Tuesday, 5 June 2012

SESAT

   Hmm..sejak kebelakangan ini saya merasa sangat 'sesat'.Sesat yang bagaimana??Sesat untuk meneruskan hidup saya.Kadang-kala saya merasa hidup di dalam kekosongan.Nak kata sebatang kara,tak juga.Cuma mungkin simptom ini berlaku disebabkan demam masuk ke U agaknya.

   Tetapi jangan tersalah anggap kerana saya tidak berjaya mendapat tempat dimana-mana U setakat ini.Cuma tawaran yang saya perolehi hanyalah di tempat-tempat yang sedikit 'rendah' darjatnya berbanding U.Namun begitu saya tidaklah berlagak 'diva' dengan menganggap bahawa tempat-tempat ini tidak layak untuk saya.Rasanya saya yang tidak layak untuk mereka.

   Cuma mungkin ada rasa terkilan sedikit apabila gagal mendapat tempat dalam jurusan yang kita minati dan harapkan.Dan inilah yang selalu bermain difikiran saya dimana jika dahulu saya mungkin boleh melihat apa yang saya mahu dan insya Allah akan jadi,tetapi kini semuanya hilang.Saya seperti seorang pengembara yang sesat yang mencari-cari dimana hala tujunya.

   Buat masa sekarang,saya hanya berserah kepada yang maha Esa untuk menentukan rezeki saya.Tetapi pada saya,tidak kisahlah dimana kita belajar,walaupun tempat itu sering dikatakan pilihan terakhir atau tempat budak-budak kelas bawahan,itu semua tiada makna.Kerana diri kita yang menentukan siapa kita nanti bukan??Jika belajar hingga ke luar negara sekalipun,jika kita tidak serius dan banyak main,gagal juga bukan??Cuma yang bezanya gagal disana kosnya lebih mahal..Sekian.=D

No comments:

Post a Comment