dan anda tidak akan rugi untuk mendapatkannya kerana album ini bukan sahaja sesuai untuk peminat Linkin Park,bahkan sesuai untuk semua lapisan masyarakat kerana muzik mereka kini bukan lagi muzik yang bising semata-mata,tetapi sebuah karya seni yang mempunyai mesej yang tersendiri.

Tuesday, 6 December 2011

COLDPLAY:PARADISE


Hmm..muzik band ini menarik juga sebenarnya,entah mengapa baru kini saya meminati mereka secara serius!...Dalam perancangan untuk membeli album baharu mereka,Mylo Xyloto versi import.Video ini mengisahkan tentang perjalanan seekor gajah yang mencari lagi 3 ekor rakannya.Gajah-gajah ini sebenarnya merupakan ahli kumpulan mereka juga.Pada akhir video ini mereka berempat membuat persembahan di sebuah konsert dengan memakai kepala kostum gajah tersebut.Sebuah video yang menarik untuk lagu yang bagus.

Sunday, 4 December 2011

SCARFACE


 Sejak bermulanya cuti persekolahan disamping peperiksaan yang hanya tinggal satu kertas sahaja untuk dilangsaikan,masa yang terluang banyak saya gunakan dengan menonton dvd.Filem-filem yang saya tonton bukanlah yang baharu dan yang sedang hangat di tayangkan,tetapi lebih kepada filem-filem english klasik.Sejujurnya,saya berpendapat pengarah barat kini seperti ketandusan idea kerana trend filem sekarang lebih kepada fantasi dan adaptasi komik.Lihat saja pada filem-filem superhero.Jika dahulu yang ada mungkin hanya Superman,Batman dan Spiderman kini muncul pula Ironman,Thor dan banyak lagi.

   Filem klasik yang saya maksudkan diatas bukanlah filem hitam putih seperti 3 Stoogers ataupun Charlie Chaplin,tetapi filem-filem selepas era tersebut.Mungkin 70 ke 80an.Antaranya filem seperti The Godfather,Scarface,The Killing Field dan The Deer Hunter.Saya pasti jika ditanya pada generasi kini yang dihidangkan dengan aksi fantasi tidak mengetahui tentang filem-filem ini kecuali yang benar-benar meminatinya.Apa yang saya lihat pada keempat-empat filem ini yang merupakan kegemaran saya terutama The Godfather dan Scarface,banyak mesej yang terkandung dalam naskah seni ini.Dengan jelas
dapat saya lihat mesej-mesej yang cuba disampaikan oleh pengarah filem-filem ini.Kebanyakkan mesej yang disampaikan adalah berkenaan keluarga(The Godfather),persahabatan(The Deer Hunter) dan kemanusiaan(The Killing Field).
  
   Jarang untuk kita lihat terutamanya pada masa kini filem bercorak aksi ganas yang dapat menerapkan unsur positif dengan berkesan.Misalnya filem Scarface arahan Brian DePlama.Watak utama,Tony Montana lakonan Al Pacino seorang pelarian dari Cuba masuk ke Miami bersama rakan baiknya,Manny Ribera untuk mengubah nasib hidupnya.Dia dan kawan baiknya bekerja untuk Frank Lopez dalam perniagaan kokain.Pengaruh buruk bukan?Tunggu dahulu,biar saya ceritakan dahulu sipnosisnya.

   Bermula dari bawah,kesungguhannya membawa kepada kejayaannya berada di atas.Tony berjaya dalam industri kokain selepas menyingkirkan Frank dan berjaya memikat teman wanita Frank,Elvira Hancock.Disebalik kelebihannya terselit juga kelemahannya dimana sikap tamak dan kekayaannya membuatkan ramai yang iri hati.Penamat cerita membawa kepada kematiannya setelah rumahnya diserang hendap.
  

