Sunday, 27 November 2011

LANGSUYR : ASYIK(AKHIR TAMU)

Rupanya arah yang dicari
Ada dalam diri
Tersembunyi seketul daging
Yang meransang amalan
Hitam ia, hitamlah aku
Putih ia, putihlah aku
Usaha menggilapkan
Daging yang seketul
Perjalanan yang lama pun terhenti
Disaat dan diketika ini
Penat keringat terlupa
Arah telah bercahaya
Naikkan darjatku
Melambung-lambung
Terawang-awang
Sahut-menyahut
Malam ini kuserahkan, seluruh jiwa ragaku
Kehidupanku yang kelam, mati yang entah bila
Linangan air mata, mengiringi tangisanku
Terimalah si hina ini
Betulkan percakapanku
Perbetulkan amalanku
Terimalah diri ini
Yang penuh dengan noda
!Hak Milik Langsuyr!

Thursday, 24 November 2011

ALAHAI...STICKER ORIGINAL

Hype!!
    Sejak akhir-akhir ini,saya suka membeli cd muzik original.Tetapi yang saya benar-benar minat sahaja.Yang saya rasa was-was tentang sesuatu muzik itu,saya hanya membeli dari lanun sahaja.Bukan apa,membazir rasanya jika membeli cd(saya guna cd mewakili cd/vcd/dvd) yang keseluruhan albumnya tidaklah sehebat singlenya.Sudah pasti kita akan menyesal membelinya kerana harga untuk cd,vcd mahupun dvd original adalah berlipat ganda mahalnya dari harga lanun.Tetapi lihat juga pada kualitinya.Bercakap tentang kualiti,keluaran lanun kini juga hampir setaraf dengan yang asli.Malah ada yang asli tetapi lebih teruk dari lanun(tiruan mari).Tetapi kekurangan cd lanun kini berbanding cd lanun yang lama,cd lanun kini lebih cepat rosak.Sesetengah cd lama saya masih boleh dipasang dengan elok tetapi gambarnya sahaja kurangnya.

    Saya menulis begini bukan ingin menggalakkan pembelian cd lanun,tetapi hanya pendapat saya sahaja.Sebenarnya saya ingin menulis tentang sesuatu yang menyakitkan mata saya apabila memandang pada cover depan cd muzik original.Benda tersebut ialah sticker yang menunjukkan "keaslian" sesuatu cd.Pada saya tindakan meletakkan sticker tersebut di cover cd adalah seperti merosakkan sebahagian dari pakej cd tersebut.Sticker yang tidak boleh ditanggalkan dan jika ditanggalkan akan merosakkan permukaan cover tersebut menyebabkan sebahagian cover cd telah tertutup dan menghilangkan sebahagian seni yang mahu dipaparkan artis tersebut.Pada sesetengah masyarakat mungkin tidak kisah tetapi bagi saya,cover cd berperanan untuk menarik minat saya selain mendengar muziknya.Dan mungkin ada yang berkata beli yang original merugikan kerana lagu-lagu tersebut boleh di'download' sahaja tetapi saya lebih suka membeli yang original agar dapat melihat seni yang terkandung di dalam pakej cd tersebut.Malahan cd original ini boleh menjadi koleksi berharga yang mungkin sukar untuk dicari lagi di masa hadapan kelak.




Hampir memenuhi cover!!

    Saya tahu peranan sticker tersebut,tetapi mungkin boleh dibuat pengubahsuaian pada sticker tersebut agar lebih kecil dan tidak mengganggu cover depan cd.Mungkin boleh dikecilkan dan dilekat di bahagian tepi ataupun sticker tersebut hanya dilekat pada bekas cd itu sahaja.Ataupun cipta sistem barkod di belakang cd.Satu lagi,sekarang jika ditelitikan cd lanun turut menggunakan sticker original.Ini menunjukkan sistem sticker ini masih belum mantap untuk memansuhkan aktiviti lanun ini malah mengkreatifkan mereka untuk mencari inisiatif untuk menjual cd mereka dengan aman.Malah saya lihat pada cd dan kaset lama tiada pula sticker sebegini cuma ada logo syarikat yang menerbitkannya sahaja.Tuntasnya,satu bentuk sistem yang baharu perlu diwujudkan untuk mengekang lanun dan menyelamatkan cover cd dari dihodohkan oleh sticker ini.Begitu juga dengan harga yang ditawarkan,mungkin boleh dikurangkan agar dapat menarik minat masyarakat membeli yang original.

