Friday, 31 May 2013

WHEN THE PYCHOS TALK 1

stand up straight
thinking about life
feels empty inside
whether its cause
view around
feeling blank
why like this happens

stand on the top
view down
various attitudes
good and bad
hate to see all this
evil pervert
plunge down
broken heads
problems disappear

let me go
from the shackles
that binds me
let me fly freely
I will choose
what I want
and you
may go dead
in peace
ARGHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




SEGMEN TOPUP 48 JAM BY DEDEQ [PART 1]



Jom masuk ramai-ramai. =D

Thursday, 30 May 2013

=_(

Salam Semua....
Hari ini tidak seperti hari-hari yang lain...Pagi tadi aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang rakan FB aku yang baru je aku kenal pada pagi tadi. Baru 5 hari. Sebelum ni aku pun tak sedar bila masa aku friend dengan dia kat FB, mula bertegur sapa pun beberapa hari yang lepas bila dia ada update satu status. Lepas tu terus boleh ngam.

   Aku dapat tau hal ni bila pagi tadi mak dia mesej aku kata dia dah takda.Hmm..mula-mula aku macam blur & tak percayalah..tapi bila pikir-pikir balik takkanla mak sendiri nak main soal matikan. Terkilan jugaklah sebab aku baru nak mencipta satu tali persahabatan dengan orang yang duduk luar dari Perak ni..tak sangka secepat ni perkenalan kita.

   Bila dengar pasal hal kematian membuatkan kita terfikir bagaimana dan bila kita akan pergi kepada sang Pencipta. Cukup ke bekalan kita atau dosa yang melimpah ruah..bila cakap pasal mati takut, tapi kelakuan langsung macam tak takut mati, tak takut neraka.

   Tadi aku tengok akaun FB dia dah ditutup, maknanya betulla..Takda apa yang boleh aku ucapkan selain menyedekahkan al-fatihah dan berdoa agak rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga ahli keluarganya dapat menempuh ujian yang berat ini dengan reda dan kesabaran. Amin. =_(


Sunday, 26 May 2013

FROM THE GROUND




Salam Semua!!
Tengah malam yang sunyi ni aku teringat balik nak tunaikan hasrat yang belum kesampaian aku untuk blog aku ni hehe iaitu nak masukkan album foto baharu aku yang diberi judul "From The Ground". Kenapa dari tanah?? Sebenarnya tajuk ini merujuk kepada tema foto-foto ni iaitu aku ambil gambar dari pandangan bawah ke atas.



   Foto-foto ni dah agak lamalah jugak aku letak kat FB, nak letak kat blog baru hari ni ada kesempatan. Jadi tertunai jugalah hasrat aku nak berkongsi foto-foto aku yang syok sendiri ni dengan kalian yang singgah ke blog aku ni. Okay, harap kome enjoy ok!! =D
Kome boleh rujuk ke sini > FROM THE GROUND FB untuk lebih gambar.

Kredit gambar : Muhammad Hafiz Bin Rodzuan

TUBUH USANG

Di dalam sebuah rumah papan
Dengan dinding reput dek anai-anai
Terbaring sekujur tubuh usang
Sendirian, hanya ditemani kucingnya
Yang setia bersama

Matanya merenung sesuatu
Fikirannya terbang melayang
Memikirkan memori suatu ketika dahulu
Yang lebih indah berbanding sekarang

Tubuh usang itu
Bukan seperti dahulu
Kuat melawan dugaan
Kini lemah
Perlukan sokongan

Yang dahulu dipuja
Kini memandangnya dengan kebencian
Menitis air mata
Pabila mengenangkan apa yang berlaku

Dirinya tidak lagi gagah
Hanya menunggu masa yang berlalu
Menanti bilakah akan tiba
Saat yang akan menenangkan hatinya