Monday, 23 September 2013

DERMA DARAH LAGI

Assalam Semua !!
Semalam aku bersama beberapa kawan form 6 aku baru melakukan sesuatu yang agak baik jugaklah, iaitu menderma darah. Buat pengetahuan kome ini adalah kali kedua aku menderma darah. Pengalaman pertama aku adalah pada tahun lepas yang diadakan di sekolah.





   Bagi kali ini aktiviti ini telah diadakan di ruang legar AEON Station 18. Bermula pada pukul 10.30 a.m hingga 3.00 p.m, aktiviti ini turut disertai oleh beberapa kawan form 6 aku yang lain yang secara sukarela membantu. Aku pun sebenornye nak jugak ikut tolong tapi sebab takda pengalaman jadi terpaksalah membatalkan hasrat aku tu. Aku bersama 3 orang kawan datang ke AEON pada pukul 10.30 a.m. Tapi sebelum menderma kami pergi jalan-jalan kejap.




   Masa kami sampai pun dah ramai orang beratur, jadi tanpa membuang masa kami terus mendaftarkan diri. Disebabkan ramai jugak orang yang beratur nak derma darah jadi aku ambil keputusan untuk check mata dulu. Lepas check mata terus pergi check tekanan darah kemudian check darah boleh ke tak nak derma aritu dan ambil barang-barang kelengkapan menderma darah. Lama juga aku berdiri, dan ada jugak berlaku sedikit kekecohan tapi masih boleh dikawal. Kemudian sampailah waktu aku mendermakan sedikit darah aku untuk digunakan oleh mereka yang memerlukan.

   Berdasarkan jumlah penderma pada waktu aku sampai semalam, kebanyakannya adalah berbangsa Cina. India pun okay la jugak..Melayu?? Bukan nak kata takda langsung sebab aku dengan kawan-kawan aku nie pun Melayu kan tapi macam tak banyak sambutan jer. Ada pun dok langut je masa naik turun ekskolator. Teringat aku kata-kata seorang akak yang bertugas semalam dimana dia berpesan pada aku agar terus menderma darah walaupun selepas sambung belajar nanti. Sepatutnya masyarakat kita perlu ada kesedaran untuk menjalankan tanggungjawab yang tidaklah sesusah mana. Aku faham ada yang nak derma tapi mungkin ada kesulitan macam seorang kawan aku nie, dah beriya-iya dah nak derma tapi tak dapat derma sebab darah takmau keluar katanya.

   Azam aku adalah untuk terus menderma darah untuk kegunaan masyarakat Malaysia yang sangat memerlukan. Lagipun banyak kelebihan jika kita menderma darah nie. Kome yang nak tau perkembangan event-event seperti ini boleh merujuk kepada laman FB : Ipoh Blood Donation. Menderma darah amat menyeronokkan!! =D

 

Saturday, 21 September 2013

#TWTUP IPOH 2013


Salam Semua !!
Pada tanggal 14 September yang lepas, telah berlangsungnya sebuah acara yang diadakan di P.O.R.T, iaitu TWTUP IPOH 2013.  Untuk pengetahuan kome yang berada di luar Perak mahupun Ipoh, P.O.R.T adalah singkatan kepada People of Random Talents dan bangunan ini terletak di Jalan Sultan Azlan Shah, memang dekat dengan rumah aku. Ini merupakan pengalaman pertama aku menghadiri acara Twtup, malah ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke P.O.R.T.




   Perihal acara ini aku ketahui melalui page FB band Popkonspirasy dan Bittersweet. Melihatkan nama Bittersweet itu telah memikat hatiku untuk mnghadiri acara ini. Maka aku bersama seorang rakan baikku yang juga pertama kali menghadiri acara seperti ini telah menjejakkan kaki ke sana pada waktu selepas zohor. Acara ini bermula seawal 10 a.m hinggalah tamat acara. Semasa kami sampai di sana pun memang dah ramai orang, kereta dan motor berderet di tepi jalan. Di sana terdapat beberapa buah khemah yang menempatkan booth-booth jualan seperti tudung, t-shirt, cd, khidmat fotografi dan lain-lain. Pertama sekali kami singgah di booth myHarapan, iaitu sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan. Di situ kami telah melibatkan diri dalam kuiz yang diadakan, yang menawarkan hadiah yang agak menarik. 6 soalan mudah berkenaan negara kita, siapa yang berjaya menjawab kesemua dengan betul dan terpantas dikira pemenang. Selepas pukul 5 diumumkan pemenang, kami masing-masing berjaya memperolehi hadiah, dimana aku di tempat ke 4 dan kawan aku ditempat kedua( tapi tak dapat hadiah tempat kedua sebab masa depa call dia tak jawab, jadi hadiah bagi orang lainlah).







