Wednesday, 29 June 2011
AKU SAYANG KUCING!!!!!!
Hari ini, seekor lagi anak kucing aku telah kembali mengadap sang penciptanya...Beberapa minggu sebelumnya, saudaranya telah pergi & kini dia juga mengikutinya...Tetapi aku tidak berasa ralat kerana itu adalah yang terbaik untuknya...Mengapa aku berkata begitu??....Kerana dia telah lumpuh separuh badan dengan tiba-tiba & keadaan ini telah menyukarkan dirinya....Lantas dari melihat dia terus menderita biarlah dia pergi......Tompok (Corrie) & Kelabu (Shinoda).
Sebelum ini,keluarga aku dah membela banyak ekor kucing dari zaman aku tak wujud lagi sampailah sekarang dah besar kedabak ini....Kucing pun macam-macam paten dah aku jumpa,macam-macam perangai....Dari yang pemalas hinggalah ke yang suka memburu cicak kobeng....dimakannya sampai tinggal kepala jer..Dah macam Predator pulak..Kucing yang masih ada dalam ingatan aku dari Mimi,Chikky & anak-anaknya,Demot,John,Mama & anak-anak dari generasi pertama & kedua...
Aku ingat lagi masa pertama kali jumpa dengan Chikky,dia kecik lagi masa tu..Keluarga aku terjumpa dia di tengah jalan semasa waktu subuh dalam perjalanan nak balik ke rumah(ni sebelum aku pindah Pengkalan).Mungkin dia letih,sampai tertidur diatas nasi semasa tengah makan..Sayu hati aku bila teringatkan balik..Chikky ni garang kucingnya,nak pegang pun sampai kena korbankan tangan dulu...& ada 3 ekor anak, Along,Angah,Achik..tapi yang lama hidup pun si Angah dengan nama glemernya,Dojang...Tapi tak lama kemudian Chikky & Dojang menhilangkan diri buat selama-lamanya..
Sekarang kucing yang masih ada sebagai sebahaggian dari keluarga aku ialah Demot,John,Mama,Tok Tam,Cement & Ateh, tapi aku panggil Chester...baru bergaya sikit...Dan seekor lagi,Noneng...dah beberapa bulan tak balik rumah sebab merajuk Mama ada anak baru...Dia ni bukan anak kandung Mama,cuma anak susuan jer...Aku jumpa dengan kakak aku di depan kedai makan cina...& kakak aku minta bawak balik...Dia jela kawan baik Tok Tam..masa kecik-kecik suka buli Tok Tam sebab Tok Tam ni lembik sikit,anak manja katakan...
Aku sayang sangat kat kucing-kucing aku..Aku anggap depa macam ahli keluarga aku sendiri.....Walaupun aku selalu buli depa terutama John,tapi aku sayang...sebab kucing adalah salah satu sahabat baik manusia di kala sunyi...
Sunday, 26 June 2011
ERTI PERSAHABATAN
Kawan.....salah satu insan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang manusia itu....Pelbagai ragam & perangai yang boleh kita jumpa melalui kawan...Kadang-kadang,merekalah tempat untuk kita ketawa & kadang-kadang untuk menangis....Kawan yang sejati memang sukar untuk dicari,...& aku masih mencari-cari.......erti persahabatan...
Kalau diceritakan tentang kawan-kawan sekelas aku,mereka memang terbaik..Selama 5 tahun aku bersekolah di SMK Pengkalan,tahun ini antara tahun yang mengembirakan aku...Banyak perubahan yang aku nampak berlaku didepan mata aku...contohnya,kalau dulu ada sesetengah kawan sekelas aku yang aku boleh paham sendiri sikap mereka macam benci kat aku...tapi sekarang tidak...Aku ketawa bersama mereka....& bila aku bermain pada waktu p.j dengan mereka,aku dapat rasakan suatu hubungan & kegembiraan yang tak dapat digambarkan....Sayangnya,semuanya bakal berakhir tak lama lagi....
Aku ada seorang adik angkat,kewujudan dia dalam hidup aku,membawa banyak perubahan pada diri aku...Aku jadi lebih yakin untuk berinteraksi dengan orang yang lain jantinanya dari aku..Dan kerana dia jugalah,aku mula berkongi cerita tentang cinta dengan orang lain...Tak banyak yang aku boleh katakan,tapi sejak akhir-akhir ini aku jarang dengar cerita & berjumpa dengan dia....Mungkin dia sibuk....
Cerita pula tentang kawan aku yang lagi satu,ataupun mungkin bekas kawan aku barangkali...Semasa aku & dia masih baru lagi berkawan,aku rasa seronok sangat..Aku berharap sangat jika dapat menjadi kawan baik dia sampai mati,tapi macam peribahasa "disangka panas hingga ke petang,tapi hujan ditengah hari"....Macam-macam benda terjadi,sampai ada pada satu masa aku rasa benci sangat kat dia...Tapi aku sayangkan ikatan persahabatan yang dah terjalin..Aku lupakan semunya....Tapi mungkin salah aku juga,tak pandai nak jaga hati orang lain,tak pandai nak berkawan....Akhirnya,jadi seperti kisah tahun lepas,kisah lama aku yang hilang ikatan persahabatan itu.......
Dan sekarang,aku dengan hidup aku & dia dengan hidup dia....Biarlah aku mati dalam kisah hidup dia...Dia lebih gembira sekarang......

