Pada minggu lepas,saya sekeluarga beserta opah telah ke Pantai Remis untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara saya.Majlis yang hanya diadakan secara bersederhana tanpa persandingan tetapi masih meriah dengan kunjungan tetamu.Biasanya pada waktu sebegini sahajalah kami dapat berkumpul dan mengenali ahli keluarga yang lain dan jarang berjumpa.Dari pekan Beruas tidak mengambil masa yang lama untuk ke sana dan kami beransur pulang selepas pukul 4.
Rancangan asal kami selepas kenduri tadi adalah mahu mandi di pantai Teluk Senangin.Sesampainya kami disana,terkejut juga apabila pantai yang dahulunya kurang dengan pengunjung kini telah sarat dengan orang yang berkelah dan bermandi-manda.Saya sudah berasa kurang selesa dengan situasi ini.Semasa beberapa tahun lalu,bilangan pengunjung yang hadir dapat dibilang dengan jari.Tetapi kini saya terpaksa menggunakan kalkulator untuk mengira jumlah pengunjung.Hingga ke hujung pantai dipenuhi manusia yang sedang gembira.
Jumlah pengunjung yang ramai bukan penghalang untuk kami berseronok.Yang penting laut dapat membasahkan kami.Setelah mendapat tempat untuk bersantai,keseronokkan kami lima beradik disentap dengan pengumuman ayah yang melarang kami untuk mandi berikutan air laut yang sedang pasang dan ombak yang kuat menghempas batu.Dengan perasaan yang hampa,kami pun berjalan sahaja di tepi pantai sambil melihat pengunjung lain yang asyik bergembira.
Pelbagai ragam yang dapat kami lihat pada pengunjung yang hadir.Salah satunya ada satu pasangan,mungkin suami isteri yang romantik ketika mandi.Kanak-kanak leka bermain pasir dan tidak kurang juga ada yang memancing.Setelah berjalan hampir setengah pantai,kami pusing semula dan lepak di atas batu-batu yang berada di tepian pantai.
Ada juga hikmahnya disebalik ayah melarang kami mandi.Ini kerana jika kami mandi,saya tidak akan berpeluang untuk menikmati keindahan yang dipinjamkan Allah lantaran leka bermain air.Melihat di hujung laut menenangkan hati seketika disamping angin yang sangat mendamaikan.Syukur kerana masih berpeluang menikmati kenikmatan yang bukan semua orang boleh dapat di muka bumi ini.Tetapi yang meralatkan adalah apabila melihat persekitaran pantai yang semakin kotor mengikut pertambahan pengunjung.Mendukacitakan melihat sikap segelintir masyarakat yang semakin hari semakin rendah nilai siviknya.Semoga hal ini dapat diperbaiki oleh setiap orang termasuklah saya juga.
Disebelah tempat kami melepak,ada satu keluarga yang sedang memancing.Dan yang memancing itu adalah anak-anak dara.Hahah.Setelah puas membasahkan kaki dan seluar,kami pun bergerak ke Lumut untuk makan malam.Disebabkan cuti raya cina,Lumut dipenuhi oleh pengunjung dan menyebabkan kami bergerak pula ke Setiawan.Kami menikmati makan malam di sebuah gerai hujung bersebelahan padang yang telah diadakan majlis rumah terbuka raya cina.Ayah sempat membisik kepada saya "tengok opah,seronoklah dia tu",opah yang berseorangan di rumah dapat juga berjalan dan teman berborak walaupun tidak selalu.Selepas makan,kami pun pulang ke rumah opah dengan jayanya.Semua orang gembira dan puas.Sekian.
p.s:Jika anda mahu melihat gambar di Teluk Senangin,sila klik:
http://wanberuas.blogspot.com/2012/01/teluk-senangin.html
Tuesday, 31 January 2012
TELUK SENANGIN
Monday, 30 January 2012
SEMBANG SEBENTAR
Hype semua!!