   Kemudiannya kami bergerak ke booth yang lain, dan yang menarik minat aku ialah booth Abstrax Jingga dimana terdapat t-shirt Tun Dr Mahathir dan Tok Guru Nik Aziz yang berharga RM 50. Kebanyakan booth yang ada disana adalah berkaitan dengan pakaian dan beberapa benda lainlah seperti booth Smoosh, Rumitojawi dan Switch Hero. Masa jalan-jalan tu adalah jugak beberapa lukisan grafiti yang bertemakan Twtup dan kemerdekaan. Juga lukisan-lukisan tangan daripada pelukis-pelukis tempatan yang aku tak kenal langsung. Tengah asyik tengok brader-brader yang sedang tekun melukis grafiti tu ternampak pulak ada satu lagi booth kat sebelah tempat grafiti tu. Rupa-rupanya booth Smoosh dan disini jugalah aku berasa sangat teruja bila nampak cd Massacre Conspiracy : The Lost Holocaust yang aku memang tengah cari gila!! Wawww!! Aku tengok-tengok dulu, pusing tempat lain kejap pastu terus beli cd tu. Memang berbaloi!!

Cd MC16 tu aku beli kat sinilah.



   Disamping booth-booth dan persembahan band juga diselitkan dengan acara demostrasi basikal BMX serta pertandingan skateboard dan game Dota + PES. Lepas puas pusing-pusing, kami pun menuju ke pentas utama dimana sedang beraksi sebuah band yang aku tak tau. Kemudian Kill My Bride mengambil tempat. Ini adalah pertama kali aku menonton aksi band yang berasal dari Batu Gajah nie. Sempat berseloroh "Kami bukan Lamb of God!!" sebelum menyampaikan beberapa buah lagu seperti Gelora dan Kill My Bride. Mereka juga sempat menyatakan kepada vip bahawa muzik seperti mereka bukan seperti yang sering dihebahkan dalam sesetengah akhbar dan majalah "M".


Suasana Panas Ketika Kill My Bride di Pentas.
Popkonspiracy Tetap Rock Walau Dalam Hujan.

   Antara persembahan yang aku tunggu adalah dari band Popkonspiracy. Malangnya masa depa mula hujan dah mula turun. Lebat jugalah. Beberapa kali Putu Ceri selaku vokalis memanggil penonton agar tidak menghiraukan hujan dan datang ke depan pentas. Namun hanya beberapa orang yang berhati kental saja yang datang. Seterusnya aku mengajak kawanku ke booth yang menempatkan dj-dj Malaya. Ipoh Dubstep. Aku kurang pasti terma ini merujuk kepada satu band atau angkatan dj-dj Ipoh seperti Ipoh Metal Militant. Semasa sampai Abducted Mind sedang menghangatkan suasana bersama beberapa orang dj dan seorang beatboxer Malaya yang terkenal jugalah, tapi aku taktau namanya.(trademark dia selalu pakai sarung tangan kanan warna hitam putih petak-petak). Masyuk jugak layan lagu-lagu yang depa mainkan, dah macam Skrillex pun ada.






