Friday, 1 July 2011

SMK PENGKALAN : HARI KOPERASI YANG TERAKHIR....

       Semalam,30 hari bulan 6 telah berlangsungnya hari koperasi di sekolah aku tak lain & tak bukan SMK Pengkalan ler...Jadi, sebagai "golongan tua" di sekolah ini ramai lah juga kawan-kawan yang diseru untuk membantu cikgu di gerai kecuali aku..Sedihnya..,tapi Aku tak kisah sangat sebab khidmat aku & Azrul ada juga diguna pakai oleh segelintir cikgu yang dahagakan pertolongan....Okey,berenti ceter pasal aku..kita ceter pasal hari koperasi...

   
        Program semalam dimulakan seperti biasalah,mesti ada jer yang nak berucapkan,selagi dapat mic tu...Selepas ucapan,perasmian dari pasukan "roketboy" sekolah seperti tahun lepas kalau tak silap...& ada aksi menanam pokok juga mungkin(aku tak tengok masa berucap sebab menyebuk di gerai pengakap).Seterusnya persembahan nasyid..Boleh tahan juga vokalnya...Seterusnya,persembahan yang dinanti-nanti dari pasukan polis k-9,unit anjing pengesan...Terpukau juga melihatnya kerana ini adalah persembahan pertama & ada sedikit kelainan dari tahun lepas...Cuma yang tension sikit bila yang cakap tu suka lari topik sikit & membebel panjang..nasib baik anjing-anjing tu tak mengamuk...

     Selepas itu,ada persembahan kawad & memadamkan api barangkali(masa ini pun aku dah berambus) seperti aksi tahun lepas....Jika dilihat dari segi persembahan & pameran, mungkin ada sedikit kelainan sebab ada campurtangan dari pasukan askar...Hehhe,pertama kali aku tengok senjata macam dalam filem Scarface,rocket laucher Pakistan mari & lain-lain barang keperluan perang...Cuma yang aku pelik,gerai -gerai dari luar seperti sudah berkurangan...mungkin mereka sudah bosan sebab datang buka gerai pelajar bukan nak datang tengok pun kan....Gerai PBSM pun begitu juga....seperti "hidup segan mati tak mahu" (maaf ya kepada yang tersinggung)...




      Masa hari itu juga aku dapat tengok macam-macam gelagat orang yang sedang hangat bercinta...Hehh,mana-mana aku pusing ada saja yang sibuk berdating,siap bersuap-suapan lagi...tetapi yang aku nampak kebanyakannya adalah yang masih junior....senior kurang pula....Aku bukan nak mengutuk atau mengeji mereka,sebab aku bukan malaikat & aku juga pernah  melakukan perkara yang sama(tapi bukan suap-suap tu ok)...cuma nak cakap jer bagi panjang sikit isi blog aku ini....










           
         Ni adalah sikit gambar-gambar masa hari tu,tapi bukan aku punya...Kalau nak tengok lagi ,sila cari di facebook : Sue's Sue Soursalty...Aku harap aku tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana mengambil gambar dari orang lain nak letak di blog aku ni...