Lanun punya pun ada sticker ori!!

KISAH SI KURA-KURA

Hype semua..
   Hari ini saya mahu bercerita tentang haiwan peliharaan baharu saya...erm,sebenarnya kepunyaan adik saya iaitu kura-kura.Tetapi disebabkan saya juga yang memberinya makan,jadi saya menjadi sebahagian pemilik kura-kura ini.


   Pada mulanya saya tidak begitu berkenan tentang cadangan membela kura-kura ini,tetapi setelah beberapa hari mereka dibilik saya timbul pula rasa sayang kepada mereka.Biar saya ceritakan mengapa saya kurang berkenan pada mulanya.Ada seorang kawan yang lagi tua dari saya pernah memberitahu bahawa membela kura-kura di rumah akan membawa malang atau tidak tuah jika tidak silap saya.Pada mulanya timbul juga rasa percaya,tetapi apabila difikirkan balik tidak pula pernah saya mendengar hadis atau ayat al-Quran
yang mengatakan hal tersebut.Tetapi saya pun tidak pasti tentang hal ini jadi jika ada sesiapa yang mempunyai jawapan untuk persoalan ini,diminta untuk dikongsikan bersama.

   Sambung semula tentang kura2 saya,sepatutnya ada 2 ekor dari generasi pertama(g1) tetapi seekor telah mati dan diganti dengan yang baru agar kura-kura g1 tadi tidak keseorangan.Saya memanggil kura-kura g1 tersebut dengan nama Mickey kerana sifatnya yang sedikit buas seperti watak Michaelangelo dalam  Teenage Mutant Ninja Turtle.Yang seekor lagi masih lagi saya memikirkan untuk nama yang sesuai,
mungkin Tak seperti dalam Wonder Pets?Siapa tahukan....

   Membela kura-kura ini sebenarnya tidaklah membawa sial kepada saya fizikalnya,kehidupan saya bergerak seperti biasa.Tetapi saya tahu apa yang tuahnya membela kura2 ini.Melihat telatah mereka di dalam aquarium terutama Mickey amat menenangkan dan mengelikan hati saya.Mickey contohnya,dia akan menjengguk keluar aquarium apabila dia mahu makan.Makannya bukan sedikit,sekejap sahaja laparnya datang.Apabila saya tidak aktiviti untuk dilakukan,saya akan melihat tingkah laku mereka.Hal ini sekali dapat memberi kita kelebihan walaupun tidak banyak seperti dapat menghilangkan stress,mengkaji tingkah laku haiwan,memupuk sifat kasih sayang dan memikirkan kebesaran ciptaan Allah S.W.T


   Semasa memikirkan tentang kura-kura ini,terlintas kembali diminda saya tentang kura-kura yang pernah dibela oleh kakak saya.Sudah lama pun cerita ini,mungkin kura-kura tersebut pun sudah mati.Seingat saya ada 3-4 ekor kura-kura,jenis yang mempunyai jalur kuning di mukanya dan seekor seperti yang
sekarang saya bela.Memang lama kakak saya membelanya,hingga besar kura-kuranya.Tetapi saya tidak ingat bagaimana kami kehilangannya.Kemudian teringat pula tentang seekor kura-kura yang berdarah cengkerangnya di tengah jalan.Selepas itu dialihkan ke tepi jalan oleh ibu saya.Oh ya,sekarang saya teingat kembali,kura-kura kakak saya itu kami berikan kepada opah saya.

   Memikirkan tentang kura-kura membuatkan saya teringat kembali pada masa silam.Kenangan silam yang indah sangat berharga dan wajar untuk diingati kerana mungkin dapat memberi sesuatu kepada diri kita.Mungkin apabila kita sudah tua dan beranak cucu,cerita-cerita ini dapat kita ceritakan
kepada mereka.Sama ada yang baik atau yang buruk,kedua-duanya boleh memberi impak yang positif jika disampaikan dengan cara yang positif.Dan mungkin apabila kita sedang duduk keseorangan,kenangan-kenangan inilah yang menemani kita.Yang membuat kita tersenyum dan menangis.Terima kasih Kura-kura ku kerana mengingatkan saya pada kenangan silam.

