Salam Semua....
Hari ini tidak seperti hari-hari yang lain...Pagi tadi aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang rakan FB aku yang baru je aku kenal pada pagi tadi. Baru 5 hari. Sebelum ni aku pun tak sedar bila masa aku friend dengan dia kat FB, mula bertegur sapa pun beberapa hari yang lepas bila dia ada update satu status. Lepas tu terus boleh ngam.
Aku dapat tau hal ni bila pagi tadi mak dia mesej aku kata dia dah takda.Hmm..mula-mula aku macam blur & tak percayalah..tapi bila pikir-pikir balik takkanla mak sendiri nak main soal matikan. Terkilan jugaklah sebab aku baru nak mencipta satu tali persahabatan dengan orang yang duduk luar dari Perak ni..tak sangka secepat ni perkenalan kita.
Bila dengar pasal hal kematian membuatkan kita terfikir bagaimana dan bila kita akan pergi kepada sang Pencipta. Cukup ke bekalan kita atau dosa yang melimpah ruah..bila cakap pasal mati takut, tapi kelakuan langsung macam tak takut mati, tak takut neraka.
Tadi aku tengok akaun FB dia dah ditutup, maknanya betulla..Takda apa yang boleh aku ucapkan selain menyedekahkan al-fatihah dan berdoa agak rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga ahli keluarganya dapat menempuh ujian yang berat ini dengan reda dan kesabaran. Amin. =_(
Salam Semua!!
Tengah malam yang sunyi ni aku teringat balik nak tunaikan hasrat yang belum kesampaian aku untuk blog aku ni hehe iaitu nak masukkan album foto baharu aku yang diberi judul "From The Ground". Kenapa dari tanah?? Sebenarnya tajuk ini merujuk kepada tema foto-foto ni iaitu aku ambil gambar dari pandangan bawah ke atas.
Foto-foto ni dah agak lamalah jugak aku letak kat FB, nak letak kat blog baru hari ni ada kesempatan. Jadi tertunai jugalah hasrat aku nak berkongsi foto-foto aku yang syok sendiri ni dengan kalian yang singgah ke blog aku ni. Okay, harap kome enjoy ok!! =D
Kome boleh rujuk ke sini > FROM THE GROUND FB untuk lebih gambar.
Salam Semua!!
Sekarang ni band Bunkface sedang giat mengadakan tour untuk mempromosikan album paling terkini mereka, Bunk Not Dead. Dan sedia maklum depa ni akan singgah ke Ipoh dan akan mengadakan gig di Lost World of Tambun. Yeah!! Aku punyalah teruja bila dapat tau pasal hal ni. Aku dah pasang niat nak pergi jugak tengok depa main live dan aku pun mulalah asyik tengok update kat page FB depa ni. Tengok sekali tiket pre-sale RM19 dan door RM25...Wow..boleh dikatakan murah jugaklahkan.
Setelah mendapat lesen rasmi dari ayah, aku pun petang tadi terus pergi ke Ipoh Parade nak cari tiket. Syukur tiket ada lagi dan tadi pun aku nampak macam ada banyak lagi tiket yang tak terjual lagi. Takda sambutan ka, tapi ok jugak kot kalau tak ramai orang sangat, takdalah nanti tersesak-sesakkan. Tiket berjaya dibeli dengan harga RM20(katanya ada cas apakebendatah) di kedai Elstees dan disertakan dengan poster.
Kini tiket sudah berada dalam gengaman. Cuma menanti harinya yang akan tiba..... =D
DiGitv ada buat sesi soal jawab antara Bunkface dengan peminat depa. Dan aku pun adalah bagi soalan dan tak sangka pulak terpilih untuk dijawab oleh brader Bunkface ni. Hehe bangge sikit. Kalau kome tau name FB aku kome tau le mana satu soalan aku tu. =P
Salam Semua...
Ada tengok berita semalam?? Berita pasal pergaduhan flashmob di Station 18(tempat teman tu oii)... Apa yang bermain di fikiran kalian ketika mendengarkan perihal kejadian yang mengerikan ini. Aku pun dapat tau dari kakak aku citer, lepas tu usha FB & tertengok kat tv3. Pertama sekali, jika diikutkan aku sama sekali malas nak tulis apa-apa pasal politik dah dalam blog ni, tapi bila ingatkan benda ni jadi kat tempat aku jadi aku pun nak kongsikan laa sikit pasal hal ni.
Keluarnya post tentang kejadian ni bukanlah menunjukkan aku ni ada menyebelahi mana-mana pihak ok. Aku lebih selesa berada di zon aku sendiri. Ok kembali pada kes yang berlaku semalam : Bermula apabila ada satu pihak melakukan flashmob di simpang empat Station 18 & kemudiannya telah didatangi pula oleh sekumpulan geng motor yang melakukan provokasi hingga tercetus pergaduhan. Aku tak berani nak citer banyak sebab aku takda di tempat kejadian masa tu, tapi beberapa kawan aku ada & sempat jugalah beliau merakam kejadian tersebut dengan kameranya.
