Thursday, 28 June 2012

MY LIVING THINGS REVIEW


Hype semua!!
Tanggal 26 haribulan telah pun berlalu.Ini menandakan bahawa album Linkin Park,Living Things telah selamat berada di kedai-kedai muzik mungkin di seluruh dunia,termasuk Malaysia.Saya yang pada semalamnya begitu teruja menunggu tibanya hari ke 26 bulan jun.Pulangnya dari sekolah,selepas mandi dan solat,terus ke Jusco Ipoh untuk mencari album baharu tersebut.Dan syukur,akhirnya album tersebut berada di tangan saya.Tanpa berlengah lagi,saya terus pulang ke rumah.

   Sampainya di rumah,radio dibuka dan cd terus dimainkan.Oh..sebelum itu,pada mulanya saya agak pelik juga melihat cover album ini kerana jika mengikut gambar yang ada di internet,bahagian dalaman figura yang ada pada cover itu terang sedikit merahnya.Tetapi pada covernya nampak lebih suram dan pudar..hmm.Tak mengapa,kita sambung terus tentang lagu-lagu yang terkandung owhk.

   Bermula dengan Lost In The Echos,track ini menampilkan bunyian elektronik dengan sedikit dubstep.Rap bertenaga Mike bergabung dengan vokal Chester dan pada hujung track ini,kita dapat mendengar teriakkan Chester yang pada maklum,ganas..Kemudian diikuti In My Remains,dengan beat intro yang memikat telinga saya.Kemudiannya,single pertama mereka Burn It Down menjadi lagu ketiga dan Lies Greed Misery.(Tak perlu saya jelaskan tentang 2 track ini kerana telah dijelaskan pada post sebelum ini)

   Setelah berdansa dan headbanging ringan dengan 2 lagu tersebut,mood album ini menjadi tenang dengan I'll Be Gone.LP pernah menguar-uarkan tentang kehadiran bunyi string dalam lagu ini.Dan saya fikir mungkin akan jadi seperti Breaking The Habit,tetapi bunyi alat tersebut hanya bunyi sedikit sahaja.Saya pun berfikir mungkin telinga saya bermasalah,tetapi tidak.Walauapa pun,track ini tetap menarik dan mudah dihadam. Seterusnya,lagu paling menarik dalam album ini bagi saya,Castle Of Glass.Sebuah lagu dengan rentak folk,LP berjaya mereka lagu yang bukan dari muzik mereka dengan baik.Lagu ini sesuai jika diguna untuk filem pengembaraan jalanan seperti filem In The Wild.

   Masuk separuh album,muzik menjadi ganas dengan Victimized.Agak pelik pada pertama kali mendengarnya,ini kerana pada permulaan lagu ini ada nyanyian Mike,dan tiba-tiba pada bahagian keduanya ada rap pula.Lagipun bahagian korusnya seperti tidak kena.Dan yang mendukacitakan lagi apabila track ini hanya seminit lebih sahaja!!Seperti dalam Minutes To Midnight,selepas track No More Sorrow track perlahan Valentine's Day,begitu juga selepas Victimized track menjadi suram dengan Roads Untraveled.
Track ini boleh jadi begitu emosional bagi sesetengah orang,dengar vokal Chester yang boleh tahan.

   Track kesembilan,Skin To Bone adalah track yang agak janggal untuk LP bagi saya.Tetapi Mike memberi vokal yang berlainan dalam Skin To Bone.Until It Break boleh mempunyai struktur seakan When They Come For Me dimana rapping Mike yang ketara.Dan yang menariknya,vokal Brad dapat didengar dipenghujung track ini.Menghampiri penghujung album,Tinfoil,track instrumental sebenarnya adalah into kepada Powerless.Mungkin jika dipanjangkan sedikit soul dalam track ini dapat dirasai.Track Powerless menjadi penutup Living Things.Menyentuh sedikit tentang penulisan lirik,kita sedia maklum LP memang dari dulu mempunyai lirik-lirik yang tersirat maksudnya.Dan di album ini,liriknya ringkas tetapi penuh makna.Seperti 2 album pertama,album ini juga tidak terselit perkataan-perkataan lucah seperti F atau MF words.

   Keseluruhan album ini,jika dinilai masih boleh diterima terutama bagi orang yang muka berjinak dengan LP.Dan bagi peminat tegar LP,akan merasa tertipu dengan kenyataan di stiker hadapan yang mendakwa LP kembali kepada muzik asalnya.Tetapi LP bukan kembali kepada muzik asal tetapi mengolah muzik lama itu untuk masa kini.Keseluruhannya,kesemua lagu,terutama pada bahagian korus adalah menarik dan mudah diterima.Namun pada segi seni album dalamnya,agak kurang berbanding A Thousand Suns.Konsep dah menarik cuma kurang ditonjolkan sahaja.Dan juga pakej yang ditawarkan kali ini tidak seperti ATS yang menampilkan dvd,Living Things hanya membekalkan tali untuk handfon sahaja.Kepada peminat dan yang baru mahu menjadi peminat,anda boleh mendapatkan album ini sekarang.Sekian.Dan semoga terhibur.

Tuesday, 5 June 2012

SESAT

   Hmm..sejak kebelakangan ini saya merasa sangat 'sesat'.Sesat yang bagaimana??Sesat untuk meneruskan hidup saya.Kadang-kala saya merasa hidup di dalam kekosongan.Nak kata sebatang kara,tak juga.Cuma mungkin simptom ini berlaku disebabkan demam masuk ke U agaknya.

   Tetapi jangan tersalah anggap kerana saya tidak berjaya mendapat tempat dimana-mana U setakat ini.Cuma tawaran yang saya perolehi hanyalah di tempat-tempat yang sedikit 'rendah' darjatnya berbanding U.Namun begitu saya tidaklah berlagak 'diva' dengan menganggap bahawa tempat-tempat ini tidak layak untuk saya.Rasanya saya yang tidak layak untuk mereka.

   Cuma mungkin ada rasa terkilan sedikit apabila gagal mendapat tempat dalam jurusan yang kita minati dan harapkan.Dan inilah yang selalu bermain difikiran saya dimana jika dahulu saya mungkin boleh melihat apa yang saya mahu dan insya Allah akan jadi,tetapi kini semuanya hilang.Saya seperti seorang pengembara yang sesat yang mencari-cari dimana hala tujunya.

   Buat masa sekarang,saya hanya berserah kepada yang maha Esa untuk menentukan rezeki saya.Tetapi pada saya,tidak kisahlah dimana kita belajar,walaupun tempat itu sering dikatakan pilihan terakhir atau tempat budak-budak kelas bawahan,itu semua tiada makna.Kerana diri kita yang menentukan siapa kita nanti bukan??Jika belajar hingga ke luar negara sekalipun,jika kita tidak serius dan banyak main,gagal juga bukan??Cuma yang bezanya gagal disana kosnya lebih mahal..Sekian.=D

Sunday, 3 June 2012

AYAT LAMA

" Walau apa pun perasaan aku,gembira,sedih,marah...yang penting aku akan terus bernafas!! "