Monday, 19 March 2012

WHEN I WAKE UP

 I wake up in the rising sun
 see on this earth
 I'm looking for
 where the plants go green
 with there is just a concrete jungle
 high climbing blue sky
 the only one  just
 the painting on the wall

 I wake up in the rising sun
 look at this world
 I'm looking for
 where the loss of sympathy
 and human values
 Was this feeling dead
 in our lives today
 bodies come
 as of the refinery

 I wake up in the rising sun
 look at this self-
 I'm looking for
 who I am
 just a weak servant
 with no guidelines
 pervert on every second passed
 try to find my way home
 but keep getting lost

MERENUNG HUJAN

Ku merenung hujan
Titisan suci dari langit
Jatuh menimpa bumi

Ku merenung hujan
Rahmat pemberian tuhan
Kepada setiap insan

Ku merenung hujan
Antara nikmat dan musibah
Tiada penamat

Ku merenung hujan
Persis air mata
Yang mengalir di pipi

Ku merenung hujan
Menangis sendirian
Ketika ku ditinggalkan

Ku merenung hujan
Dinginnya tanpa teman
Menjadi insan kesepian..

Tuesday, 6 March 2012

PARODI SI KYOPROPAGANDA

Hype semua!!
Setelah sekian lama menunggu gugurnya buah idea,akhirnya muncul juga.Di petang yang panas-panas nak hujan ini saya mahu berkongsi dengan kalian tentang sekumpulan anak muda yang mengelar diri mereka Kyopropaganda.
 
   Mereka yang terdiri dari pelajar universiti jika tak silap saya membikin video-video parodi yang agak lucu juga.Saya mula mengenali mereka setelah menonton video parodi KL Hamster yang diparodi dari filem KL Gangster.Walaupun hanya sebuah trailer,tetapi hasil kerja anak muda ini bagus juga.


Ada beberapa lagi video parodi yang telah mereka hasilkan seperti FB Logout,Kotor 2.0 dan lain-lain lagi.Kalian boleh menonton hasil kerja mereka di You Tube:Kyopropaganda.

FB Logout
Kotor 2.0

p.s:Ini bukanlah post yang mahu mengampu mana-mana pihak,hanya mahu berkongsi cerita tentang mereka yang bagi saya mempunyai peluang yang cerah dalam bidang ini.Teruskan membuat video-video yang gempak!! >=D
Sekian.

Thursday, 23 February 2012

LETS POP THE SHUVIT!!


Hype semua!!
Di pagi Jumaat yang mendung ini,saya ingin bercerita sedikit tentang band indie 1Malaysia iaitu Pop Shuvit.Mengapa saya berkata 1Malaysia?Kerana dalam band ini ada 3 bangsa iaitu Melayu,Cina dan India yang teguh selama sedekad membawa nama Malaysia hingga ke negara matahari terbit.Sudah lama saya mahu menulis tentang mereka ini,cuma saya tunggu hingga dapat mendengar buah tangan terbaharu mereka,"Cherry Blossom Love Affair".

   Serba sedikit tentang Pop Shuvit,dianggotai oleh 5 anak Malaysia iaitu Moots!(vokal),Rudy(dram),AJ(bass),JD(guitar) dan Uno(turntable).Mengeluarkan material pertama mereka "Take It & Shuvit" pada penghujung 2002,mereka mendapat tamparan hebat kerana dilabel meniru Linkin Park dan Limp Bizkit.Bermula dari bawah yang dihujani kutukan,mereka terus bangkit tanpa menghiraukan kata-kata masyarakat.Skaters Anthem,salah satu lagu dari album sulung telah melonjakkan nama mereka sedikit demi sedikit.Mereka juga merilis kembali album ini dengan nama "Take It & Shuvit Again..." yang menampilkan satu lagu bonus duet bersama Ramli Sarip,Masih Ada Cahaya(Slip Away).

   Berlainan dengan sambutan di kampung halaman,"Take It & Shuvit" telah terpilih oleh satu label Jepun untuk dipasarkan di sana.Sambutan juga amat memberangsangkan hingga mereka menerbitkan album remix"The Shuvit Remix".Selepas itu,mereka melahirkan pula album kedua pada 2004 berjudul "Here & Now".Antara lagu hits adalah Old Skool Rocka dan Journey yang turut menampilkan Zain Ruffedge dan Vandal MC underground dari Kanada.

   "Amped & Dangerous" menyusul pula pada 2006 dan telah dirilis di Jepun terlebih dahulu.Menampilkan single Let Sleeping Dog Lie yang agak ganas bunyiannya.Kata mereka,untuk Jepun mereka lebihkan lagu rock manakala untuk Malaysia,lebih kepada hip-hop.Pada tahun 2007 pula,mereka tampil dengan "Freak Show:Vol 1:The Tales Of The Travelling Tunes".Bermula dari album ini,mereka mula menampilkan lagu Melayu sepenuhnya iaitu Marabahaya yang menjadi lagu tema filem Impak Maksima.Di Malaysia,masyarakat hanya mengetahui mereka melalui lagu ini sahaja.

