Saturday, 27 October 2012

BUKAN UNTUK DIKORBAN!!

Hype semua!!
Hari Raya Qurban tempoh hari saya sekeluarga telah pulang ke kampung seperti kebiasaan.Dan seperti yang dijangka hanya kami dan keluarga Mak Long sahaja yang pulang,itupun Mak Long hanya balik hari.Dan kali ini agak mendukacita sedikit apabila rumah opah tidak dikunjungi para jemaah surau seperti kebiasaan di pagi Raya.Kesannya banyak makanan tidak terusik.Sudah tiada rezeki bagaimana hendak dibuatnya bukan?

   Walaupun Hari Raya yang jatuh pada hari jumaat tetapi kewajipan sebagai lelaki Islam masih perlu dipenuhi.Selepas solat jumaat,saya berserta ayah dan adik-adik telah pergi melawat lembu-lembu kepunyaan ayah saya.Sebenarnya ayah saya telah mempawahkan lembu-lembu ini kepada seorang yang agak rapat juga dengan keluarga ayah,terutama opah.Dialah yang sering menjaga opah ketika kami berada jauh dari opah.Dia Pak cik Azhar yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga lembu-lembu dan juga kambing yang bilangannya terpaksa dirahsiakan untuk tujuan keselamatan.Walau bagaimanapun pada hari tersebut,kambing-kambing telah telah dihantar menumpang di sebuah lokasi rahsia sementara menanti kandang idaman mereka disiapkan.














Kerek tak muka lembu ini??=P

Sunday, 14 October 2012

CASTLE OF GLASS


   Akhirnya selepas single Lost In The Echo,mereka merilis pula single baharu Castle Of Glass yang dipetik dari album Living Things.Video klip ini juga turut menyelitkan beberapa adengan dari permainan video terbaru Medal Of Honor kerana lagu ini adalah lagu rasmi permainan video tersebut.Lain dari Lost In The Echo,kali ini wajah ahli Linkin Park muncul dalam video ini dan hasilnya agak menarik hati juga.

Monday, 1 October 2012

PERJUANGAN BELUM BERAKHIR


Hype semua!!
Sudah sekian lama rasanya tidak saya mengemaskini blog cabuk saya ini.Bukan tiada topik,tetapi rasa malas yang membara menyebabkan segala perancangan terbantut.Dan pada hari ini saya nekad untuk menulis tentang sesuatu yang pertama kali saya lakukan sepanjang 17 tahun saya bernyawa.

   Pada 2 bulan yang lepas kita sedia maklum bahawa negara kita telah menyambut hari kemmerdekaannya. Dan seperti biasa setiap sekolah pasti akan menyambutnya bagi peringkat sekolah.Beberapa minggu sebelum hari yang dinanti-nanti,beberapa guru praktikal telah datang ke kelas saya dan mengambil nama sesiapa yang mahu turut serta dalam persembahan lakonan.Pada mulanya saya tidak berminat untuk turut serta kerana saya mempunyai masalah "stage fright".Namun setelah didorong atau dalam bahasa bangga dirinya dipuji oleh salah seorang guru,barulah saya menyain kontrak untuk bersama-sama menjayakan persembahan ini.

   Pada perjumpaan pertama,jalan cerita diberitahu kepada semua yang terlibat dan berdasarkan satu video persembahan dari sekolah lain yang dijadikan rujukan,kami diberi 2 kata putus;sama ada mahu mengikuti 100% jalan cerita daripada video tersebut atau mengolah jalan ceritanya agar lebih segar.Dan sepakat kami memilih idea yang kedua.Kemudian bermulalah tugas saya selaku p.a kepada ketua pasukan kami,dimana kami dan dibantu dengan beberapa buah fikiran pelajar lain maka siaplah skrip yang agak berbeza dari jalan cerita video tersebut.


   Selepas pemilihan watak dibuat,bermulalah latihan.Bagi saya dan ketua yang pertama kali menjadi pengarah,agak sukar juga untuk kami menyesuaikan diri dengan tugasan-tugasan yang jelas sekali,amat memberi tekanan.Walau bagaimanapun,syukur kerana kami dibantu oleh semua yang terlibat dalam persembahan ini.Yang mana kurang sama-sama kami tambahkan.Beban tugas yang berat menjadi ringan kerana semua peserta yang terlibat memberi kerjasama yang baik lebih-lebih lagi dipenghujung tarikh persembahan.

   Dan pada hari yang ditunggu-tunggu,semua menanti penuh debaran.Ada yang gemuruh dan tidak kurang juga yang teruja untuk mempamerkan bakat yang tersemat didada.Tetapi amat mendukacitakan kerana berlaku kesilapan teknikal dimana muzik yang sepatutnya melatari persembahan ini tidak dapat dipasang kerana masalah dengan sistem audio.Menambah lagi kekecewaan para peserta,apabila pengetua dan tetamu terhormat pergi sebelum sempat kami bermula.Tetapi perkara itu tidak pun meluntur semangat kami untuk memberi yang terbaik kepada semua yang hadir pada hari itu.Syukur segalanya berjalan dengan lancar dan semua dapat memberi 100% dalam menjayakan watak masing-masing.Akhirnya tepukan diberi kepada kami dan puas hati kami kerana berjaya mengukir senyuman di wajah mereka yang menonton persembahan kami tempoh hari.

   Gembira hati kecil kami apabila dipuji oleh Cikgu Mallika.Terima kasih juga kepadanya kerana kritikannya banyak membantu kami memperbaiki persembahan kami.Tidak lupa juga barisan-barisan guru praktikal terutamanya Cikgu Yashini yang sering berada dibelakang membantu kami.Saya disini secara peribadi ingin mengucapkan beribu-ribu terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan persembahan ini secara langsung atau tidak.Terutama kepada barisan pelakonnya yang berjaya memberi 100% komitmen mereka.Maaf juga kepada sesiapa yang ada terguris hati terutamanya ketua yang banyak saya sakitkan hatinya.


   Banyak perkara positif yang dapat saya pelajari sepanjang mengendali persembahan ini bersama mereka seperti semangat kerjasama,dimana kami salin membantu antara sama lain untuk membaiki kelemahan masing-masing.Nilai kesabaran saya juga teruji apabila melayan pelbagai karenah mereka,tetapi bagai terkena terapi apabila melihat mereka tersenyum hati saya berasa lega.Kritikan Cikgu Mallika juga mengajar kami untuk menjadi seorang yang teliti dan tidak melakukan kerja sambil lewa atau sekadar melepaskan batuk di tangga.Akhir sekali melalui aktiviti ini kami mendapat kawan baharu,mereka yang sebelum ini saya tidak kenal dan mungkin tidak akan saya tegur kini menjadi kawan-kawan saya walaupun bukan kawan rapat.Sesuatu yang baik bukan,dari tiada apa.ini.Sekian.=D