Wednesday, 4 December 2013

DUA DUNIA

di dunia sana
ku lihat darah di dinding kota
bangunan rebah
mayat gelempangan
atas jalan raya

rakyat bersuara
tuntut keadilan
tuntut keamanan

di dunia sini
dinding di cat berwarna-warni
bangunan menongkah langit
manusia berkeliaran

namun wujud parasit bermuka dua
yang menyebarkan virus
menyemai benih kebencian
mengugat perpaduan
menjentik sensitiviti

perlukah ?
perlukah ?
dimusnahkan segala...

MUNAFIKKAH AKU ?

munafikkah aku ?
selindungi wajah haiwan
dengan topeng manusia

ikutan di depan
syaitan di belakang

munafikkah aku ?
senyum konon sedekah
hati dalam sumpah seranah
solat konon ibadah
hati fikiran terbang kemana

munafikkah aku ?
mungkin.

ITU MELAYU

itu Melayu
itu bangsaku...

cabut nyawa
lagak Tuhan
itu Melayu

jolok-jolok
lubang saudara
itu Melayu

abang kawasan
tunjuk pailang
itu Melayu

main-main
polis sentri
itu Melayu

jual beli
bawah meja
itu Melayu

gedik-gedik
masuk YouTube
itu Melayu

jaja maruah
belakang lorong
itu Melayu

ikut-ikut
Tuhan palsu
itu Melayu

dengki-dengki
darah sendiri
itu Melayu

itu Melayu
itu bangsaku
itu Melayu
itu hantu
itu Melayu
itu aku.