   Setelah lama tanpa album baharu,pada tahun 2011 "Cherry Blossom Love Affair" dikeluarkan.Dari album ini mereka menampilkan 6 lagu Melayu dan 5 lagu Inggeris.Antara kelainan dalam album ini adalah sebuah lagu yang pada korusnya dalam bahasa Jepun,Story Of A(Lonely Girl) dan sebuah lagu lama yang diberi nafas baharu,Aci Aci Buka Pintu.Pop Shuvit turut berduet dengan Man Bai menerusi lagu Seperti Syurgamu.Album ini cukup berbaloi untuk dimiliki kerana lagu-lagu yang terkandung betul-betul menarik dari segi bunyian dan liriknya.Sekali lagi Pop Shuvit berjaya melahirkan material yang berkualiti kepada peminat.

Markah:4/5
1.Nebula 11
2.Running Away
3.Mimpi Terakhir Dunia
4.Getting Away With Murder
5.Oh! Shizuka
6.Seperti Syurgamu
7.Liar Lara
8.Story Of A(Lonely Girl)
9.Aci Aci Buka Pintu
10.Magic Man
11.Hold On(This Is The Only Way)
12.Marabahaya(Project E.A.R)

p.s:Maaf kepada abang-abang Pop Shuvit sekalian kerana album "Cherry Blossom Love Affair" ini saya dengar selepas terjumpa di laman web AudioMalaya.Saya tidak dapat membeli yang original kerana album kalian sangat-sangat-sangat-sangat sukar untuk dicari di kedai-kedai cd.Hanya satu sahaja album kalian yang saya ada iaitu kaset "Take It & Shuvit Again...",itu pun terjumpa di tempat jualan murah.(>-<)....

Wednesday, 22 February 2012

SUDIRMAN


   Pagi tadi di radio Sinar saya mendengar sedikit celoteh Kencana Devi tentang Sudirman.Pada mulanya saya berasa biasa sahaja tetapi setelah menonton tv turut disiarkan persembahan Sudirman,barulah saya tahu bahawa hari ini adalah ulang tahun pemergian arwah Sudirman Hj. Arshad.

   Bercerita tentang penghibur no 1 Malaysia ini,pasti ramai yang akan teringatkan lagu-lagu seperti Pelangi Petang,Salam Terakhir,Balik Kampung atau Chow Kit Road.Saya juga tidak terkecuali.Sepanjang saya membesar,ada terselit sedikit ruangan tentang arwah.Mula mengenali arwah apabila melihat kaset-kaset lama kepunyaan ayah,antaranya Aku Penghiburmu,Nilai Cintamu dan Orang Baru.



   Jika dahulu apabila dalam perjalanan ke kampung,kaset-kaset inilah yang menghilangkan kebosanan.Sesuatu yang saya kagumi adalah bibit lirik lagu yang di nyanyikan arwah.Lirik-liriknya tidak tertumpu kepada satu perkara sahaja,tetapi meliputi setiap perkara yang ada di sekeliling kita seperti lagu Kul It dan Ku Pandu Laju.Lagu cintanya juga bagus-bagus belaka seperti Maya,Nilai Cintamu  dan Milik Siapakah Gadis Ini.

   Pernah sekali,saya sekeluarga menumpang ke rumah jiran yang merupakan kawan ayah saya sejak bujang untuk menonton dokumentari Sudirman yang disiarkan di Astro.Heheh.Kebanyakkan lagu-lagu arwah sangat berkualiti dan tersendiri disamping vokalnya yang mantap.

   Arwah pernah membintangi sebuah filem berjudul Kami,tetapi bukan Kami The Movie yang lagu temanya lagu Meet Uncle Hussien ok.Lagu Pelangi Petang menjadi lagu tema untuk filem ini.Berkisarkan Tookoo lakonan arwah yang lari ke Kuala Lumpur akibat tidak tahan dengan leteran ibu tirinya.Di Kuala Lumpur dia bekerja mengutip barangan-barangan yang boleh dijual dan membersihkan laman.Dia telah berjumpa dengan Din yang juga lari dari rumah ibu saudaranya untuk mencari ibunya.Maka bersahabatlah mereka hingga ke penamat filem.Jika hendak mengetahui dengan lebih lanjut,carilah sendiri ya.

   Walaupun arwah telah tiada tetapi jejaknya masih kelihatan hingga ke hari ini.Lagu-lagunya masih lagi didengari masyarakat tanpa mengenal kaum.Lagu-lagunya yang penuh dengan makna tersendiri.Semoga arwah Sudirman Hj. Arshad aman di dunia sana.Amin.


Sebuah lagu berunsur humor.Videonya sangat menarik walaupun hanya didalam studio dan tidak memerlukan baget yang tinggi.