   Menjelang malam, hujan masih renyai-renyai. Lebih kurang jam 8.30 3 Swagger naik ke pentas ditemani seorang jelita. Set malam itu kelihatan seperti The Fabolous Cats. Mendendangkan lagu berentak dance, ketika lagu Apa Celop, depa ubah tagline korus jadi Apa Celop Yob!! Layan jugaklah walaupun macam tak masuk pulak persembahan depa pada aku. Depa jugak ada melemparkan beberapa t-shirt Suara Generasi dan aku pun dapat masa Cat campak. Malam tu Cat melemparkan 2 topi dia kepada penonton. Untungler sapa yang dapat. Selepas 3 Swagger Da Vagabonds mengambil tempat. Diketuai Noh Hujan, ini adalah persembahan pertama bagi band yang juga disertai oleh Henry Bittersweet. Apa yang menarik perhatian aku adalah gitar bass yang dikendalikan oleh seorang wanita. Antara lagu yang dimainkan yang sempat aku dengar tajuknya ialah Galatica dan Disko. Aku dah makin letih.











   Pada saat tenaga aku semakin pudar, Harmacy mengambil alih pentas. Layan jugalah sebab gitarisnya suka buat efek dan aksi last-last vokalisnya nampak "superstar". Akhirnya...saat yang ditunggu-tunggu, Bittersweet muncul dipentas. Lengkap dengan pakaian serba hitam, dengan spek mata depa mula dengan into instrumental tanpa Fizan di posisi vokal. Masa masuk lagu Midnight Tripping barulah dia naik pentas dengan gaya secara personal pada aku seperti Gerard Way (My Chemical Romance). Kebanyakan lagu yang dimainkan adalah dari album Empire Transition seperti Khight of Round Table, 1234, Secrets, Shiver, Burn It Down(Burn Berlin Down?) dan juga beberapa lagu lama seperti A Perfect Match dan lagu wajib, Kucing Hitam. Masa lagu Kucing Hitam aku layan habis giler. Lompat hanguk kepala nyanyi sekalilah, dalam masa tu jugak aku dapat godies Puma yang dilontarkan depa. Masa tu aku dengan terkejut terus tunjuk kat orang sebelah aku, yang memandang aku. Haha terbangga kejap aku. Saat yang agak emosi semasa lagu Secret dimana sebelum depa main lagu nie, Fizan mewakili band ini mengucapkan terima kasih kepada para peminat mereka kerana tanpa peminat mereka tidak akan berada disitu hari itu. Persembahan mereka diakhiri dengan A Perfect Match yang sangat sesuai dengan mood lagu tersebut. Persembahan bunga api yang sepatutnya ada terpaksa dibatalkan sebab cuaca macam nak hujan je. Malam tu aku puas hati giler dengan persembahan Bittersweet, dengan set lagu yang banyak jugalah dibandingkan masa Bunkface Tour dulu. Aku pun dengan gembira pulang ke rumah dengan kepala mendap+sejuk sebab topi keledar dah banjir dek air hujan.. Sekian. =)

Wednesday, 4 September 2013

KIL


Salam Semua !!
Zaman sekarang nie susah betul kita nak dapat filem yang betul-betul berkualiti sama ada keluaran tempatan mahupun luar negara. Kalau omputih sekarang trend asyik buat remake, superhero, magik fantasi dan adaptasi daripada komik saja, di Malaysia pula asyik-asyik cerita hantu, komedi seram, komedi romantik, love story ala-ala 'sweet' gitu, rempit dan lain-lain lagi yang tidak mengembangkan minda. Filem seperti Bunohan dan Songlap pada aku antara filem masa kini yang benar-benar membuka mata dan aku cukup respect filem-filem ini.

   Filem KIL terbitan Flux Visual Lab juga antara filem yang aku kagum kerana berani menampilkan sesuatu yang baru dan segar untuk tatapan masyarakat Malaysia. Sebuah filem drama yang mengisahkan tentang Akil, seorang lelaki yang cuba membunuh diri kerana tertekan dengan hibupnya. Dia telah mengupah sebuah syarikat "LAB" yang menawarkan perkhidmatan membunuh mereka yang mahu membunuh diri, dengan alasan mahu "melegakan" kesakitan pesakitnya. Kehidupannya mula berubah sejak kehadiran Zara, seorang gadis yang mempunyai misteri dalam sejarah hidupnya. Nak tau apa jadi lepas tu?? Nak tau rajin-rajinlah tengok filem nie.

