Thursday 9 June 2011

SMK PENGKALAN : BUDAK-BUDAK 5 SCIENCE 2011

 ......Hmm....nak citer pasal kawan-kawan sekelas aku,5s...camner nak mula ek??...

          Kelas 5s diterajui oleh Cikgu Azza Feroz selaku guru kelas & guru ilmu hisab...heheh...kaedah yang digunakan untuk mengajar tak lah membosankan sebab..dia seorang yang kelakar orangnya...walaupun tidak diperakui oleh empunya badan...heheh...tetapi sifat kelakarnya hanya boleh dilihat secara dalamannya dengan mengunakan kacamata x-ray keluaran blablabla....dari sudut luarannya...dia dilihat sebagai pemangsa kepada pelajar-pelajar yang bermasalah kerana raut wajahnya yang seperti.........

         Dari kacamata aku yang berpowerkan 300 lebih,dalam kelas aku telah wujud pelbagai kumpulan ataupun berpuak-puak....dari puak study ke puak sembang ke puak giler korea ke puak skema ke apa-apa lagila....tetapi kami situasi kami tetap aman & damai...harmoni....bagaikan satu...bukan 1Malaysia...tetapi satu keluarga...yang bahagia..walaupun ada segelintir yang bermusuhan...

        Dalam kelas kami hanya terdiri daripada 3kaum,iaitu Melayu,India & seorang awek dari luar negara,Karla dari Jerman...ya..tiada Cina dalam kelas kami yang ada hanyalah guru yang mengajar...tapi..ada lagi ker??Aku kesian tengok si Karla ni..rase-rasenye mesti malam asyik tidur lambat jer..sebab waktu dalam kelas 80% digunakan untuk tidur,tidur & tidur.....kuang.kuang.kuang.....

        Cakap pasal puak-puak yang ada dalam 5s nie...hmm ada segelintirnya melabelkan kumpulan mereka dengan nama-nama tertentu seperti : ASAM-G,SourSalty,5Brothers & selebihnya tidak dapat dikenal pasti namanya...mereka bukanlah sebuah pertubuhan kongsi gelap ya,cuma pertubuhan rakan sejati....Sesetengah puak-puak ini lebih tertumpu terhadap pembelajaran & ada juga yang lebih tertumpu kepada enjoy sakan...tetapi belajar juga....

         Itulah yang dapat aku ceritakan sedikit sebab idea tak mahu keluar pula pada waktu petang yang panas ini....Kami wargakelas 5s akan bersama mengharungi tahun 2011,iaitu tahun terakhir kami untuk ketawa dengan jenaka Cikgu Azza,merungut dengan kerja sekolah,menangis kerana gagal peperiksaan bersama-sama,...mungkin selepas SPM ada yang tidak wujud lagi batang hidungnya disini...atau disana..Jadi walau apa pun,jika kerja sekolah tak siap....pandai-pandai la nak pinjam buku kawan ek...=)

1 comment: