Thursday, 10 April 2014

NOTHING UNDERNEATH


Assalam Semua!!
Hari makin hari dah semakin kurang penulisan aku di blog tak seberapa aku nie. Dan sebab takda idea nak sembang apa aku ingat nak inform pasal satu band yang semakin mendapat tempat di jiwa kental metalheads Malaysia. Band yang aku nak sembang nie Nothing Underneath(NU), sebuah band death metal dari Manjoi Ipoh.

   Ditubuhkan pada tahun 2008, ahli terkini NU ialah Zukhry selaku tukang jerit, Ashraf si penghentam dram, Nizar si penekan keyboard dan synth, Akif Naim sang pemain bass serta Hanis dan Syazwan si pengoreng gitar. Depa dah banyak main gig di Ipoh dan serata Malaysia.

   Berjaya mengeluarkan EP yang dah sold out : Dismantling the Obscure Fraud depa jugak telah beraksi di pentas Rock The World 12-13. Suatu yang menarik pasal depa nie, aku pernah terbaca yang muzik depa nie mempunyai elemen arabik dari segi melodi keyboard dan riff gitarnya. Betul jugak sebab dalam lagu Crufixion of Truth pun ada jugaklah bunyi ala arabnye kalau dengor betul-betul.

   OK, pada sudut pandangan yang tak pro aku nielah, dari sudut vokalnya ada persamaan dengan vokal Dani Filth dari Cradle of Filth. Cuma sejujurnya aku lagi kagum dengan suara Zukh la sebab kenyaringannya dan bila growl pulak, smart giler salute!!



   Aku dah dua Kali tengok depa main gig, first masa OCK Kat Rain house dan yang terbaru Kat NOSE Fest. Showmanship depa memang bagus, interaksi dengan crowd ada dan yang paling aku suka sekali tengok keyboardistnya yang memang gilder lar : headbanging + moshing time perform. Mata aku selalu tertumpu kat dia sebab kagum giler. Hahah bassist pun sama dah cam Mick Slipknot her masa main bass.

   Aku memang respect gile dengan depa dan memang banggalah sebab Perak ada band semantap nie. Depa boleh pergi jauh macam MC16 cuma agak kurang pendedahan je kot. Khabar terbaru depa tengah siapkan single berjudul "Khifarah" dan mungkin juga album penuh. Aku harap betul jadilah sebab aku talk dapat ep depa nie. Harap kome akan terus maju. Fuck yeah Nothing Underneath !!




Monday, 10 March 2014

PROTOPUNK/ADAM KASTURI


Assalam Semua !!
Diatas merupakan bahan bukti yang mana menunjukkan aku sedang dalam pembacaan novel sajak keduaku yang berjudul ProtoPunk karya Adam Kasturi. Nie merupakan karya dia yang pertama tau selepas mula menulis pada tahun 2008.

   Hampir menuju ke pertengahan novel, aku dapati gaya penulisan dia memang bebas, kelam kabut, celaru  dan memeningkan dengan perkataan-perkataan yang aku sendiri tak pasti maksudnya. Senang cerita memang beza sangat dengan novel Puisi Tepi Jalan karya Fynn Jamal.

   Diterbitkan oleh Rabak-Lit, novel nie aku beli kat Khizanat masa hari depa buat #taklalu Garage Sale dengan harga yang berpatutan iaitu RM20. Aku sarankan kepada kome yang nak merasai kecelaruan yang aku rasai tika membaca novel nie. Sekian.



Wednesday, 15 January 2014

POPKONSPIRASY EP 2013

Assalam Semua !!
Pada pagi yang boleh kata cerah jugaklah nie aku terasa nak mengulas tentang EP yang masih baru jugaklah dalam koleksi aku. Dibeli di gig Youth of Today di dewan St. John melalui adik aku(aku tak dapat join sebab komitmen koje), EP tersebut adalah rilisan daripada band POPKONSPIRASY.

Suit Up. Pop Up. Lets Pop

   Terlebih dahulu aku nak memberikan sedikit pengenalan tentang band ini, telah ditubuhkan pada tahun 2005 oleh sang vokalisnya, Putu Ceri bersama-sama dua orang rakannya, Alep dan Aeh. Selepas Alep dan Aeh meninggalkan band ini pada awal 2011, kini Popkonspirasy telah dianggotai oleh Naim selaku bassist, Roland si gitar utama, Epul di posisi drum dan Daus di bahagian trumpet. Depa yang memperjuangkan genre muzik Alt. Pop Rock juga pernah menghasilkan sebuah mini album dan ep, tapi yang aku nak ulas nie ep 2013 punyalah.

   Ok, dari segi packaging nya pada aku biasa-biasa saja, cuma menarik jugaklah dari sudut designnya yang agak 'humor' dengan tarikh luputnya, maklumat pendengaranya, logo halal & kitar semula serta logo buatan Malaysia. Juga disertakan sekeping sticker kepada para pembeli yang original aje lah ek !! heeheh.. Empat buah lagu disertakan dalam EP nie iaitu Sedar Tak Sedar, Celaru, Duniaku dan Keliru. Pada aku masa mula-mula dengar dulu ambik masa jugaklah nak hadam lagu-lagu depa nie yang semuanya berbahasa Melayu(baguih nie) tapi lama-lama dapat jugaklah aku ikut bait-bait lirik yang dinyanyikan si Putu Ceri.


  Bagi orang yang kurang arif tentang hal muzik macam aku nie persembahan muzik depa nie boleh tahanlah, dan tak mustahil boleh naik mainstream kalau mendapat peluang dan saluran yang betul. Vokal walaupun takda nyanyi pitching yang tinggi-tinggi masih sedap didengar dan permainan dari ahli band yang lain pun tak boleh disangkal.  Semua lagu dalam EP nie jenis radio-friendly, easy listening, maka sesuai untuk semua kelompok umur ya.

   Maka aku syorkan kepada pengemar muzik indie tanah air, dapatkanlah EP nie dengan harga hanya RM10 je, tak mahal, tak rugi. Tak payah nak banggakan sangat band luar sebab sekarang banyak band tempatan yang setaraf antarabangsa. Sekian.

p.s : perancangan aku sekarang adalah untuk menghadiri gig Oh Chentaku di Rainhouse Sabtu depan, nak sambar ambul Young Heart !! Harap dapatlah datang.