   Filem arahan pengarah muda Nik Amir Mustapha ini menampilkan permainan cinematografi yang cantik,ditambah dengan muzik latar yang memang mengancam. Filem nie bagi yang jenis layan movie David Teoh dan seangkatan dengannya memang sukar untuk diterima kerana mood dan storyline yang slow, seperti Bunohan tetapi diselitkan dengan unsur humor. Latar belakang filem ini berlaku di sekitar bandar Kuala Lumpur. Dari segi watak, aku suka sangat dengan lakonan Cristina Suzanne yang membawa watak Zara dan     Redza Minhat yang membawa watak Akil, tapi aku lagi suka Cristina!! Lakonan depa berdua nie banyak membantu mengerakkan filem nie, sebab depa bertutur dengan bahasa yang biasa-biasa je, takda nak berbunga-bunga sangat. Jadi filem nie jadi lebih real. Aku suka bila dengar Cristina bercakap, lawak pun ada. Haha.. Tapi sayang ada beberapa watak sampingan yang kurang menyengat lakonannya.


   Filem nie aku memang sarankanlah kepada pengemar-pengemar filem Melayu kerana kelainannya dari filem-filem yang ada di Malaysia. Temanya juga membawa suatu persoalan kepada kita. Elemen kejutan pada pengakhirannya juga pasti akan membuatkan kome terkejut. Satu lagi, filem nie banyak menampilkan cameo-cameo dan dari filem nie jugak lah aku mula minat Seven Collar T-Shirt. Lagu Lights tu best dan mendayu-dayu giler. Sekian. =D

p.s : Mantap betul poster-poster filem nie!!





Sunday, 1 September 2013

SCARLET HEROES


Salam Semua!!
Di pagi Ahad nie, sementara tengah buat powerpoint untuk presentation PBS Echo besok aku tergerak jari nak menaip serba sedikit tentang satu EP yang adik aku beli masa gig Bunkface tempoh hari. Dah lama sebenornya aku nak tulis cuma masa dan pelbagai rintangan menyebabkan niat murni aku nie tergendala. Band yang kini sedang hangat mempromosikan EP terbaharu berjudul 'The Heroes Are Coming' ini mengelarkan diri mereka sebagai SCARLET HEROES.




Segan nak taruh gambar nie sebab kabur huhu tibe-tibe lak masa tu, sayang betul... tu adik aku. =D
Aku dan Mr Bizee
   Sejujurnya sebelum nie aku tak pernah dengar langsung tentang band nie sehinggalah kedatangan mereka yang menjadi supporting band bersama-sama Dichi Michi, Heart A-Tack, Popkonspiracy dan Bittersweet sewaktu tour Bunk Not Dead! di Ipoh beberapa bulan yang lepas. Dianggotai oleh 5 orang anak muda iaitu Daryl selaku vokalis utama, Jah diposisi gitar rhythm, Shymi si pengendali gitar utama, P.J sebagai bassist dan juga screamer dan akhir sekali Bizee di posisi drum. Berdasarkan diskripsi di laman FB mereka : ScarletHeroes, menyatakan muzik mereka sebagai 'Pop dan Punk yang bertemu dengan Rock 'n' Roll'.

   Okaylah, aku nak citer pasal EP depa nie pulak ok. Dari segi reka bentuk dan pakej pembungkusan, aku boleh katakan pakej nie nampak mahal. Tak kena langsung dengan harganya yang cuma RM10(di gig) dan RM15(online). Serius masa mula-mula tengok cdnya tak sangka pakej-ingnya sebegini cantik, dengan tema warna merah, diselitkan dengan beberapa kartun (di dalam terdapat karikatur ahli band ini), walaupun ringkas dan tanpa lirik. Menampilkan 5 buah lagu buatan sendiri, dengan satu lagu Melayu. Masa gig aritu penyanyinya senang berkomunikasi dengan bahasa Inggeris hingga masa sembang dengan adik aku kejap pun cakap inggeris, jadi aku tak aspect akan ada lagu Melayu.