Monday, 21 November 2011

TUMBANG SANG GARUDA


   Hype semua,terutama warganegara Malaysia!!
Semalam kita semua telah pun mengetahui siapakah pemenang pingat emas bola sepak Sukan SEA antara Garuda menentang Harimau Muda.Epik.Itu sahajalah yang dapat saya ungkapkan untuk mengambarkan perlawanan malam tadi.Bagi saya dan mungkin juga anda,ini adalah perlawanan terbaik tahun 2011.

  Ketinggalan 1 mata hasil tandukan Gunawan semasa sepakan sudut tidak mematahkan semangat Harimau Muda kita untuk beraksi malahan menjadi motivasi kepada mereka untuk berjuang habis-habisan.Walaupun terpaksa berdepan kesukaran akibat ketidakadaan tonggak utama,Skuad bawah 23 tampil dengan pretasi yang kurang sedikit pada masa pertama tetapi mantap di bahagian pertahanan pada separuh masa kedua.

  Harimau Muda menyamakan kedudukan hasil gabungan kerjasama Baddrol dan ditanduk oleh Asraruddin menutup sekejap mulut dan ego penyokong Garuda.Pemain Garuda yang di lihat bermain sedikit kasar terutamanya Diego dan beberapa pemain lain membuatkan jurulatih Harimau Muda,Ong Kim Swee sedikit kecewa dan hampir bertikam lidah lagi dengan pengadil perlawanan.Paling jelas apabila Diego menolak pemain Harimau Muda hingga keluar padang.

  Perlawanan yang cukup sengit ini berlanjutan hingga ke masa tambahan.Harimau Muda walaupun sudah kelihatan letih namun masih berjuang menahan kubu dan cuba memecah benteng Garuda.Disaat masa tambahan hampir tamat,seorang pemain Garuda,telah membuat taktik kotor dengan menjatuhkan dirinya dan berlakon kesakitan walaupun hanya melanggar tangan Muslim.Balasanya, terimalah dia sekeping kad kuning.Cubaan mendapatkan penalti ternyata tidak menjadi.

 Visel ditiup menandakan perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.Inilah saat yang paling mendebarkan tetapi Harimau Muda ada sedikit kelebihan kerana penjaga gol di kendalikan oleh Khairul Fahmi.Walaupun beberapa jaringan terlepas tetapi jika dilihat mutu penjaga gol Harimau Muda dengan Garuda,Khairul Fahmi lebih hebat kerana dapat mengagak bola yang dirembat.Garuda mendahului dengan 3-2,Khairul dilihat sedikit hilang fokusnya.Tetapi Garuda tidak dapat menafikan hak Harimau Muda selaku juara apabila rembatan ketua pasukan,Baddrol hanya terkena kaki penjaga gol dan gol!!!!

 Tampak kekecewaan diwajah pemain dan penyokong Garuda hingga ada yang menitiskan air mata.Begitu hebatnya usaha dan sokongan mereka.Begitu juga penyokong Harimau Muda yang walaupun tenggelam dalam lautan penyokong Garuda,dapat memyuntik sedikit semangat kepada pemain kita untuk terus berjuang hingga ke akhir..

  Permainan kali ini nampak sedikit berlainan kerana kedua-dua pasukan boleh mendapat satu lagi mata tetapi malang apabila di kira offside.Begitu juga bilangan foul kedua-duanya 20 foul.Walau apapun,Harimau Muda telah pun dinobatkan sebagai juara.Tahniah kepada semua yang sudah bekerja keras untuk memastikan kejayaan menjadi milik kita.Tahniah juga untuk rakyat Malaysia.MALAYSIA BOLEH!!


                                                

Friday, 18 November 2011

ASYIK : LANGSUYR BUKAN LANGSUIR

  
 Erm..mula-mula,ini bukanlah post yang bercerita tentang hantu lagenda Melayu ya,jadi tidak perlu berasa takut untuk membacanya kerana Langsuyr ini adalah nama sebuah band underground yang berasal dari Perak,kampung halaman saya.