Pertama sekali saya ingin meminta maaf jika ada dikalangan pembaca yang sukar untuk membaca blog saya yang kelihatan berserabut ini.Heheh.Semalam saya telah dikritik oleh sahabat saya dan dia meminta saya untuk mengembalikan tulisan yang lama.Sebenarnya saya mahu mendatangkan suasana yang lebih natural di blog saya ini seperti menulis dengan menggunakan tangan.Ya,tulisan saya juga lebih kurang sama dengan tulisan di blog ini.Saya juga mahu membuat sedikit evolusi dalam blog saya agar kelihatan lebih maju.Akhir sekali harap anda semua akan terhibur dengan membaca blog saya dan jangan lupa untuk mendaftar sebagai follower jika anda suka!!.Sekian.

Sunday, 29 January 2012
LUKISANKU
Di atas kanvas kosong
Kucurahi jiwaku
Dengan warna-warna
Yang menjadi simbol
Setiap emosiku
Di atasnya jua
Tersemat seribu persoalan
Kepada yang melihatnya
Bahawa adakah aku gila
Ataupun sedang berkarya
Dengan kanvas dan warna-warna
Wujudlah dunia fantasiku
Yang tiada sempadan
Kucurahi jiwaku
Dengan warna-warna
Yang menjadi simbol
Setiap emosiku
Di atasnya jua
Tersemat seribu persoalan
Kepada yang melihatnya
Bahawa adakah aku gila
Ataupun sedang berkarya
Dengan kanvas dan warna-warna
Wujudlah dunia fantasiku
Yang tiada sempadan
ADIK-ADIKKU
Adik-adikku
Janganlah hanya berpesta
Menagih kemanisan dunia
Masih banyak yang perlu dilakukan
Di usia remaja
Adik-adikku
Janganlah dipinggirkan ilmu
Peta perjuangan hidupmu
Kelak merugikan diri
Waktu dunia diharungi
Adik-adikku
Janganlah terlalu ghairah bermain cinta
Bermimpi di mahligai asmara
Hingga dicampak kesucian diri
Lemas dalam pujukkan nafsu
Adik-adikku
Janganlah disakiti ibu bapamu
Kerna merekalah si pelindung
Yang menjadi tanggungjawab
Dan kunci ke syurga kekal abadi
Adik-adikku
Janganlah dikau lupa diri
Sedar di mana asalmu
Ingat Penciptamu
Yang ikhlas meminjamkan nikmat
Adik-adikku
Janganlah berhenti disini
Perjalananmu masih jauh
Terbanglah dengan cita-cita
Banggakan ibu bapa dan gurumu
Janganlah hanya berpesta
Menagih kemanisan dunia
Masih banyak yang perlu dilakukan
Di usia remaja
Adik-adikku
Janganlah dipinggirkan ilmu
Peta perjuangan hidupmu
Kelak merugikan diri
Waktu dunia diharungi
Adik-adikku
Janganlah terlalu ghairah bermain cinta
Bermimpi di mahligai asmara
Hingga dicampak kesucian diri
Lemas dalam pujukkan nafsu
Adik-adikku
Janganlah disakiti ibu bapamu
Kerna merekalah si pelindung
Yang menjadi tanggungjawab
Dan kunci ke syurga kekal abadi
Adik-adikku
Janganlah dikau lupa diri
Sedar di mana asalmu
Ingat Penciptamu
Yang ikhlas meminjamkan nikmat
Adik-adikku
Janganlah berhenti disini
Perjalananmu masih jauh
Terbanglah dengan cita-cita
Banggakan ibu bapa dan gurumu
Saturday, 28 January 2012
GARY MOORE:JOHNNY BOY
When I hear that wind blow,
all across the Wicklow mountains.
Is it you I hear a calling?
Johnny boy, oh Johnny boy.
When I look to the west,
out across the River Shannon.
I can still see you smiling.
Johnny boy, oh Johnny boy.
