Saturday, 25 August 2012

BERAYA DI RUMAH SAYA


Hype dan salam lebaran kepada semua..
Saya jangkakan lebaran tahun ini akan suram di kampung saya,tetapi keadaan tidaklah seteruk yang saya jangkakan.Rupa-rupanya ada hikmah mengapa terjadi begini.Ketidakpulangan orang yang selalu ada membawa kepada kepulangan orang yang jarang ada pada hari yang bermakna ini.Dan kepulangan mereka ini juga membawa kegembiraan kepada hati kecil si tua yang terasa dengan tingkah laku anak-anaknya yang lain.

   Lebaran kali ini saya mempunyai tugas yang berganda berbanding tahun lepas kerana tahun ini saya perlu melayan tetamu yang datang dari sekolah lama dan sekolah baharu saya.Walaupun mungkin agak kelam kabut,tetapi saya tetap gembira melihat rakan-rakan yang berjaya hadir ke rumah saya.Saya faham ada segelintir yang tidak dapat hadir kerana hal peribadi yang tidak dapat dielakkan.

   Cuaca pada hari itu agak mendung dan seperti dijangka hujan turun lebat seketika.Kasihan terhadap seorang kawan saya yang basah lencun pada hari itu.Kunjungan bermula dari kawan-kawan dari sekolah lama,kebanyakan dari kelas saya juga.Kemudian menyusul kawan-kawan dari sekolah baharu.

   Saya tidak berapa pandai untuk melayan tetamu,tetapi saya berharap tetamu yang datang pada tempoh hari mendapat layanan yang baik dari pihak tuan rumah.Melihat wajah-wajah mereka yang dapat tersenyum dan gembira cukup membuatkan saya berpuas hati.Saya berharap tidak berlaku apa-apa ketidakpuasan terhadap diri saya yang tidak sempurna ini.Semoga kita berjumpa lagi.Sekian.








p.s:Terima Kasih Kepada Yang Sudi Datang.Kepada Sesiapa Yang Gambar Mereka Tiada Disini Diharap Maafkan Saya.Sekian. =D

Saturday, 18 August 2012

MERIAM BEDAH PART TWO


Hype semua dan salam lebaran...
Kini kita telah pun meninggalkan bulan Ramadan dan mula meniti ke bulan Syawal.Walaubagaimanapun, lebaran kali ini bagai tiada makna bagi saya.Lebih-lebih lagi melihat kepada situasi yang dialami oleh opah saya ini.Namun disini saya mahu berkongsi memori terakhir yang sempat dirakam.Harap kalian terhibur menontonnya.Sekian.
Tetapi disini

Wednesday, 8 August 2012

MERIAM BEDAH PART ONE



Hmm...
Sedar tak sedar kini kita sudah berada di penghujung Ramadan.Terasa seperti baru semalam bermulanya puasa...Dan seperti yang dijanjikan,bahagian pertama Meriam Bedah untuk tatapan kalian.Harap terhibur & maaf kerana kualiti video yang teruk tahap gaban.Sekian.

Saturday, 4 August 2012

MERIAM BEDAH

Hype semua dan salam Ramadan!!
Sudah sekian lama saya tidak menulis,banyak perkara yang mahu saya kongsikan bersama kalian tetapi disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dihalang menyebabkan niat saya itu masih terbantut.Kini kita telah berada di dalam bulan yang mulia,iaitu Ramadan.

   Tetapi hari ini saya tidak mahu bercerita tentang bulan mulia ini,tetapi mahu berkongsi sedikit kenangan bersama sepupu setiap kali pulang ke kampung pada Aidilfitri.Kami yang boleh diklafikasikan sebagai kanak-kanak,mempunyai aktiviti wajib setiap kali berkumpul di rumah opah di Beruas.Aktiviti tersebut adalah bermain mercun dan meriam.

   Saya mula mengenali dan terlibat secara langsung dalam aktiviti haram ini melalui abang saudara saya,Hazreen.Semasa di Taman Bunga Raya di K.Kangsar,dia bermain meriam bersama rakan-rakan sekepalanya di tempat yang kurang bersesuaian,di sebelah rumah jiran mengadap jalan keretapi.Saya masih ingat lagi kami bertempiaran lagi apabila dihambat oleh jiran yang berang dengan kebisingan meriam dan juga mengusung besi bendera bersama dia untuk dijadikan medium kebisingan kami.

   Beberapa hari sebelum raya haji tahun saya tak ingat,saya dan dia tinggal dirumah opah di Beruas.Masa yang terluang itu kami gunakan untuk menaiktarafkan meriam kami dengan  mengecatnya dengan warna hitam kuning.Kami turut menamakan meriam tersebut 'Meriam Bedah',sempena nama opah kami.

  Boleh dikatakan hampir setiap tahun kami melakukan aktiviti tak bertauliah ini.Hinggakan ada juga hingga bergaduh dengan jiran sekampung.Tetapi semakin usia meningkat,aktiviti ini hanya tinggal memori.Besi meriam kami masih lagi tersimpan rapi di beranda rumah opah.Besi yang sepatutnya panas kini hanya sejuk.Alangkah indahnya jika saya dapat kembali ke masa itu dan menghayatinya semula...Dan adakah Meriam Bedah akan panas semula tahun ini??


Di atas adalah satu daripada tiga bukti yang Meriam Bedah memang wujud.Harap maaf diatas kualiti video yang teruk tahap maksimas.Untuk permulaan tontonlah klip pendek ini,dan selebihnya akan disiarkan pada post yang akan datang.Hehehe.Sekian.

p.s:Segala aktiviti diatas adalah merbahaya dan salah disisi undang-undang.Post ini bukanlah galakan untuk kalian menceburkan diri dalam aktiviti ini.Dan kami yang terlibat sangat bersyukur sepanjang kami main tidak pernah lagi ada yang menjadi korban.=D