Lakonan berkesan Al Pacino sebagai Tony Montana.
   Bercerita tentang nilai positif yang terkandung dalam filem ini,sikap yang dimiliki oleh watak Tony sangat menarik perhatian saya.Sikap berani bersuara dan tidak suka ditindas dipaparkan sewaktu dia ditawarkan kerja pertamanya tetapi dengan bayaran rendah.Dia dengan beraninya membidas orang yang menawarkan kerja tersebut hingga dia mendapat kerja yang lebih lumayan.Inilah yang terjadi kepada sesetengah masyarakat yang berasa rendah diri sering di tindas dimana sahaja.Jika di sekolah,yang tidak popular akan dipulaukan dan dibuli oleh yang popular.Tony juga tidak suka orang mempertikaikan negara asalnya.Dia akan melenting kepada orang tersebut.Orang yang disukainya juga tidak terlepas apabila Elvira bercakap tentang negaranya.Jika kita lihat,negara jiran seringkali menghina dan memperlecehkan negara kita walaupun dalam hal remeh seperti perlawanan bola sepak.Sikap tidak matang sangat jelas pada warganegara tersebut.Tidakkah mereka tahu bahawa berapa ramai rakyat mereka datang ke sini mencari rezeki dan ada juga yang mencari pasal?Tetapi kita masih bersikap profesional dengan berdiam diri.
  
   Pada satu babak,Tony pulang ke rumah ibunya.Dia disambut baik oleh adiknya,Gina tetapi sebaliknya pula oleh ibunya.Dia pulang dengan harapan ibunya akan bangga dengannya yang sudah berjaya tetapi ibunya mempertikai pekerjaannya.Ibunya juga marah dengan sikapnya yang memberi imej buruk kepada negara asalnya.Tony amat menyayangi adiknya hinggakan kawan baiknya,Manny mati ditangannya apabila mengetahui hubungan mereka.Sampai begitu sekali Tony menjaga adiknya.Dia tidak mahu adiknya sama
sepertinya.Tetapi sesetengah lelaki sekarang lebih banyak yang merosakkan dari melindungi mereka.Akibat terlalu mengikutkan nafsu,terjadilah kes haruan makan anak. 
  

Bersama Manny.
   Pada babak yang lain,Tony ditugaskan bersama rakan kongsinya untuk membunuh musuhnya dengan meletupkan kereta yang dipandu musuhnya.Tetapi pada masa yang sama,musuhnya sedang membawa isteri dan anaknya sekali.Lantas Tony menolak untuk meletupkannya pada masa itu,tetapi tidak bagi rakan kongsinya.Akhirnnya apa yang terjadi adalah kepala rakan kongsinya pula diletupkan.Alangkah bagus jika setiap penjenayah masih mempunyai sifat perikemanusiaan.Ini tidak,niatnya hanya mahu menyamun tetapi melarat hingga membunuh mangsa-mangsanya.Mengapa mereka perlu membunuh sedangkan mereka sudah mendapat apa yang mereka mahukan dari mulanya.
  
   Babak akhir filem ini adalah babak kegemaran saya walaupun terlalu singkat.Semasa baru "terbunuh" kawan baiknya,Tony pulang ke banglonya.Dia menyesali perbuatannya yang terlalu mengikut perasaan dan tidak berfikir panjang.Pada masa yang sama,musuhnya telah menyelinap masuk ke rumahnya untuk menyerang hendap.Melihat adiknya yang telah mati ditembak,Tony mula berang.Dan mulalah babak tembak menembak di samping pelbagai kata-kata kesat yang keluar dari mulutnya.Menjadi watak utama tidak bermakna dia sahajalah yang akan menang apabila dia telah ditembak bertubi-tubi.Tetapi Tony masih berdiri dan lantang mencabar musuhnya dengan bercakap "I take your f.cking bullets!".Tetapi akhirnya Tony kecundang juga setelah ditembak dari belakang menggunakan shotgun.
  
   Semangat juangnya hingga ke nafas terakhir amat saya kagumi walaupun Tony hanyalah watak rekaan semata-mata.Banyak juga nilai-nilai positif yang boleh diperolehi dari seorang penjenayah ini jika diteliti dengan baik.Tetapi nama pun penjenayah,pasti mempunyai nilai-nilai negatif.Jarang bagi saya untuk menonton filem yang sarat dengan mesej dari mula hingga akhir.Sesetengah pengarah filem Malaysia saya lihat mesejnya hanya disampaikan diakhir filem terutama filem seram dimana watak ustaz menolong melawan hantu sahaja. Filem yang diklasifikasikan 18 tahun keatas ini merupakan sebuah filem yang baik dari segi jalan cerita,lakonan,dan mesejnya.Kepada sesiapa yang menyukai filem bercorak aksi,filem Scarface sepatutnya menjadi koleksi anda.
Ayatnya yang menjadi kegemaran saya.