  Diterajui oleh Azlan,Azmaniac dan Bentara (bukan nama sebenar) pada tahun 1991,band ini memainkan muzik jenis death metal.Saya bukanlah mahu menulis tentang sejarah hidup mereka kerana cerita ini boleh di cari di laman Wikipedia.Saya ingin menulis tentang album sulung mereka yang berjudul "Asyik".

  Album yang 100% menggunakan bahasa Melayu ini menampilkan 6 buah lagu yang nyata berbeza bagi saya.Apa yang uniknya disini lagu pertamanya,Asyik mempunyai 5 bahagian yang disambungkan agar menjadi sebuah lagu.Apa yang saya kagumi disini ialah penulisan liriknya yang sangat bermesej.Dari penyesalan seorang manusia ke isu black metal hinggalah ke isu politik.Sangat terbuka dan telus.

  
 Lagu-lagu yang terkandung dalam "Asyik" :
 1.Asyik
    a)Kelibat
    b)Laila Majnun
    c)Kelam Terang
    d)Seloka Leka Bernyawa
    e)Akhir Tamu
 2.Bedal
 3.Sunut
 4.Kau Racun
 5.Mata Air
 6.Liberalisasi Songsang 
    Markah:8/10

   Saya bukanlah seorang yang pro untuk mengkritik muzik tetapi dari pandangan saya,lagu-lagu yang terkandung dalam album ini ada yang ganas,laju dan mungkin perlahan sedikit tetapi masih ganas.Suara vokalis,Azlan berbeza berbanding penyanyi yang lain.Kata rakan saya,dia tidak memahami apa yang diperkatakan Azlan tetapi tidak bagi saya.

  Untuk pengetahuan anda,ahli band ini ada mengalami pertukaran di mana Bentara telah keluar untuk menumpukan kepada kerjaya dan keluarganya.Langsuyr juga dikatakan akan menrilis album terbaru mereka yang telah lama disimpan yang berjudul "Bullet".Tetapi tidak pula saya tahu bila,harap-harapnya betullah.

   p.s:Teringat semula pertama kali pergi gig dan melihat Langsuyr beraksi di Lost World Tambun.Kenangan yang sukar untuk saya lupakan.

Saturday, 12 November 2011

SMK PENGKALAN : PEPERANGAN TERAKHIR KINI BERMULA

      Hmm..akhirnya dapat juga saya menulis sedikit mungkin untuk yang terakhir buat masa sekarang kerana dalam masa lebih kurang sebulan saya akan pergi menikmati satu perjalanan yang penuh dengan dugaan,iaitu SPM.Setelah 2 tahun menunggu,kini bermula pada 14/11 sehingga 13/12 saya dan rakan seperjuangan saya akan berperang di dalam dewan peperiksaan sebaik mungkin.
     
      Inilah penentu kepada siapa kami pada hari yang akan datang sama ada dapat melanjutkan pelajaran ataupun terus ke alam pekerjaan.Jika di tanya kepada saya,semestinya saya mahu menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi,dalam bidang sama ada Seni Lukis ataupun Fotografi.Sungguhpun duduk di kelas sains tidak membawa erti kepada saya malah ada juga terdetik rasa kesal kerana memilih kelas yang saya sendiri tidak berminat untuk meneruskannya.Tetapi apa boleh dibuat,terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan...Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

     Saya berharap anda yang sedang membaca di blog saya ini dapat mendoakan kejayaan kepada saya serta rakan-rakan saya semoga kami mendapat keputusan yang baik.Sekian,Wassalam.
   
p.s : Terima kasih kepada sesiapa yang memberi kata semangat kepada saya,tak sangka pula saya dia juga turut menyampaikan,terima kasih.

Sunday, 6 November 2011

SMK PENGKALAN : MAJLIS GRADUASI TAMAT TINGKATAN 5

 
   Pada hari yang sama dengan hari lahir saya baru-baru ini iaitu 4/11 telah berlangsungnya majlis yang julung-julung kalinya di adakan di sekolah saya,Majlis Graduasi Tamat T5.Majlis pada tahun ini adalah yang kali ke 2 di anjurkan oleh pihak sekolah.Saya sebagai seorang pelajar T5 yang semakin hampir dengan penamat zaman persekolahan pastinya berasa bangga & terharu dengan majlis ini.Majlis ini bertujuan untuk memberi perhargaan & kenangan kepada para pelajar yang bakal meninggalkan sekolah & menghadapi SPM pada 14/11 ini.Oleh itu,terima kasih kepada pihak sekolah & guru-guru yang telah mengerah tenaga untuk kelangsungan majlis ini.Semoga dapat di teruskan pada masa akan datang.Amin.
  
   Majlis sepatutnya bermula pada pukul 8.30 tetapi terpaksa ditangguh lewat sedikit apabila tetamu VIP lambat sampai.Setelah selesai bacaan doa,semua hadirin di minta untuk menyanyikan lagu Negaraku & Perak Di Puncak Kecemerlangan.Nyanyian pada pagi itu boleh di katakan antara nyanyian terbaik & paling bersemangat sepanjang tahun 2011.Seterusnya ucapan dari tetamu & pengetua.Semua pelajar dapat memberi kerjasama yang baik apabila tampil senyap sepanjang ucapan berlangsung.

   Acara seterusnya adalah persembahan.Persembahan pertama adalah daripada kumpulan nasyid sekolah yang saya tidak ingat namanya.Lontaran vokal ke 2-2 pelajar di bahagian solo amat merdu & mantap di samping suara latar rakan lain dan permainan alat muzik yang cukup konsisten.Terima kasih kepada Ustaz Azhar yang melatih mereka.Mungkin boleh rakam album selepas ini.Persembahan sajak daripada 2 rakan kelas saya, Alisa & Afiqah menjadi intro kepada persembahan koir kelas saya dengan lagu yang di sampaikan iaitu Kenangan Terindah.Berbekalkan latihan yang hanya 2 hari,kami dapat menyampaikan lagu tersebut dengan baik & membanggakan guru kelas kami,Cikgu Azza.Terima kasih kepada Cikgu Fatimah Aini yang berusaha melatih kami.Persembahan seterusnya juga koir daripada pelajar T2-T4.Mereka menyampaikan 3 buah lagu,1 dari Bruno Mars,Pokok(MUH) & Jangan Diucap Selamat Tinggal.Dengan latihan daripada Cikgu Norafidah & Cikgu Rabiatul Adawiyah,mereka telah menyampaikan lagu-lagu ini dengan baik.Berbaloi dengan usaha mereka.Terima kasih kepada anda & tahniah kepada cikgu-cikgu yang telah melatih mereka.

   Tamatnya persembahan menjadi tanda kepada acara penyampaian hadiah kepada pelajar.Semua pelajar T5 mendapat fail & terselit juga buku kecil di mana dalamnya terdapat foto guru-guru & pelajar T5.Saya pada hari itu mendapat 2 sijil untuk jawatan Pengawas PSS & Kehadiran Penuh.Selepas itu,pelajar dijamu dengan makan tengah hari.Di akhir waktu persekolahan,kelas saya telah mengadakan sesi fotografi dengan guru kelas kami,Cikgu Azza.Pulangnya kami dengan 1 kenangan indah yang tidak dapat di lupakan.

Pentas

Roshdan bangga!!


Nasyid

Sajak

Koir 2-4

Kenangan Terindah

1-1nya cikgu yang ucap epybiRday,Cikgu Vicknace

Nadzirul bangga!!

Divya bangga!!

Saya gementar di sebelah pengetua
Gambar kredit kepada Hareez Fakhkri,The PhotoGrapher.

BAN-DAGE STUDIO : TODAY SNAP RELEASE 2

  Owhk..Ini adalah sambungan kerja-kerja saya sebentar tadi.Hampir-hampir saya terlupa.Semua gambar yang dipaparkan ditangkap pada hari ini..














  Hahaha..Saja mahu menyibukkan muka di laman ini..Baiklah,ini sahaja untuk hari ini.Sekian..

BAN-DAGE STUDIO : TODAY SNAP RELEASE 1

Hype semua!!.Pada hari ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada semua umat Islam sahaja ya,hehe.Di kampung saya cuacanya dingin sahaja kerana hujan turun dari pagi hingga ke petang.Sangat menenangkan..Pada waktu ini jugalah hati saya telah tergerak untuk melakukan semula kerja lama saya iaitu fotografi.Beberapa gambar telah saya tangkap di sekitar kawasan rumah opah saya.Jadi,hayatilah ia dengan mata seni anda semua...























                                                    Bersambung bahagian 2...