Salam Semua!!
Sekarang nie banyakkan keluar yang cambest(dari luar cun isi taktau lagi). Sebelum nie memang aku ade rancang nak pergi tengok filem Fast & Furious 6 namum disebabkan kepadatan jadual terpaksa ditangguhkan dulu. Tak lama lepas tu keluar pulak filem KIL, kisah tentang orang nak bunuh diri. Aku memang sukalah filem yang ada elemen logikal dan berkaitan dengan kehidupan seharian. Tetapi kesialan terasa sebab wayang TGV station18 takda tayang filem Melayu, yang ada pun trailer jer.. Hait tuii...
Kelmarin member aku ajak pergi tengok wayang, filem animasi Blue Sky Studio, Epic. Teringin sangat member aku nie nak tengok jadi aku pun takpala, temankan jugaklah, boleh terus tengok buku sekali. Jadi pada hari yang dijanjikan(semalam) kami datang seawal 10.40 pagi lebih kurang macam tu lah sebab nak dapat tiket murah RM7(harga biasa RM14). Masa sampai tu, tengok 1 kuanter ja yang buka, iaitu kuanter pembelian melalui kad kredit. Masa tu dah nak dekat pukul 11, filem itu pun mula pukul 11 barisan panjang lagi jugakla tambahan masa satu-satu pelanggan nak beli pun dah ambik masa lama. Aku dah nak hilang sabar sebab tengok kuanter kat sebelah baru buka & orang yang beratur belakang aku dapat beli tiket dulu..Terbakorr derr...last-last dapat juga & masa masuk panggung pun tengah trailer lagi..Aku dengan member aku duduk dikelilingi kanak-kanak berbangsa Cina. Satu pantang aku kalau tengok wayang tak suka kalau ada orang duduk dekat-dekat aku sebab ada yang bising-bising tapi nasib baik budak sebelah aku semalam senyap je,enjoy tengok filem Epic nie.
Sejujurnya apabila melihatkan poster filem nie takda apa yang menarik perhatian aku. Ditambahkan pula rating yang diberikan laman web Rotten Tomatoes selaku pusat rujukan aku yang memberikan 61% untuk filem ini. Aku juga ada terbaca di blog-blog peribadi yang mendakwa filem ini ada persamaan dengan filem Spiderwick Chronicles. Tapi dah orang nak belanjakan, lagipun kesian pada member aku tu, karang kempunan pulak. Huhuii...
Okay, mari kita selami pandangan aku terhadap filem bernama Epic nie, adakah benar-benar epik atau ?? Filem ini berkisarkan tentang MK(Mary Katherine) yang datang ke rumah bapanya seorang saintis yang agak psiko atau obses tentang dunia misteri yang ada dalam hutan sekeliling rumahnya, Prof Bomba. MK datang untuk membaiki hubungan dengan bapanya dan mahu bapanya melupakan kerja-kerja yang tidak bermanfaat bagi MK pada permulaannya. Suatu hari dia telah terjumpa dengan Queen Tara yang hampir nazak ketika itu(Sebelum itu Queen Tara tengah pilih penganti dia, lepas tu kena serang dengan kaum Boggans). Maka si Queen nie amanahkanlah pada si MK untuk hantar penganti dia tu ke Nim Galuu. Sudah-sudah..kalau kome nak tau citer dia tengoklah sendiri atau rujuk wikipedia ok. Malas aku nak citer panjang kat sini.
Melihatkan pada jalan cerita(elemen yang paling aku utamakan) bagi akulah, biasa-biasa saja. Dah boleh jangka penamatnya, orang baik menang: happy ending. Tapi takdalah membosankan sangat sebab ada sedikit elemen komedi dan emosi terutama masa time Queen Tara mangkat. Beralih kepada muzik latar, juga biasa-biasa sahaja. Ada masa boleh menaikkan emosi & ada masanya hanya penambah perisa yang tidak berapa terasa. Mungkin jika mereka memberikan bunyian okestra yang lebih mantap seperti dalam filem Batman ataupun Tarzan boleh jadi penonton yang sensitif macam aku nie dapat lebih menghayati setiap babak. yang dipaparkan.
Kemudian kita pergi kepada elemen penting yang melariskan filem ini iaitu animasi CGI 3Dnya. Telah kita ketahui Blue Sky Studios banyak mengeluarkan filem animasi dan yang paling popular iaitu Ice Age, maka menghasilkan animasi Epic mungkin tidak menjadi kesukaran bagi mereka. Animasi mereka sangat bagus, cantik dan nampak sangat real. Hingga butiran kekotoran di badan teksi dan helaian rambut dibuat dengan begitu teliti sekali. Berkaitan lokasi hutannya, pada akulahkan, ada babak dalam hutan tu macam ada pokok getah. Serius cakap bila aku tengok babak tu aku teringat pokok getah masa ondaway nak balik kampung..Cun sangat-sangat. Pergerakan pokok akibat angin juga dibuat dengan baik menunjukkan mereka ada membuat kajian sebelum menyiapkan animasi ini.
Apa yang aku perasan watak-watak makhluk khayalan dalam Epic ada persamaan dengan watak dalam filem Spiderwick Chronicles(watak bunga & tumbuhan yang hidup & watak raksasa jahat). Begitu juga dalam satu babak dimana terletaknya markas geng Boggans, 90% hampir serupa dengan babak stone giant & markas Goblin dalam filem The Hobbit. Filem ini juga membarisi beberapa superstar dalam bidang nyanyian seperti Pitbull, Beyonce & Steven Tyler(mereka bijak mengeksplotasi Steven dimana pada babaknya diselitkan adengan nyanyian).
Ini sahaja yang bermain dalam fikiran aku yang mampu aku sampaikan tentang filem Epic ini. Berbaloi jugalah RM7 itu. Walau tidak membuatkan aku benar-benar terpegun tetapi masih boleh dilayan & aku pun menguap 2 kali je. Hilang fokus pun kejap bila dapat mesej cakap......... =P
bagi aku, filem animasi ni mmg sentiasa produce yang terbaik.. jadi x rasa mnyesal utk tgok kt wayang... tapi x pernah tgok kt wyg pon...ahahaha
ReplyDeletebetul juga tapi kadang2 depa fokus pada grafik sampai abaikan jalan cerita yang mantap =D tanks join blog sini
Delete