   Aku suka vokal si Daryl nie sebab dia boleh tarik panjang. Masa gig aritu pun selamba jer tarik tanpa ada kesemputan yang berlebihan. Permainan ahli yang lain juga tidak mengecewakan sebab penuh energi, terutama P.J dan Jah. P.J dari mula sampai abis perform asyik melompat jer, "Mosh!Mosh!", jerit si pemain bass nie. Jah pulak aku tengok dah macam Mick Thompson (Slipknot) jer. Hahha kangkang style!! Bizee pun agresif manakala Shymi lebih selesa berdiri sambil meneliti permainan dan solo gitarnya. Masa di Lost World aritu depa sempat mendendangkan 4 buah lagu yang dipetik dari EP terbaharu nie jugak iaitu Risk It All, Gadis-gadis, Fallback dan Rock 'n' Roll Juliet. Tak lupa juga masa starting depa mula dengan intro Power Rangers, tapi ditukar kepada 'Go Go Scarlet Heroes!!'. Manakala 1 lagu yang tak dimainkan aritu ialah The Cure.

   Muzik depa(dari pandangan aku yang kurang arif tentang muzik) masa mula-mula dengar macam dengar Simple Plan pun ade(ade kaitan ker??), tambahan lirik mereka secara kasar berkisarkan cinta. Tetapi selepas beberapa kali sesi terapi dengan EP nie aku pun mula dapat melihat kelainan yang mereka tampilkan. Antaranya ialah lagu depa nie boleh kata panjang-panjang jugalah. Tapi bukan macam Metallica yang sampai 10 minit tuh!! Adalah 3-6 minit.. Ada solo gitar, masih boleh layan solo si Shymi. Vokal tak payah sembang lagi laa kan. Secara kasarnya aku dengarkan EP depa nie seperti rilisan dari band yang dah lama dalam industri. Tak nampak kecacatannya. Nampaknya depa nie serius dengan hala tuju yang dipilih dan ada harapan untuk sukses!!

   Owhkay aku nak sembang sikit pengalaman aku dengan drummer Scarlet Heroes, saudara Bizee semasa gig Bunkface di Tambun. Bizee nie Melayu okay, malah ramah orangnya. Masa temankan adik aku nak beli EP nie, selepas sesi autograf dan fotografi tak formal, dia nie sempat juga menyapa aku dan adikku nie. Adalah dia tanya datang dari mana, naik apa, sekolah macam mana, disertakan dengan kata-kata nasihat dimana waktu sekolah adalah waktu paling menyeronokkan. Tak sangka pulak dia pun ambik tingkatan 6 macam aku. Menyesal jugak tak tanya banyak soalan aritu. Haa...nasib baik teringat, masa mula-mula nak mintak autograf tu, si Jah(gitaris) sempat menegur aku selepas ternampak t-shirt Slipknot yang aku pakai haritu. " I like your shirt man, that fucking awesome!! ", sambil nenunjukkan gambar Mick dan bercakap kepada Shymi tentang Slipknot. Heheh...

   Terbaharu depa sekarang sedang giat melakukan persembahan di Indonesia. Dan telah melancarkan 2 buah videoklip iaitu Rock 'n' Roll Juliet dan Risk It All!! Aku sarankan kepada kome yang meminati muzik indie, marilah kita menyokong barangan buatan tempatan. Aku berpuas hati dengan "The Heroes Are Coming EP", aku berpuas hati dengan Scarlet Heroes!! Tekan LIKE!! =D





UPDATE !! (3/9/13)
Sebelum nie aku ade letak blog post nie kat page Scarlet Heroes dan tanpa disangka-sangka si Jah kemudiannya diikuti oleh Bizee telah memberikan komen dan ucapan terima kasih kepada aku atas penulisan aku nie. Waw!! Tak sangka giler dohh!! Haha sememangnya ahli-ahli band nie ramah dan mesra dengan para peminat mereka( list lagu masa gig tu pon depa yang bagi), sesuatu yang bagus bagi sebuah band yang sedang meningkat naik. Tapi harap-harapnya sikap ini akan terus berkekalan sehingga mereka berada di tahap tertinggi. Malah bukan itu saja, depa pon ada post satu wallpost bagitau pasal blogpost aku nie... Waaa terharunya, macam nak nangis jaa...huuuu You are the true hero!!, itulah apa yang tertulis dalam wallpost tersebut...anyway tanks Scarlet Heroes, you guys also made my day!! =D