Sebenarnya aku tak ambik port sangat pun pasal politik ni, cuma bila terkenangkan kejadian yang berlaku ni(rujuk video, ingat nak ambik sekali sedutan dalam berita tapi takda pulok) aku rasa sangat kecewa dan malu dengan mentaliti segelintir masyarakat Malaysia, terutamanya yang berbangsa Melayu. Tengoklah... bangsa lain sibuk majukan diri bangsa kita bangga menjadi samseng, taiko, abang long kawasan, ayahanda & lain-lain... Lepas tu, bila sentuh pasal politik, hmm kita jugalah yang paling over.. fanatik sangat dengan parti sampaikan ada yang solat jumaat asing-asing(merujuk kata-kata abang saudaraku semalam), surau & masjid pun kadang-kadang boleh pulak dilabel ni masjid parti.... ni masjid parti ..... Aiyooo...aiyoo aiyooo kezabooo.....Belum lagi sembang pasal bola, haa yang paling banyak mengila dalam stadium siapa? Yang dok kutuk-mengutuk berselisih pasal bola dalam surat khabar, siapa....??
Satu lagi yang buat aku benci & mengeluarkan kata-kata "hikmat"ku takkala menonton video pergaduhan ini adalah sikap segelintir pemuda-pemuda Melayu yang kononnya nak tunjuk samseng.. nak balun orang..pasal politik kome nak balun orang sampai pecah muka..oooo hebatla tu??? Nak tulis kat FB " Hari ini aku berjaya memecahkan muka seorang penyokong ......... " atau " Wow, hari ni aku banggalah sebab dah berjaya berjuang untuk parti dengan melancarkan serangan terhadap.... " camtu ka??? Ikotkan hati, kalau aku berani, sekali lagi, kalau aku berani.. haaaa dah aku tala jer sekor-sekor yang berlagak "samseng catshit" semalam. Cer kome fikirkan, apa yang kome dapat bila bergaduh semalam?? Pecahkan muka lawan, terjerit terlolong macam sakai, atau menyusahkan orang?? Adakah ini di kira satu perjuangan?? Kalau ya waw..hebat betul sebab lain benor dengan cara dulu yang lebih suci dari sekarang ni. Aku pantang betul bila budak-budak Melayu yang bajet hebat, samseng konon, mat rempit murahan..lagi-lagi tengok ada mat rempit dari taman mana tah dok enjoy buat taik kat taman aku. Ikutkan aku, kalau aku berani, sekali lagi, kalau aku berani nak ja aku tendang motor depa masa tengah laju-laju tu bior tersagat muka ke atas jalan tu.
Ehh ehh dah lari topik ni, panjang benor bersorehnye... yala fokus post aku ni pun pasal sikap segelintir pemuda Melayu yang semakin layu dengan moral negatifnya. Ada satu persoalan yang bermain difikiran aku : adakah geng motor semalam itu orang Pengkalan sendiri ataupun orang luar?? Sebab rasa akulah, kalau yang duduk dekat sini mau malam tadi jugak jiran panggil polis. Hidup pun susahkan orang buat apa. Hmmmm.... taktaulah... nasihat akulah kan, lain kali jangan gatai nak kacau hal orang kalau orang tak kacau hal kome ok. Lepas dah jadi kecoh pandai pulak putar cerita salahkan orang lain. Dan sebelum kita nak buat sesuatu yang boleh diklafikasikan sebagai " Bodoh, Bebal, BangaRAng, & lain-lain " pikio ler dulu betul-betul...Ok, boleh?? Boleh lerrr...(suara manja)...
Nak ajak orang sokong bukan macam ni la bro ya auw auw..banyak lagi kaedah yang in sha Allah selamat dan dapat menjaga reputasi kalian. Tak fikir ke kome buat macam ni, orang sekeliling tengok, ingat depa nak pangkah kome ka?? Aku senang jer, tu pasal aku malas nak labelkan aku sebagai penyokong siapa kecuali aku memang penyokong setia Linkin Park!! Heheh.. Harap-harapnya takdalah jadi lagi hal macam ni kat tempat kau ker mana-mana ja, sebab risau jugalah kan bila hal macam ni jadi kat tempat sendiri. Ingat ada yang memerhati, jangan kita sesama bangsa bergaduh bangsa lain tengok bertepuk tangan (satu lagi kata-kata abang saudaraku semalam). Sekian.
p.s : Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang meragukan aku; Siapa sebenarnya yang memulakan drama berdarah semalam?? Hm.....
Kalau macam ni kan bagus, biar lain parti tapi masih boleh bersatu, inilah baru perjuangan.