Tuesday 4 June 2013

VERSUS MUSIM 2

Salam Semua!!
Kome ada tengok rancangan Versus kat tv9?? Ala rancangan yang takda awek sexy-sexy, takda drama swasta, yang ada band yang nak tunjukkan kekreatifan depa bermain muzik dan para penonton yang teruja tengok band depa minat main muzik.


   Masa awal rancangan nie aku kurang sikitla dengan band-band yang terpilih, tapi lepas tugasan pertama, perhatian aku mula tertumpu kepada band Kyoto Protocol. Band nie 1st aku tengok depa perform kat Shout Award dengan lagu Gimme Nothing, dimana pada masa tu aku punya kutuklah apalah depa nie nyanyi hahah(sebenarnya tumpuan aku dah lari ke Massacre Conspiracy)

   Langkah depa untuk menyertai Versus nampaknya memberi tuah kepada depa sebab sejak depa masuk aku rasa masyarakat baru betul-betul nampak bakat bermain muzik yang ada dalam jiwa depa nie(termasuk akulah sekali). Berbanding band lain, aku nampak band Kyoto yang paling berani membawa kelainan dalam muzik seperti yang sering disarankan oleh saudara Loque. Yang aku ade tengok masa depa bawak lagu Lefthanded, yang berkolaborasi dengan Gerhana Ska Cinta dan Noh Hujan, lagi...masa final..dan...dah lupa pulok..heeee

   Bercerita tentang malam konfrontasi terakhir, kebanyakan band telah memberikan yang terbaik dan cuba membawa kelainan. Tetapi ada juga yang mengambil langkah selamat bak kata para juri iaitu band Manifesto. Aku pun setuju dengan komen juri sebab pada malam tu aku tak dapat rasa soul atau semangat Manifesto yang ada masa peringkat sebelum ni lebih-lebih lagi pada lagu terbaru mereka yang juga berjudul "Manifesto".


   Kristal cuba membawa sisi ganas mereka dengan memasukkan sedikit perasa metal dan dari sudut penulisan lirik juga agak memberangsangkan. Namun idea mereka pada malam itu kurang menarik perhatian juri walaupun peminat mereka layan sama itu lagu tajuk "Persoalan".


   Oh ChentaKu pula pada malam itu mempunyai idea yang lebih kurang sama dengan Manifesto iaitu membawa elemen rap, namum masih ada kelainan kerana gaya rap Altimet malam tu seakan-akan bersajak. Menarik dan penuh elemen tempatan dengan memasukkan rangkap "jong-jong inai tersepak tunggul inai berdarah ibu kaki". Akhir sekali lagu yang paling aku suka malam tu, "Jelita" nyanyian band Kyoto Protocol bersama Liyana Fizi. Walaupun muzik depa simple, slow and steady ja, tapi keperincian muzik depa yang bagi muzik depa maju selangkah dihadapan lagu band-band lain.


   Ehh..kejap, macam ada yang kureng disini...Hmmm Aaa..terlupa pulak Estranged, yang menyampaikan lagu "Chill,Brader" yang ada disuntik elemen tradisional apa gitarnya(betul kan??) walaupun lirik tak berapa jelas. Yang aku dengar pun "semua telah terjadi,apa telah terjadi"..begitulah flashback saya. Menghampiri penghujung rancangan, Kyoto Protocol dan Manifesto telah terpilih untuk battle hasil undian para peminat. Tema battle malam tu ialah XPDC. Aku taknak komen lebih sebab masa ini kefokusan aku dah berkurang sebab asyik teringat lagu "Jelita" dengan "Tiada Lagi Kidungmu/Rindu".


   Akhirnya Manifesto dinobatkan sebagai juara. Pada aku depa memang layak menang, cuma yang agak ralat malam tu depa tidak berjaya memberi sesuatu yang berbeza dan akan membuatkan kita...Wooww!! ....depa main selamat sangat, macam apa yang dikatakan beberapa kali oleh juri. Kyoto pula dari segi muzikal depa dah mantap cuma vokal Fuad jer yang kena dimantapkan(merujuk kata-kata Hattan selaku juri jemputan, aku suka dia komen berbanding masa Ramli MS aritu).

   Semua lagu-lagu yang di"rosak"kan oleh band-band ini bagus-bagus belaka sebenarnya. Rasanya tv9 patut keluarkan satu album khas dimana semua lagu yang diperdendangkan di pentas Versus dirakam dalam versi studio. Aku pasti ramai peminat diluar sana yang mahukan lagu-lagu ini dalam versi yang lebih jelas.




2 comments:

  1. kak lea follow versus dari season pertama.cuma final versus 2 kak lea keluar pulak he3..tunggu ulangan kat tv3 ahad ni...suka kyoto jugak tapi manifesto layak jadi juara :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh tgk juga musim 1 dulu..ahad nie ulangan episod 2 sebab tv3 pecahkn final 2 jadi 2 episod =D yup manifesto vokal trbaik, kyoto muzik terbaik !!

      Delete