When the leaves have turned to brown
and winter's due.
As I watch the sun go down,
I'll think of you.
When I hear that wind blow,
all across the Wicklow mountains.
Sure it's you, I'll hear a calling.
Johnny boy, oh Johnny boy....
all across the Wicklow mountains.
Is it you I hear a calling?
Johnny boy, oh Johnny boy.
When I look to the west,
out across the River Shannon.
I can still see you smiling.
Johnny boy, oh Johnny boy.
When the leaves have turned to brown
and winter's due.
As I watch the sun go down,
I'll think of you.
When I hear that wind blow,
all across the Wicklow mountains.
Sure it's you, I'll hear a calling.
Johnny boy, oh Johnny boy....
Lagu yang berjaya menyentuh hati saya yang sekeras batu ini.Huuuu..
Saturday, 21 January 2012
SETIAP HARI
Setiap hari aku berasa bosan
Bosan dengan kehidupanku
Yang sering berulang-ulang
Bagaikan sebuah tayar
Yang asyik mencium jalan
Setiap hari aku berasa sedih
Sedih dengan kehidupanku
Seringkali hatiku disakiti
Disakiti orang yang aku sayangi
Melihat mereka pergi,tinggalkanku sendiri
Setiap hari aku berasa marah
Marah dengan kehidupanku
Dikelilingi oleh manusia syaitan
Asyik dengan dunia,hingga hilang jati diri
Hidup dengan sifat keji
Setiap hari aku menangis
Menangis melihat kehidupanku
Yang kian merosak
Angkara keseronokan duniawi
Walaupun tarikh luputku menanti
Setiap hari aku termenung
Termenung melihat kehidupanku
Yang kosong tiada makna
Aku menunggu saban hari
Bilakah waktu untukku pergi.

SI DUA WAJAH
Pandangan pertama,
Mataku buta
Gagal melihat keburukkannya
Di mataku dia contoh muslimah
Aurat tidak terbuka
Ibadahnya cukup setiap hari
Mungkinkah dia si permaisuri
Sekian lama mengenalinya
Satu demi satu topengnya jatuh
Menonjolkan kepalsuan dirinya
Dia bukan contoh muslimah
Dialah perosak bangsa dan agama
Rakus menjamah daging sang saudara
Ingatlah,tidak terangkat amalannya.
Mataku buta
Gagal melihat keburukkannya
Di mataku dia contoh muslimah
Aurat tidak terbuka
Ibadahnya cukup setiap hari
Mungkinkah dia si permaisuri
Sekian lama mengenalinya
Satu demi satu topengnya jatuh
Menonjolkan kepalsuan dirinya
Dia bukan contoh muslimah
Dialah perosak bangsa dan agama
Rakus menjamah daging sang saudara
Ingatlah,tidak terangkat amalannya.
Friday, 20 January 2012
MERAH DAN HIJAU
Pada pelangi
Wujud 7 warna
Merah dan hijau salah satunya
Dua warna yang tiada kaitan
Namun masih dalam satu barisan
Teguh melaungkan pendirian
Masing-masing mahu berjaya
Agar bangsa terbela
Masalahnya satu..
Salahkah merah dan hijau itu bergabung?
Berlayar dalam bahtera yang sama
Menjadi sahabat,rakan taulan
Tidak salah jika beralah
Asalkan bukan mengalah
Itu bukan tanda kalah
Cukuplah sudah berpecah-belah
Hujungnya kelak diludah pula.
Wujud 7 warna
Merah dan hijau salah satunya
Dua warna yang tiada kaitan
Namun masih dalam satu barisan
Teguh melaungkan pendirian
Masing-masing mahu berjaya
Agar bangsa terbela
Masalahnya satu..
Salahkah merah dan hijau itu bergabung?
Berlayar dalam bahtera yang sama
Menjadi sahabat,rakan taulan
Tidak salah jika beralah
Asalkan bukan mengalah
Itu bukan tanda kalah
Cukuplah sudah berpecah-belah
Hujungnya kelak diludah pula.
KELIBAT TUA
Di petang yang dingin itu
Terlihat suatu kelibat
Yang teguh meredah hujan dan kilat
Tanpa mengira erti penat
Parut dan luka penghias badan
Urat hijau ditangan jelas kelihatan
Menyimpan kisah suka dan duka
Sebuah jasad yang kian tua
Kilat tetap menyambar kuat
Hujan masih juga lebat
Kelibat tua terus gagah
Demi menyara sisa hidupnya
Terlihat suatu kelibat
Yang teguh meredah hujan dan kilat
Tanpa mengira erti penat
Parut dan luka penghias badan
Urat hijau ditangan jelas kelihatan
Menyimpan kisah suka dan duka
Sebuah jasad yang kian tua
Kilat tetap menyambar kuat
Hujan masih juga lebat
Kelibat tua terus gagah
Demi menyara sisa hidupnya
Tuesday, 17 January 2012
CINTA SELAMANYA
Pertama kali ku melihatmu
Ku tahu kau cintaku
Dari langkah gaya mu
Buat ku tak tentu
Kau bukan seperti yang lain
Kau cukup berbeza
Oh indahnya si paras rupa
Aku tergoda..
Ku dikatakan gila
Kerna mencintaimu
Ku dikatakan buta
Kerna nampak kecantikkanmu
Tidak ku endah itu semua
Kerna ku tahu...
I Love U!!
Setiap kali kita bertemu
Aku menjadi batu
Entah ke mana hilangnya
Semua tutur bicara
Oh mengapa begini jadinya
Adakah ini dikatakan kuasa cinta..
Ku tak kisah dihina
Ku tak kisah diketawa
Kerna ku tahu
Jika tertulis sudah
Hubungan cinta kita
Tak kan kemana
Walau di hujung dunia....
Lirik:Muhammad Hafiz Rodzuan
Ku tahu kau cintaku
Dari langkah gaya mu
Buat ku tak tentu
Kau bukan seperti yang lain
Kau cukup berbeza
Oh indahnya si paras rupa
Aku tergoda..
Ku dikatakan gila
Kerna mencintaimu
Ku dikatakan buta
Kerna nampak kecantikkanmu
Tidak ku endah itu semua
Kerna ku tahu...
I Love U!!
Setiap kali kita bertemu
Aku menjadi batu
Entah ke mana hilangnya
Semua tutur bicara
Oh mengapa begini jadinya
Adakah ini dikatakan kuasa cinta..
Ku tak kisah dihina
Ku tak kisah diketawa
Kerna ku tahu
Jika tertulis sudah
Hubungan cinta kita
Tak kan kemana
Walau di hujung dunia....