Thursday, 16 June 2011
AKU DAN BLOG
Blog ni sebenarnya adalah blog aku yang ketiga selepas kedua-dua blog aku sebelum ini terbengkalai seperti projek perumahan yang tak dimajukan..Fenomena ini berlaku kerana dari sifat aku yang malas ditambah dengan perisa ketidak-adaan idea nak menulis....erm..menaip...jadi setakat itu saja lah perjalanan blog-blog lama aku..Sekarang dengan azam baru tetapi sikap lama...aku ingin menulis...menaip blog yang diharapnya dapat menusuk hingga ke salur darah kepada yang membacanya.... ;-)
Diharap kepada sesiapa saja tak mengira jantina,umur,bangsa,agama,berat,tinggi,spesis & sebagainya untuk memberi komen tentang blog saya yang hina lagi tak seberapa ini..Semua kerjasama anda amatlah saya hargai...Adios.. p.s-kalau anda teringin mahu melihat blog saya yang lama,sila cari sendiri di Google..kuang,kuang,sekuang....
....Tadi dalam kelas ada beberapa rakan yang menyebut tentang blog ini & mempersoalkan siapa gerangan penulis blog ini.....heheheh

Thursday, 9 June 2011
SMK PENGKALAN : BUDAK-BUDAK 5 SCIENCE 2011
......Hmm....nak citer pasal kawan-kawan sekelas aku,5s...camner nak mula ek??...
Kelas 5s diterajui oleh Cikgu Azza Feroz selaku guru kelas & guru ilmu hisab...heheh...kaedah yang digunakan untuk mengajar tak lah membosankan sebab..dia seorang yang kelakar orangnya...walaupun tidak diperakui oleh empunya badan...heheh...tetapi sifat kelakarnya hanya boleh dilihat secara dalamannya dengan mengunakan kacamata x-ray keluaran blablabla....dari sudut luarannya...dia dilihat sebagai pemangsa kepada pelajar-pelajar yang bermasalah kerana raut wajahnya yang seperti.........
Dari kacamata aku yang berpowerkan 300 lebih,dalam kelas aku telah wujud pelbagai kumpulan ataupun berpuak-puak....dari puak study ke puak sembang ke puak giler korea ke puak skema ke apa-apa lagila....tetapi kami situasi kami tetap aman & damai...harmoni....bagaikan satu...bukan 1Malaysia...tetapi satu keluarga...yang bahagia..walaupun ada segelintir yang bermusuhan...
Dalam kelas kami hanya terdiri daripada 3kaum,iaitu Melayu,India & seorang awek dari luar negara,Karla dari Jerman...ya..tiada Cina dalam kelas kami yang ada hanyalah guru yang mengajar...tapi..ada lagi ker??Aku kesian tengok si Karla ni..rase-rasenye mesti malam asyik tidur lambat jer..sebab waktu dalam kelas 80% digunakan untuk tidur,tidur & tidur.....kuang.kuang.kuang.....
Cakap pasal puak-puak yang ada dalam 5s nie...hmm ada segelintirnya melabelkan kumpulan mereka dengan nama-nama tertentu seperti : ASAM-G,SourSalty,5Brothers & selebihnya tidak dapat dikenal pasti namanya...mereka bukanlah sebuah pertubuhan kongsi gelap ya,cuma pertubuhan rakan sejati....Sesetengah puak-puak ini lebih tertumpu terhadap pembelajaran & ada juga yang lebih tertumpu kepada enjoy sakan...tetapi belajar juga....
Itulah yang dapat aku ceritakan sedikit sebab idea tak mahu keluar pula pada waktu petang yang panas ini....Kami wargakelas 5s akan bersama mengharungi tahun 2011,iaitu tahun terakhir kami untuk ketawa dengan jenaka Cikgu Azza,merungut dengan kerja sekolah,menangis kerana gagal peperiksaan bersama-sama,...mungkin selepas SPM ada yang tidak wujud lagi batang hidungnya disini...atau disana..Jadi walau apa pun,jika kerja sekolah tak siap....pandai-pandai la nak pinjam buku kawan ek...=)

Tuesday, 7 June 2011
PERISTIWA JUMAAT
Owhk...untuk permulaan nie aku nak tulis pasal ape yang terjadi kat aku tahun lepas yang men"glemer"kan kejap...hehe benda nie aku tulis tahun lepas & terjumpe balik mase kemas buku yang berlambak..
15/10/10
Aku datang ke sekolah dengan hati yang tenang & gembira...
dengan niat untuk menyambut sambutan bersama rakan-rakan....
....pagi itu semuanya seperti biasa...
hinggalah apabila sambutan bermula...
......konflik tercipta....
diriku dihujani bebanan...
yang amat sukar untuk dilepaskan........
diriku diselubungi rasa bersalah..
diatas kesalahan orang lain...
....hatiku mula gusar....
Mulanya aku diminta untuk memarahinya....
"Apa hak aku?"
.......aku tidak boleh melakukannya..........
pada mulanya rasa itu dapat aku lindung
dengan senyum & tawa.......
...Namun semuanya kian rumit...
pabila diriku dikatakan menjadi punca kemarahan dirinya...
hatiku berbelah bahagi.....
sama ada memilih kawan atau cinta....
.....yang tak pasti....
Diriku tidak mampu tersenyum lagi.
aku harus tamatkan segala konflik.....
hanya satu jalannya........
.....aku perlu bersemuka & meminta maaf kepadanya....
aku terdiam seketika.....
Tekad,aku tekad untuk bersemuka dengannya
dengan satu niat.........
untuk menamatkan semua ini..
tidakku sangka akan dapat menegurnya
untuk kali pertama....& mungkin terakhir...
dengan cara sebegini rupa.....
Tidak sempat aku habis berbicara..
kau terus pergi....dengan kemarahan...
....pada aku atau mereka?...
aku tak tahu....
hanya satu yang aku harapkan....
Maafkan aku............... jiwakacau94/15.10.2010

Subscribe to:
Posts (Atom)