Sudah sekian lama saya tidak menulis,banyak perkara yang mahu saya kongsikan bersama kalian tetapi disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dihalang menyebabkan niat saya itu masih terbantut.Kini kita telah berada di dalam bulan yang mulia,iaitu Ramadan.
Tetapi hari ini saya tidak mahu bercerita tentang bulan mulia ini,tetapi mahu berkongsi sedikit kenangan bersama sepupu setiap kali pulang ke kampung pada Aidilfitri.Kami yang boleh diklafikasikan sebagai kanak-kanak,mempunyai aktiviti wajib setiap kali berkumpul di rumah opah di Beruas.Aktiviti tersebut adalah bermain mercun dan meriam.
Saya mula mengenali dan terlibat secara langsung dalam aktiviti haram ini melalui abang saudara saya,Hazreen.Semasa di Taman Bunga Raya di K.Kangsar,dia bermain meriam bersama rakan-rakan sekepalanya di tempat yang kurang bersesuaian,di sebelah rumah jiran mengadap jalan keretapi.Saya masih ingat lagi kami bertempiaran lagi apabila dihambat oleh jiran yang berang dengan kebisingan meriam dan juga mengusung besi bendera bersama dia untuk dijadikan medium kebisingan kami.
Beberapa hari sebelum raya haji tahun saya tak ingat,saya dan dia tinggal dirumah opah di Beruas.Masa yang terluang itu kami gunakan untuk menaiktarafkan meriam kami dengan mengecatnya dengan warna hitam kuning.Kami turut menamakan meriam tersebut 'Meriam Bedah',sempena nama opah kami.
Boleh dikatakan hampir setiap tahun kami melakukan aktiviti tak bertauliah ini.Hinggakan ada juga hingga bergaduh dengan jiran sekampung.Tetapi semakin usia meningkat,aktiviti ini hanya tinggal memori.Besi meriam kami masih lagi tersimpan rapi di beranda rumah opah.Besi yang sepatutnya panas kini hanya sejuk.Alangkah indahnya jika saya dapat kembali ke masa itu dan menghayatinya semula...Dan adakah Meriam Bedah akan panas semula tahun ini??
Di atas adalah satu daripada tiga bukti yang Meriam Bedah memang wujud.Harap maaf diatas kualiti video yang teruk tahap maksimas.Untuk permulaan tontonlah klip pendek ini,dan selebihnya akan disiarkan pada post yang akan datang.Hehehe.Sekian.
p.s:Segala aktiviti diatas adalah merbahaya dan salah disisi undang-undang.Post ini bukanlah galakan untuk kalian menceburkan diri dalam aktiviti ini.Dan kami yang terlibat sangat bersyukur sepanjang kami main tidak pernah lagi ada yang menjadi korban.=D
No comments:
Post a Comment