Lirik:Muhammad Hafiz Rodzuan
Sunday, 15 January 2012
ACROSS THE FIELD
I walked on the field
Large green field
I see a canvas
A white canvas
Alone waiting to be shaped
By the selected artists
I no longer run on the field
I see brush painting
Alone waiting to be used
To draw a story
Story of my life
I continued across the field
I see the colors
Various colors
Waiting to shape your life
My body tired
Across the white field
Golf is a canvas
My canvas
Waiting to be shaped by the color
Color is my experience
I walked on the field
From a distance I saw a fire blazing
Flaming grabbed my grass
I continue my wanderings
Across the field
From afar, I see big waves
Violently slamming the earth
Dripping sweat and tears
I overcome all my problems
Of them fires rage
Crying my own store
I continue my wanderings
Across the field
Lyric by:Muhammad Hafiz Rodzuan
Large green field
I see a canvas
A white canvas
Alone waiting to be shaped
By the selected artists
I no longer run on the field
I see brush painting
Alone waiting to be used
To draw a story
Story of my life
I continued across the field
I see the colors
Various colors
Waiting to shape your life
My body tired
Across the white field
Golf is a canvas
My canvas
Waiting to be shaped by the color
Color is my experience
I walked on the field
From a distance I saw a fire blazing
Flaming grabbed my grass
I continue my wanderings
Across the field
From afar, I see big waves
Violently slamming the earth
Dripping sweat and tears
I overcome all my problems
Of them fires rage
Crying my own store
I continue my wanderings
Across the field
Lyric by:Muhammad Hafiz Rodzuan
Saturday, 14 January 2012
LINKIN PARK:WHEN THEY COME FOR ME
I am not / a pattern to be followed
The pill that I'm on is a tough one to swallow
I'm not a criminal / not a role model
Not a born leader I'm a tough act to follow
I am not / the fortune and the fame
Nor the same person telling you to forfeit the game
I came in the ring like a dog on a chain
And I found out the underbelly's sicker than it seems
And it seems ugly / but it can get worse
'Cause even a blueprint is a gift and a curse
'Cause once you got a theory of how the thing works
Everybody wants the next thing to be just like the first
And I'm not a robot
I'm not a monkey
I will not dance even if the beat's funky
Opposite of lazy / far from a punk
Ya'll ought to stop talking start trying to catch up motherfucker
And all the people say
Lauryn said money change a situation
Big said it increase the complication
Kane said don't step / I ain't the one
Chuck said that uzi weigh a motherfuckin' ton
And I'm just a student of the game that they taught me
Rockin' every stage in every place that it brought me
I'm awfully underrated / but came here to correct it
And so it ain't mistaken I'ma state it for the record /
I am / the opposite of wack / opposite of weak
Opposite of slack / synonym of heat
Synonym of crack / closest to a peak
Far from a punk
Ya'll ought to stop talking / start trying to catch up motherfucker
And all the people say
Oh / When they come for me
Come for me
I'll be gone

Friday, 13 January 2012
REDA DAN TERUSKAN KEHIDUPANMU
Beberapa hari yang lepas,semasa dalam perjalanan ke Sungai Petani,di dalam van nostalgia,saya terkenangkan peristiwa yang pernah berlaku sewaktu zaman persekolahan.Peristiwa itu pula sangat-sangat mengubah diri dan hidup saya sedikit sebanyak.
Jika bercerita tentang zaman persekolahan,pasti ramai yang lebih berminat bercerita tentang kisah hati berbanding bercerita tentang pelajaran.Hampir kebanyakkan pelajar pernah merasa pengalaman mencintai,dicintai,bercinta dan ditolak cintanya.Situasi-situasi ini memberikan pelbagai kesan emosi kepada yang merasakannya.Saya juga tidak terkecuali.Cuma kisah saya mungkin sedikit "tragik" pada suatu masa dahulu,tetapi kini saya mengenangkan peristiwa tersebut dengan senyuman kerana apabila terkenangkan saat-saat itu,jelas terpancar ketidakmatangan saya dalam soal percintaan pada masa itu.
Saya tidak mengecop diri saya pakar dalam percintaan,tetapi dari peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku ini,setiap satunya memberi saya pengajaran yang berguna.Apabila mengenangkannya,saya nampak setiap kesalahan dan kelemahan yang ada pada diri dan membantu saya untuk memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.Cinta ditolak bukanlah sesuatu yang teruk.Mengapa perkara ini dijadikan alasan untuk kita saling bermusuhan setelah ditolak?Mengapa perlu berkelakuan seperti orang kehilangan anak apabila ditolak?Mengapa tidak kita reda dan meneruskan kehidupan?Bukankah masih jauh lagi perjalanan,Insya Allah.
Kita seharusnya melihat setiap perkara yang terjadi disudut yang positif.Jangan terlalu mengikutkan perasaan hingga tidak dapat membuat keputusan yang rasional.Setiap perkara dijadikan dengan hikmahnya yang tertentu.Terpulang pada kita untuk menghadapinya.Jangan kita mudah mengeluh dan menganggap kisah kitalah yang paling teruk kerana masih ada yang lebih teruk dari kita.Dan jangan juga kita bertanya adakah kitabukan yang terbaik untuknya,kerana masih ada yang lebih baik dari kita.Apa yang saya tulis hari ini adalah ikhlas dari hati saya seperti mana nama blog ini yang asal(Cerita Dari Hati).Saya dedikasikannya untuk semua kawan-kawan,pelawat blog ini dan juga diri saya.Sekian

Monday, 9 January 2012
SAY HELLO TO MY LITTLE FRIEND!!
Ini adalah petikan ending filem gangster kegemaran saya,Scarface lakonan Al-Pacino.Sebelum ini saya telah bercerita tentang filem ini(rujuk label filem).Babak ini adalah babak yang paling menarik sekali kerana ketika ini rumahnya telah diserang oleh askar musuhnya."Say hello to my little friend" menjadi ayat trademark bagi babak ini.Saya suka babak apabila Tony ditembak bertubi-tubi,namun di masih lantang mencabar musuhnya hingga akhirnya dia mati setelah ditembak dari belakang.
KISAH UNTUK SAHABAT
Tersebutlah kisah seorang teruna ini yang telah menemui cinta hatinya.Berbulan sudah bermadu kasih antara teruna dan dara bak cerita laila majnun,romeo juliet.Sepanjang perjalanan itu menjadi pemanis dalam kehidupan mereka sehinggalah muncul pula racun yang menjengah masuk.
Adat hidup bercinta ketawa menangis marah kecewa.Masalah timbul cuba menenggelamkan kapal cinta mereka.Si dara tiada lagi cinta.Si teruna pula merana.Menjadi punca entah mengapa,namun masing-masing tidak beralah.Berkali si teruna memujuk,berkali juga si dara menerangkan.Si teruna tidak faham dengan keputusan dara yang dianggap tidak matang.Si dara juga tidak faham mengapa sukar teruna untuk memahami isi hati dan kehendaknya.
Kesana-kesini teruna bagaikan dilambung ombak tsunami.Kesana kesini mencari
penawar untuk dara.Disampaikan masalah kepada orang ketiga mudah-mudahan terpujuk hati dara.Namun dara tetap teguh menahan prinsipnya.Teruna meminta lagi kepada yang ketiga.Lagi dan lagi dan lagi dan lagi.Makin lama makin tak tertahan hati si ketiga yang pada mula mahu menolong tetapidirinya pula merasa terbeban dengan permasalahan teruna dara.Lantas si ketiga mengarang tentang teruna untuk membuang barah yang makin menghitam di hatinya.
Si teruna mendapat berita.Lantas terwujud pula permusuhan antara teruna dan yang ketiga.Mengapa begini pula jadinya?Kini nasi sudah menjadi bubur.Dara sudah tertutup hatinya mungkin.Teruna masih terus berharap dan berharap.Namun ada sesuatu yang teruna perlu ingat,semasa mula dahulu,berapa kali sudah teruna meminta hubungan kalian terputus?Dan kata-kata itu mungkin sudah menjadi doa kini apabila kata-kata itu telah terlaksana.Hidup ini bukanlah sebuah kisah dongeng yang sering berakhir dengan kisah gembira.Ada kalanya kita akan menangis dan kecewa.Janganlah menganggap apa yang terjadi ini sebuah bencana bagaikan kiamat.
Permasalahan mudah begini harus diselesaikan dengan fikiran yang positif dan rasional malah perlu reda dengan setiap penamatnya.Jika benar kita sayang seseorang,tidak semestinya kita perlu berada di sisinya.Kadang kala kita perlu berkorban dengan melihat mereka bersama orang yang lebih baik dari kita.Jangan selalu menyalahkan orang sekeliling kerana kadang kala masalah itu berpunca dari kita sendiri tanpa kita sedari.Jangan mensia-siakan hidup ini dengan menyempitkan fikiran dengan hal-hal sebegini kerana perjalanan kita,Insya Allah masih jauh.Pelbagai cerita yang akan tercoret dalam lukisan hidup kita ini.Teruskan kehidupan yang ceria dan satu hari nanti kita akan memandang permasalahan ini dengan senyuman.
p.s:Cerita ini adalah rekaan penulis semata-mata.Sekiranya ada yang tersinggung dengan cerita ini minta untuk membuat aduan kepada empunya blog untuk tindakan lanjut.Sekian.

KONSPIRASI SEGI TIGA
Mereka cuba menguasai dunia
Dengan kisah tahyulnya
Ditanam juga pengaruhnya
Disetiap penjuru dunia
Disetiap kehidupan manusia
Mereka berkata penyelamat dunia
Namun mereka hanya iblis belaka
Berpuncakkan dajal bermata satu
Si pemusnah semua
Dimana-mana ada mereka
Di bangunan dunia
Dimata wang dollar
Mereka menampal mesej
Tanpa kita sedar
Merekalah
Konspirasi Segi Tiga..
Tidakkan kau percaya
Konspirasi Segi Tiga..
Tidakkan kau berjaya
Lirik:Muhammad Hafiz Rodzuan
Dengan kisah tahyulnya
Ditanam juga pengaruhnya
Disetiap penjuru dunia
Disetiap kehidupan manusia
Mereka berkata penyelamat dunia
Namun mereka hanya iblis belaka
Berpuncakkan dajal bermata satu
Si pemusnah semua
Dimana-mana ada mereka
Di bangunan dunia
Dimata wang dollar
Mereka menampal mesej
Tanpa kita sedar
Merekalah
Konspirasi Segi Tiga..
Tidakkan kau percaya
Konspirasi Segi Tiga..
Tidakkan kau berjaya
Lirik:Muhammad Hafiz Rodzuan
Saturday, 7 January 2012
PINK FLOYD:HIGH HOPES
Friday, 6 January 2012
HOBI SEBAGAI CITA-CITA
Hype semua!!
Sudah lama juga saya telah meninggalkan blog ini tanpa apa-apa perkhabaran terbaharu.Maaflah kerana seminggu ini kesihatan saya tidak berapa elok dan lima hari termasuk hari ini,saya perlu ke hospital untuk membuat pemeriksaan darah.Kira-kira 4-5 kali jugalah darah saya diambil.Mujur hari ini hari terakhir saya perlu ke hospital..
Kehidupan saya selepas SPM boleh dikatakan sibuk jugalah.Setiap minggu ada sahaja benda yang perlu dibuat hingga saya tidak berpeluang mencari pekerjaan sambilan.Mungkin selepas mendapat lesen kereta baru saya bekerja.Tetapi kadang-kala saya bosan jika tiada perkara yang perlu dibuat sewaktu dirumah.Dan akhirnya saya terfikir untuk melakukan perkara yang jarang dapat saya lakukan semasa masih bersekolah iaitu melukis.Sebenarnya semasa guru mengajar juga saya melukis tetapi kini saya boleh menfokuskan diri dengan alam saya.
Pagi semalam juga saya sempat melukis beberapa lukisan.Tetapi kesemua lukisan saya ini tidaklah sehebat pelukis-pelukis profesional kerana saya masih lagi amatur dan memerlukan pembelajaran lagi.Saya ada terfikir untuk menyambung pelajaran dalam jurusan ini jika boleh.Saya berharap pada suatu masa nanti nama saya dapat berdiri sebaris dengan nama-nama pelukis antarabangsa yang lain.Amin.

My little messy studio. |
Sunday, 1 January 2012
49 POST
Wah-wah...pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah 49 post telah saya hasilkan selama tahun 2011.Ini merupakan pencapaian saya yang paling membanggakan kerana blog-blog saya sebelum ini,sepuluh post pun belum tentu siap.Ini membuatkan saya berasa lebih berkeyakinan untuk menulis dan terus menulis untuk anda dan diri saya sendiri.Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang rajin berkunjung ke blog saya walaupun saya tidak tahu siapakah orangnya dan ada juga yang saya kenal.Kepada yang baru melawat blog saya,sila tinggalkan alamat blog anda ya..Sekian.peAce!
KRONOLOGI BERAT BADAN
Hype semua...
Pada bulan yang lepas,saya telah mendapat komen dari ayah saya berkenaan berat badan saya.Berikut adalah komen ayah saya,"Aik,badan kamu pun dah naik?"Ya,itulah komen yang telah menjadi mimpi ngeri kepada saya.
Saya pada beberapa tahun yang lepas boleh dikategorikan sebagai budak yang gemuk juga.Seingat saya,berat badan saya mula meningkat semasa selepas bersunat.Tetapi tidak dapat saya pastikan sama ada 2 perkara ini saling berkaitan.Yang pastinya selepas itu berat badan saya meningkat dengan mendadaknya.
Semasa di darjah 6 hingga ke tingkatan 2 rasanya adalah zaman kegemilangan kegemukkan saya.Ingat lagi pada suatu hari sewaktu saya mahu masuk tidur ayah berkata,"Besok ikut pergi jogging,tengok badan dah macam apa jer"yang mungkin sindiran hebat dari ayah saya.Kemudiannya bermulalah episod drama tentang kesungguhan saya untuk menguruskan badan.Anda jangan ingat saya akan melakukan latihan yangkuat di gim seperti watak Rocky pula,saya hanya berjogging pada waktu petang dan berdiet.
"Tiada perkara yang mustahil dalam dunia",inilah kata-kata hikmat kakak saya yang mahu menguatkan semangat saya diwaktu saya merasa berputus asa.Ayah juga ada mendakwa bahawa dia juga pernah mengalami nasib yang serupa dengan saya tetapi saya masih was-was dengan cerita itu kerana saya tidak pernah melihat gambar "gemuk"nya itu.Mungkin dia hanya memberi perangsang kepada saya agaknya.
Bercerita tentang kaedah yang saya gunakan untuk menguruskan badan,setiap petang saya akan berjogging ataupun berjalan di kawasan kampung saya ini.Saya juga mengamalkan diet sendiri yang bukan dari nasihat doktor.selain dari mengurangkan permakanan,pada watu malam saya hanya mengambil roti ataupun biskut sebagai makan malam.Dan akhirnya,dapatlah hasil yang memuaskan.Ahh..terlupa pula saya tentang orang yang menjadi "mentor" saya,iaitu abang dan adik saudara saya yang berjaya menguruskan diri mereka.
Semua cerita di atas adalah cerita saya pada suatu masa dahulu.Kini saya tidak lagi sekurus dahulu dan berat badan saya mula menunjukkan peningkatan.Mungkin disebabkan faktor stress(?),ataupun yang paling jelas,saya bosan berada di rumah.Ketiadaan aktiviti yang menarik membuatkan saya bosan dan apabila saya bosan saya akan berjalan sekitar dalam rumah dan seterusnya terus ke dapur.Akhirnya saya tidak dapat menbendung nafsu makan dan berjaya mengemukkan diri saya semula.
Selepas ayah memberi komen tentang badan saya baru saya sedar yang saya tidak kurus lagi.Kini saya nekad untuk kembali menguruskan badan.Saya tidak menyangka saya dapat menaikkan berat badan dalam masa setengah tahun sahaja.Sekarang saya dalam proses berdiet dan cuba untuk memenuhkan jadual harian dengan aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh.Sekian..

Semasa pertengahan tahun 2011. |
Semasa akhir tahun 2011.Ada perbezaan tak?Jika tiada bagus kerana saya memang sengaja meletak gambar yang tidak menonjolkan kegemukkan saya.Hahaha. |
Subscribe to:
Posts (Atom)